web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet Aidilfitri Saya Terjejas Akibat Bayaran Tertangguh Oleh Stesen Televisyen Berkenan - Atu Zero

Menurut Atu, perancangannya menyambut Aidilfitri pada tahun ini agak terjejas berikutan masih lagi tidak dapat pembayaran RM30,000 yang masih ditangguhkan oleh pihak stesen televisyen berkenaan.

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 9:23PM

Atu Zero - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak Atu Zero, mengakui hasratnya menyambut Aidilfitri tahun ini untuk menumbangkan dua ekor lembu untuk disumbangkan buat penduduk-penduduk kampung tidak kesampaian.

Menurut Atu, hasratnya itu tidak kesampaian ekoran masih lagi belum mendapat pembayaran sebanyak RM30,000 seperti yang telah dijanjikan sebuah stesen televisyen tempatan.

“Bajet raya saya memang terjejas sedikit. Saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat saya untuk menumbangkan dua ekor lembu untuk disumbangkan buat penduduk-penduduk kampung saya di Sabah.

“Namun, Alhamdulillah isteri saya pun ada menjalankan perniagaan kuih raya. Jadi, ia memang membantu persiapan kami menjelang hari raya.

“Pada mulanya saya berhasrat bila ada bajet sebanyak RM30,000 itu, saya nak sedekahkan dua ekor lembu untuk orang kampung. Lembu di sana memang susah nak sampai.

“Saya juga rancang nak beli mercun untuk menggembirakan orang-orang kampung, jadi nampaknya kali ini saya beli bunga api sahaja,” katanya kepada Getaran.

Anggota kumpulan lawak, Zero itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem ‘Sumpahan Malam Raya’ baru-baru ini.

Jelas anggota kumpulan lawak Zero itu, di tetap reda dan menyifatkan setiap kejadian ini mempunyai hikmah yang tersendiri.

“Namun, isteri saya kata setiap yang berlaku ini ada hikmah. Mungkin belum rezeki kami lagilah rasanya.

“Apa pun, kalau tak sempat raya kali ini, kami cuba akan sedekah dua ekor lembu itu ketika hari raya Aidiladha nanti. Mungkin pada waktu itu bayaran tertangguh ini sudah pun masuk,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Atu memuat naik hantaran di Instagram berkongsi mengenai isu pembayaran RM30,000 yang masih belum dilunaskan oleh Awesome TV sejak bulan November 2022.

“Duit sendiri sudah guna untuk minyak, tol dan makan. Segalanya sudahku korbankan. Takkan gaji saya sendiri, saya kena mengemis meminta.

“Hari itu, saya sudah pergi ke pejabat Awesome TV dengan muka gembira dan tersenyum. Pulang bersama janji, bukan gaji yang tertunggak dari tahun lepas,” kata Atu menerusi hantaran berkenaan.

Namun selepas hantaran tersebut dimuat naik, Awesome TV membekukan bayaran tertunggak sebanyak RM30,000.

Pun begitu, pelawak Atu Zero bersyukur apabila hasil titik peluh artis lain sudah dilunaskan sebaik dia menyuarakan isu tersebut.

Katanya, beberapa pelakon yang sebelum ini turut berdepan masalah sama telah menghubunginya bagi mengucapkan terima kasih kerana menularkan isu berkenaan. - Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ