web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Kekal Calon Perdana Menteri BN - Ahmad Zahid

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 5:16PM

Ahmad Zahid pada sidang media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat, di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid berkata walaupun Ismail Sabri tidak memegang jawatan paling tinggi parti, itu bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Ini kerana proses memilih Perdana Menteri bukan hanya terletak kepada keputusan parti politik tetapi kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat (Seri Paduka) baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut," kata presiden UMNO itu.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri dan isu itu dijadikan modal pembangkang semasa berkempen PRU15.

Ahmad Zahid berkata pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh memberi kemenangan kepada mereka.

"Apa yang penting BN perlu melepasi jambatan sokongan daripada rakyat dan cukup jumlah kerusi (Parlimen) untuk BN membentuk kerajaan, itu kita berikan keutamaan," katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan