Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DreamWorks Membantu Mendidik Anak-Anak Dengan ‘Dream Heroes’

Dream Heroes menyediakan permainan atas talian menarik dan mampu mendidik kanak-kanak. Ia hanya beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan siri dan filem animasi, saluran NBCUniversal International Networks, DreamWorks kini hadir dengan laman web terbaharu, ‘Dream Heroes’ khusus buat hiburan kanak-kanak dan keluarga. 

Apa yang membezakannya dengan yang lain, ia hanya beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari bagi menghormati waktu tidur kanak-kanak. 

Tambahan pula, semua permainan direka dan dirancang untuk mendidik kanak-kanak dan sesuai untuk mereka yang berumur enam tahun ke atas. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi risau tentang kandungan permainan animasi dan waktu penggunaan permainan atas talian. 

Dunia interaktif ini memberi pengalaman imersif maya baharu dan peluang kepada kanak-kanak dari seluruh pelosok dunia untuk menjadi wira impian mereka.

Ketika menjelajah dunia maya ini, mereka bakal mengharungi banyak cabaran yang menyeronokkan melalui permainan animasi termasuk Guess the Troll dan Cookie Maze. Selain itu, klip video animasi dan gambar warna juga turut disediakan dan boleh dimuat turun.

Dreamworks telah menyediakan lima tempat menarik di Dream Land yang diilhamkan oleh beberapa filem dan watak popular, seperti ‘Kung Fu Panda: The Paws of Destiny’, ‘Troll: The Beat Goes On’, ‘Dragons: Race to the Edge’, ‘The Boss Baby: Back in Business’ dan ‘Spirit Riding Free’.

Setiap pemain bakal menerima misi yang berlainan dan harus menemui ikon berwarna yang tersembunyi di setiap Dream Land untuk mara ke pusingan yang seterusnya. 

Lebih menarik lagi, permainan yang disediakan turut mengajak semua pemain untuk menari, menyanyi dan mempelajari kemahiran Kung Fu. Setelah berjaya menyelesaikan setiap pusingan dan mengumpul kelima-lima ikon berwarna, setiap pemain akan menerima 'Certificate of Brilliance’ daripada Dream Heroes.

Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web Dream Heroes dari bulan Jun hingga bulan Julai dan boleh diakses melalui tablet, komputer riba atau komputer desktop. Bagi mengetahui perkembangan terkini, jangan lupa jenguk laman web rasmi DreamWorks dan media sosial mereka di Instagram.

.

Semua Gambar: DreamWorks

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi