web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nasser's Kitchen @ Getaran Ep. 1: Ikan Masak Kuali

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 5:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi unik dan menyelerakan dari dapur Nasser's Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK IKAN MASAK KUALI

800g Ikan bawal hitam

Bahan kisar
15g atau 1 sudu kecil belacan 
100g atau 11 biji bawang merah kecil
50g atau 5 ulas bawang putih
10g atau 5cm kunyit segar
5g atau 2cm halia
5g atau 2cm lengkuas
3 batang serai
3 biji buah keras

180g atau 5 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai dititik
500g santan segar / 2 peket santan segera
3 keping asam gelugur

Kaedah

1. Kisarkan semua bahan kisar dengan blender sehingga halus.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan cili kering kisar.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan santan segar/santan segera.
4. Tambah 1000ml atau 4 cawan air.
5. Masukkan 1 batang serai yang dititik dan besarkan api.
6. Bila air mula mendidih, masukkan ikan.
7. Tambahkan 1 1/2 sudu kecil garam, atau secukup rasa. Kalau suka boleh tambah sedikit serbuk perasa. 
8. Pastikan anda gunakan api yang kecil sahaja kerana kita mahu bahan-bahan betul-betul mesra. Masakan ini akan mengambil sedikit masa untuk pekat dan kita tidak mahu ikan hancur jika api terlalu kuat.
9. Masukkan 2-3 keping asam gelugur bergantung kepada saiz. Asam gelugur akan memberikan rasa masam pada kuah dan boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.
10. Untuk mengimbangkan rasa masam dan pedas, tambah 3 sudu besar gula. Kalau tak suka kuah yang manis boleh kurangkan.
11. Renihkan untuk lebih kurang 25-35 minit.
12. Bila kuah sudah menjadi pekat dan ada lapisan minyak seperti ini, ikan masak kuali dah siap untuk dihidangkan. 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional