web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Diceroboh, Pelajar Tingkatan 3 Cedera Ditikam Guna Pemutar Skru

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 9:21PM

Mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad biasa di Hospital Shah Alam. - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Tingkatan Tiga cedera ditikam di perut menggunakan alat pemutar skru selepas bergelut dengan lelaki yang cuba menceroboh masuk rumahnya di Seksyen 20 Shah Alam, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, mangsa dikatakan berada di rumah bersama abangnya yang berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila pelajar terbabit mahu ke dapur untuk minum, sebelum terserempak dengan suspek yang ketika itu cuba bersembunyi di tepi mesin basuh.

Menurutnya, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum dia ditikam menggunakan pemutar skru di bahagian perut.

“Hasil siasatan mendapati suspek masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang yang tidak dikunci dan tujuan asal dipercayai untuk melakukan jenayah pecah rumah. 

“Suspek hanya bersenjatakan sebatang pemutar skru sahaja yang disyaki digunakan untuk mengumpil pintu rumah tersebut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad biasa di Hospital Shah Alam.

“Mangsa mengalami kecederaan kecil di perut dan pemeriksaan ultra bunyi serta imbasan CT gagal mengesahkan sama ada luka kecil itu menembusi usus mangsa ataupun tidak. 

“Pihak hospital kini sedang berurusan dengan keluarga mangsa untuk mendapatkan persetujuan membuat pembedahan, kerana mangsa sebelum ini pernah menjalani pembedahan apendiks di bahagian perut yang sama,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat lanjut berkaitan kes boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Insp Mohamad Zulkifli bin Mohamad  di talian 01116958529 atau mana-mana balai Polis berhampiran. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Dunia Ini Palsu, Saya Telah Menang’, Nota Tunjuk Suspek Alami Krisis Psikologi 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan