Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Petai Antara Hasil Tani Orang Asli Pos Musoh Tapah Kini Dijual Di Aeon

Usahawan Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2023 9:02AM

Hasil tani Orang Asli Pos Musoh Tapah yang kini boleh diperolehi di Pasaraya Aeon di seluruh negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Sembilan hasil tani Orang Asli Pos Musoh, di sini mendapat perhatian untuk dipasarkan secara komersial di Pasaraya Aeon di seluruh negara.

Pengerusi Koperasi Orang Asli Pos Musoh Kamal Bah Kan Lok berkata antara hasil tani itu ialah petai, bunga kantan, pandan, serai, lengkuas, kunyit serta daun kunyit.

“Turut akan dipasarkan ialah jeruk petai dan sambal kantan yang kini dalam perancangan untuk dipasarkan di pasar raya itu,” katanya kepada Bernama ketika majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Koperasi Orang Asli Pos Musoh dan Aeon Co (M) Sdn Bhd (Aeon) di sini semalam.

Katanya kerjasama dengan Aeon telah bermula pada Mac lepas melalui produk petai hutan Tapah yang siap dikopek dan kini dengan perluasan kepada produk-produk pertanian lain, koperasi akan dapat mengupah orang-orang kampung dan seterusnya menjana pendapatan kepada komuniti dan penduduk setempat.

Sementara itu Pegawai Pemasaran dan Perdagangan Aeon Lau Ngai Yuen berkata produk-produk tani tersebut mendapat permintaan yang tinggi kerana pelanggan sangat sukakan sesuatu yang segar dan semula jadi.

“Walaupun harganya mungkin agak mahal sedikit tetapi penerimaannya sangat bagus kerana ia ditanam secara tradisional dan ada yang berasal dari sumber semula jadi seperti petai,” katanya.

Lau berkata ia juga merupakan langkah penting bagi mengelak produk tani yang dihasilkan dijual kepada peraih atau orang tengah sebaliknya dipasarkan secara terus kepada pasar raya itu.

Dalam pada itu, majlis menandatangani MoU tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami.

Turut hadir Pengarah Jabatan Orang Asli Negeri Perak dan Kedah, Hairulnizam Abd Rahman. - BERNAMA

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat