Seorang wanita maut apabila lori membawa muatan kelapa sawit yang dipandu suaminya merempuh bas persiaran, dalam kejadian di Bukit Merah menghala ke Kamunting, semalam.
Kemalangan yang membabitkan enam kenderaan iaitu lima lori dan sebuah bas itu, mengakibatkan tiga mangsa termasuk suami mangsa, Abdul Rahman Abdul Razak, 45, dan anak perempuannya cedera.
Mangsa, Siti Roshasnizan Idris, 41, disahkan maut di tempat kejadian. Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Parit Buntar.
Sementara itu, enam penumpang bas dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan menyambung perjalanan dengan menaiki bas lain. - Getaran, 3 November 2023
@getaranmy Kejadian melibatkan lima buah lori dan sebuah bas, dikatakan berlaku di Bukit Merah menghala Kamunting. Punca masih tidak diketahui. #getaranmy #trafficaccident #semasa #terkini #trendin ♬ original sound - Getaran