Tersalah jalan atau memang nak elak tol, itu persoalannya apabila seorang pemandu menggunakan laluan motosikal ketika melalui satu lebuh raya di Hulu Langat.
Perbuatan pemandu berkenaan dirakam seorang penunggang motosikal yang menggunakan laluan sama, sebelum dikongsikan melalui media sosial.
Video itu berakhir selepas kereta berkenaan dilihat memasuki semula laluan utama selepas plaza tol. – Getaran, 18 November 2023
@getaranmy Mimpi terbawa-bawa sampai ke pagi ni la tu ? #getaranmy #getaran #video #viral #trending #semasa #terkini #kereta #malaysia #kelakar ♬ original sound - Getaran