Akibat kekenyangan, seekor ular sawa yang dikatakan menelan tiga ekor kambing berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Kejadian berlaku di Kampung Kubang Puyu, Terengganu, dan ular sawa berkenaan, sepanjang enam meter, berkemungkinan memasuki kandang kambing penduduk tanpa disedari berikutan kawasan berkenaan sudah dinaiki air banjir.
Video dirakam penduduk itu kemudian tular di media sosial. – Getaran, 23 November 2023
@getaranmy Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berjaya tangkap seekor ular sawa sepanjang enam meter di Kampung Kubang Puyu. #getaranmy #ular #semasa ♬ original sound - Getaran