Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Kereta’ Kopi, Konsep Unik Citarasa Premium

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 2:15PM

Pemilik ‘Kaffeine Foodmachine’ mengubah suai kereta jenis Volvo 240 GL keluaran 1985 untuk dijadikan ‘kedai’ kopi bergerak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jika mahukan kelainan tidak hanya dari segi rasa malah cara kopi anda disediakan, orang ramai yang berada di bandar raya ini boleh berkunjung ke ‘Kaffeine Foodmachine’ diusahakan Muhammad Safwan Subry, 35 dan isterinya, Putri Nor Nadirah Said, 30.

Menerusi kreativiti dimiliki, Muhammad Safwan yang juga bekas penjawat awam mengubah suai kereta jenis Volvo 240 GL keluaran 1985 untuk dijadikan ‘kedai’ kopi bergerak.

Muhammad Safwan Subry
Muhammad Safwan Subry

Lebih menyeronokkan, pelanggan berpeluang melihat sendiri bagaimana inovasi dilakukan Safwan, membolehkan kopi dijualnya dikeluarkan menerusi saluran ‘dispenser’ dari but kereta berkenaan.

Menurut bapa kepada dua anak itu, kereta tersebut dibelinya daripada seorang pesara guru pada tahun lalu dengan harga cuma RM3,000 sebelum dibaik pulih, melibatkan kos sebanyak RM2,000.

Kereta ini dibeli dengan harga RM3,000 dan kos baik pulih pula menelan belanja sebanyak RM2,000.
Kereta ini dibeli dengan harga RM3,000 dan kos baik pulih pula menelan belanja sebanyak RM2,000.

“Untuk proses baik pulih dan penambahbaikan pada kereta ini, kebanyakannya saya beli barang dan buat sendiri. Itu antara sebab mengapa kosnya agak rendah.

“Rak dan tong yang menjadi hiasan di atas kereta itu dihasilkan oleh seorang rakan manakala kerja-kerja mengecat, memasang dispenser dan papan tanda dilakukan sendiri,” katanya kepada Getaran, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Muhammad Safwan berkata, kereta tersebut pantas menarik perhatian orang ramai yang sering meminta keizinan untuk bergambar setiap kali ia dibawa keluar.

“Di ruangan but itu pula, terdapat  ruang untuk menempatkan sehingga enam tong ‘keg’ kopi yang berbeza rasa.

“Kebanyakan perkara berkaitan teknikal ini saya cuma pelajari di YouTube. Sebelum ini pun memang saya meminati kereta dan pernah jugalah masuk pameran, semua itu membantu dalam pengubahsuaian kereta ini,” katanya.

Ruang but kereta menempatkan sehingga enam tong ‘keg’ kopi yang berbeza rasa.
Ruang but kereta menempatkan sehingga enam tong ‘keg’ kopi yang berbeza rasa.

Mengulas mengenai kopi yang dijualnya beliau berkata, minuman itu dibru sejuk selama antara 15 hingga 18 jam sebelum diadun bersama gas nitrogen bagi menimbulkan efek gelembung mikro dan mencipta tekstur lebih lembut.

“Setakat ini di Kedah rasanya tiada lagi yang menghasilkan kopi seperti ini. Jadi kami cuba untuk menampilkan kelainan buat peminat kopi di sini,” katanya.

Antara jenis kopi yang dijual adalah Italian Style Dark Roast Coffee, Indonesia Sumatra Mandheling G1, El-Salvador Casablanca dan Colombia Supremo.  

Tambahnya, beliau merancang untuk mencari pekerja bagi membolehkan kenderaan unik itu dibawa ke mana-mana lokasi strategik bagi menjual kopi dihasilkan mereka.

“Sejak membeli kereta ini dulu, saya memiliki visi untuk mewujudkan kelainan padanya. Jika keadaan pandemik ini semakin baik, saya merancang untuk membawa kereta ini ke mana-mana lokasi bagi menjual kopi yang kami hasilkan,” katanya. - Getaran, 5 September 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030