web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Filipina Diberi Sambutan Rasmi Di Istana Negara

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 1:21PM

Yang di-Pertuan Agong berkenan beramah mesra dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Istana Negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini, sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Ketibaan beliau bersama isteri Louise Araneta-Marcos, pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri kabinet.

Istiadat sambutan di padang kawad itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, disusuli tembakan meriam 21 das.

Presiden Filipina itu kemudian memeriksa kawalan kehormat membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja Kem Wardieburn, di sini.

Ferdinand R Marcos Jr dan isteri Louise Araneta-Marcos melintasi kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1RRD) sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA - gambar BERNAMA
Ferdinand R Marcos Jr dan isteri Louise Araneta-Marcos melintasi kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1RRD) sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA - gambar BERNAMA

Marcos bersama Al-Sultan Abdullah kemudian menanam pokok melinjau (Gnetum Gnemon) di halaman istana, dengan disaksikan Louise Araneta-Marcos, Tunku Azizah, Anwar dan Dr Wan Azizah.

Presiden Filipina itu juga diraikan dan diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara yang turut menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis itu.

Marcos seterusnya dijadual menyertai Perdana Menteri dalam sidang media bersama di Putrajaya petang ini sebelum menghadiri majlis makan malam bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC). 

Lawatan beliau menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat dan rakan dalam ASEAN, termasuk menerusi pertukaran lawatan di peringkat tinggi seperti lawatan rasmi Anwar ke Manila pada Mac 2023.

Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia di peringkat global dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN tahun lepas dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion (US$9.42 bilion), peningkatan 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ