Keperitan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin di tangan rejim Israel terus mendapat perhatian dunia, apabila ratusan ribu penduduk dari Indonesia hingga ke Amerika Syarikat (AS) berhimpun dan berarak menyatakan sokongan.
Ratusan ribu penduduk di Jakarta, Istanbul, London dan New Jersey, pada Sabtu, membawa sepanduk serta bendera Palestin melalui jalan utama sekitar bandar raya terbabit, mengecam perbuatan ganas dan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika ini.
Beberapa video perarakan pro-Palestin turut dikongsikan dan tular melalui media sosial. – Getaran, 29 Oktober 2023
@getaranmy Ratusan ribu orang turun ke jalanraya, dari Turkiye ke Amerika, demi mengutuk kezaliman zioni s dan menuntut keadilan buat Palestin, pada Sabtu. #getaranmy #berita #beritatiktok #beritaviral #demipalestin ♬ Epic trailer music(838696) - Lyrebirds music