Berita Terkini

11 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Wanita Sabah Semakin Berani Kuasai Bidang Keusahawanan, Teraju Syarikat Sendiri

Golongan wanita sama ada di bandar mahupun luar bandar Sabah tidak lagi teragak-agak untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya malah sentiasa berani menceburinya.

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 4:26PM

Gambar Hiasan, Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabah menyaksikan perubahan signifikan dalam pembangunan keusahawanan wanita apabila semakin ramai daripada mereka dilihat begitu berani dan rancak dalam ‘menguasai’ bidang perniagaan, sejak lima tahun kebelakangan ini.

Golongan wanita sama ada di bandar mahupun luar bandar Sabah tidak lagi teragak-agak untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya malah sentiasa berani menceburinya dan seterusnya memanfaatkan peluang disediakan kerajaan bagi mengembangkan empayar perniagaan termasuk menerajui syarikat perusahaan sendiri.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Rusnah Kuyung berkata peningkatan penglibatan wanita Sabah dalam bidang keusahawanan antara lain didorong oleh pelbagai inisiatif, bantuan kewangan dan kursus latihan kemahiran yang disediakan kerajaan bagi memperkasa golongan berkenaan.

“Kerajaan banyak memberi kemudahan kewangan serta kursus kemahiran kepada usahawan wanita untuk memajukan produk mereka dan mengembangkan pasaran sehingga ke luar Sabah. Perubahan positif itu dapat dilihat sejak lima tahun kebelakangan ini.

“Berbanding 10 tahun lepas, usahawan wanita hanya dibantu menerusi pemberian peralatan dan subsidi, tetapi sekarang bantuan pinjaman perniagaan dan kursus kemahiran agar mereka lebih berdikari dalam menjana pendapatan,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Pada tahun ini, kerajaan Sabah meneruskan komitmen memperkasa kesejahteraan golongan wanita menerusi Belanjawan Negeri 2022 merangkumi peruntukan masing-masing RM11.8 juta dan RM5.81 juta kepada Yayasan Usaha Maju dan JHEWA bagi melaksanakan program pembangunan modal insan.

Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan dana pembiayaan RM230 juta antara lain merangkumi program Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita di bawah Majlis Amanah Rakyat dan Tekunita menerusi Tekun Nasional bagi meningkatkan kapasiti perniagaan usahawan wanita.

Rusnah berkata JHEWA yang antara lain berperanan merancang pembangunan dan penyelidikan bagi memperkasa wanita Sabah, turut mencatatkan peningkatan kira-kira 40 peratus permintaan penyertaan latihan dan kursus keusahawanan terutama dalam kalangan wanita B40 dan ibu tunggal.

“JHEWA mencatatkan seramai 4,550 usahawan wanita berdaftar menerima kursus kemahiran sejak 2015,” katanya sambil menambah, bantuan pembungkusan serta pemasaran mendorong usahawan wanita Sabah mengembangkan potensi produk terutama mereka yang mengusahakan produk makanan dan kecantikan.

Rusnah berkata peningkatan penglibatan wanita Sabah dalam bidang keusahawanan turut memperlihatkan kemampuan dan kematangan mereka mengurus serta mengendalikan prestasi peniagaan syarikat, selain turut membangun modal insan menerusi penyediaan peluang pekerjaan.

Menurutnya, meskipun penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat agak sedikit, tetapi kehebatan wanita Sabah tidak dapat dinafikan dengan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan pengalaman untuk menerajui syarikat sendiri sekali gus membantu memacu ekonomi negeri.

Perkara itu turut diakui Naib Presiden Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) Karen Wong yang melihat ramai wanita Sabah kini memiliki kualiti dan kemahiran kepimpinan dalam menerajui syarikat sendiri.

“Terutama di SWEPA, 80 peratus (ahlinya) adalah usahawan wanita dan saya dapat melihat mereka menjadi pembuat keputusan untuk syarikat mereka sendiri,” kata Karen yang juga Pengurus Besar CAL Resources & Skills Centre Sdn Bhd, syarikat menyediakan kursus kemahiran komputer.

Jawatankuasa Eksekutif SWEPA 2021-2023. Gambar: Facebook @swepasabah
Jawatankuasa Eksekutif SWEPA 2021-2023. Gambar: Facebook @swepasabah

Karen yakin wanita mampu membawa perubahan dalam keseluruhan pelaksanaan syarikat korporat sekiranya diberi peluang memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dalam sektor itu kerana wanita memiliki sifat lebih tegas dalam aspek perancangan dan pengurusan.

Sementara itu, usahawan wanita Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berpendapat kerajaan Sabah perlu mengenal pasti lebih ramai wanita berpendidikan dan berkebolehan sebagai pembuat keputusan untuk diserap dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

Ini termasuk golongan wanita yang sudah lama berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan menerajui syarikat perusahaan sendiri kerana kebolehan serta keupayaan mereka boleh dicontohi seterusnya diketengahkan untuk pembangunan GLC di Sabah, katanya.

“Jika syarikat mereka maju dan terbina hasil kegigihan serta kepimpinan sendiri, kenapa tidak diserap ke dalam GLC dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat?. Mungkin mereka boleh memberi input dan idea bermanfaat,” kata pengasas J Khan 738, syarikat yang antara lain menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen.

Rahmahjan tidak menafikan sememangnya ada dalam kalangan wanita profesional di Sabah dilantik mengisi jawatan sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat mahupun menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat GLC negeri namun, jumlahnya masih kurang dan seharusnya diperbanyakkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 1 hari yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Usahawan 1 hari yang lalu

Kraftangan Rotan Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Ekonomi 1 hari yang lalu

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi