web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Peruntukan MINDEF Berkurangan Berikutan Harga Minyak Mentah Rendah

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 12:19PM

Mohamad berkata, pegawai MINDEF telah menghantar bajet yang ditentukur semula kepada Kementerian Kewangan untuk disemak. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjangkakan peruntukan Bajet 2023 bagi ketiga-tiga cawangan perkhidmatan utamanya berkurangan ketika negara menangani cabaran ekonomi sambil berdepan pengurangan hasil berikutan harga minyak mentah lebih rendah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pegawai MINDEF telah menghantar bajet yang ditentukur semula kepada Kementerian Kewangan untuk disemak dan berharap semua item dalam senarai hajat yang dicadangkan akan diluluskan.

“Kerajaan perpaduan telah menjalankan penyusunan semula belanjawan selepas mengambil kira hasil lebih rendah daripada penjualan minyak mentah, yang turun daripada AS$110 (RM470.08) setong kepada AS$80.

“Jadi dari situ bajet akan diperuntukkan kepada kementerian masing-masing berdasarkan keutamaan.

“Bagi MINDEF, kami telah menjalankan penyusunan semula bajet kami sendiri malah meminta pertambahan peruntukan di kawasan tertentu. Jadi kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan permintaan ini,” katanya.

Mohamad melawat tapak projek perumahan Residensi Sateria di Sg Besi hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Mohamad melawat tapak projek perumahan Residensi Sateria di Sg Besi hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak projek perumahan Residensi Sateria di sini, hari ini.

Bajet 2023 untuk MINDEF di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lalu ialah sebanyak RM17.4 bilion.

Baru-baru ini, MINDEF, dalam satu kenyataan mengumumkan mereka akan menghentikan lima projek perolehan yang melibatkan bekalan, perkhidmatan dan infrastruktur untuk mengurangkan ketirisan seterusnya dalam dana awam.

Sebaliknya, perolehan akan dilakukan melalui tender terbuka untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatannya iaitu tentera darat, laut dan udara, selaras dengan dasar kerajaan mengenai ketelusan dan nilai untuk wang.

Sementara itu, Mohamad turut memberi jaminan kepada anggota tentera bahawa kementerian akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kebajikan anggotanya seperti yang dinyatakan dalam kertas putih pertahanan.

Ini termasuk menyediakan perumahan dan infrastruktur yang sesuai untuk anggota terbabit.

Mohamad mendengar taklimat tentang projek Residensi Sateria di Sg Besi hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Mohamad mendengar taklimat tentang projek Residensi Sateria di Sg Besi hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Untuk rekod, Kediaman Setaria adalah sebahagian daripada inisiatif ini untuk menyediakan 3,500 unit perumahan di lima blok pangsapuri bertingkat tinggi.

Setiap unit akan dijual pada kadar subsidi untuk golongan askar.

Projek seluas 5.26 hektar di Sg Besi menghadapi beberapa kelewatan akibat sekatan COVID-19, dan kini 21.69 peratus siap.

Mohamad berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun 2024. - The Vibes, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan