web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CUEPACS Yakin Kerajaan Komited Laksana Kenaikan Gaji

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 4:43PM

Datuk Adnan Mat. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam, tanpa mengambil kira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa perkara itu tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana PRN berada di bawah ‘tajuk’ yang lain.

"Ada pandangan netizen yang nakal, yang telah mempersoalkan sebarang bentuk (inisiatif) yang telah diumum kerajaan sebelum ini hendaklah tidak diberi kepada anggota khidmat awam disebabkan keputusan PRN. Ini pandangan yang serong dan tidak berpelembagaan.

"Kerajaan adalah majikan kami, itulah tempat kami mengadu keluh kesah dan memohon. Jika majikan kami telah setuju tingkatkan gaji, maka kami yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan sama ada keputusan PRN dilihat positif atau negatif... itu tajuk lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2023 di sini, hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

Beliau dilaporkan berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

Dalam pada itu menurut Adnan, komitmen berterusan Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinan beliau dan memahami kesukaran pejawat awam khususnya yang berada dalam kumpulan gaji terendah.

"Cuepacs berterima kasih kepada perdana menteri yang konsisten untuk meningkatkan pendapatan penjawat awam," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan