Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Nenggiri Jual Air Nira, Hasilkan Lebih 100 Botol Sehari

Usahawan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:20PM

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff menunjukkan air nira atau lebih dikenali air tuak pandan yang dijual ketika ditemui pemberita di Kampung Lepan Jaya di sini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Selepas bersara daripada dunia politik, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff, 63, beralih menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan lebih 100 botol air nira sehari sempena bulan Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, permintaan air nira ini semakin meningkat berbanding tahun lalu kerana orang ramai sudah mengenali produk yang dihasilkannya sebelum ini yang terbukti berkualiti tinggi dan tahan lama.

"Menyedari kekurangan pengusaha kelapa pandan di jajahan ini, saya cuba menggunakan peluang yang ada untuk jual air nira yang diproses segar dari kebun seluas 0.8 hektar dekat Kampung Lepan Jaya, di sini.

"Air nira ini dijual pada harga RM5 sebotol dan menjadi tumpuan pembeli ketika bulan puasa, jadi saya dan pekerja akan bergilir-gilir setiap hari untuk menyadap air nira kelapa pandan," katanya kepada pemberita di Kampung Lepan Jaya, hari ini.

Sementara itu, bagi pekerja Abdullah Salleh, 72, pula berkata, proses menyadap dan mengutip nira dilakukan selama sejam setiap hari dan beberapa peringkat perlu dilakukan sebelum mendapat air tadahan nira yang banyak.

"Seawal pukul 6 pagi saya akan mula menadah air nira dan mengutip air tadahan selepas 12 jam.

"Mayang kelapa perlu ditarik menghala ke bawah dan diikat terlebih dahulu, sebelum hujung mayang disadap (dipotong) sedikit. Selepas seminggu barulah kita dapat menadah air nira ini," katanya.

Beliau berkata, keratan kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas tadahan nira kelapa turut dimasukkan sebagai bahan pengawet semula jadi untuk memastikan minuman itu tahan lebih lama dan tidak masam. - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat