web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


IKHLAS Sahabat Di Hujung Jari Untuk Komuniti Islam

IKHLAS telah melancarkan aplikasi baharu sebagai platform mesra Muslim yang mudah, lancar dan boleh menjadi platform sehenti komuniti Islam.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:39AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IKHLAS, cabang perniagaan mesra Muslim AirAsia Digital terus berkembang dengan memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu, seterusnya mengukuhkan lagi jenama IKHLAS sebagai sebuah platform yang lancar dan mudah diakses oleh komuniti Islam di Malaysia dan di rantau ini. 

Aplikasi baharu ini menawarkan ciri-ciri seperti maklumat dan notifikasi waktu solat, kompas kiblat, platform e-dagang 'Shop with IKHLAS', bayaran untuk perkhidmatan sedekah, fidyah, zakat, akikah dan korban. 

Selain itu, pengguna juga boleh menerima maklumat terkini dari masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah mendaftar sebagai sebahagian daripada ciri komuniti di aplikasi mudah alih IKHLAS. Pelbagai pilihan aktiviti lain seperti ‘Sahabat IKHLAS’ juga akan tersedia dalam sedikit masa lagi.      

Selain tersedia sebagai aplikasi mudah alih tersendiri, IKHLAS juga boleh diakses menerusi AirAsia Super App.  

Dalam satu kenyataan media, Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin memberitahu aplikasi yang mula diperkenalkan pada Ramadan lalu ini bukan sahaja menyediakan platform mesra Muslim yang mudah, lancar dan boleh diakses oleh komuniti Islam, malah mereka juga boleh membeli barangan keperluan harian daripada syarikat yang memiliki sijil pengesahan halal.

(Dua dari kanan) Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif airasia Group bersama-sama (Dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (Kanan) Muhammad Afiq bin Zainal Abidin, Pegawai Khas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan (Kiri) Ikhlas Kamarudin, ketua IKHLAS memperkenalkan aplikasi mudah alih IKHLAS.
(Dua dari kanan) Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif airasia Group bersama-sama (Dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (Kanan) Muhammad Afiq bin Zainal Abidin, Pegawai Khas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan (Kiri) Ikhlas Kamarudin, ketua IKHLAS memperkenalkan aplikasi mudah alih IKHLAS.

“Pengenalan aplikasi mudah alih ini menandakan satu lagi pencapaian bagi jenama IKHLAS dan kami akan terus berinovasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk para pengguna.”

“Kami berharap untuk menjadi sebuah platform sehenti untuk komuniti Islam di seluruh negara dan akan memperkenalkan ciri-ciri, produk dan perkhidmatan baharu pada masa akan datang.”

“Kami juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa kempen ‘Road to Ramadan’ yang telah bermula sejak bulan Mac lalu telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM580,000.

“Derma ini membolehkan kami mengagihkan barangan keperluan dan makanan secara aktif untuk membantu lebih 2,200 buah keluarga selain pengagihan 10,000 set makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di seluruh negara. Jutaan terima kepada semua yang telah menderma,” ujar Ikhlas. 

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, turut menyatakan sokongannya terhadap aplikasi terbaharu ini.

“Saya sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh IKHLAS.com dalam memperkenalkan aplikasi IKHLAS yang baharu ini.  Sudah tentu ia sangat membantu muslimin dan muslimat untuk melaksanakan amal ibadah secara syariah serta memudahkan mereka untuk beramal.

“Mereka dapat menyumbang dan mendapat banyak maklumat daripada aplikasi yang dikendalikan oleh IKHLAS.com ini. Saya harap IKHLAS.com terus maju dalam melaksanakan usaha yang baik ini dan mudah-mudahan ianya diterima oleh Allah SWT,” ujar beliau.

Aplikasi mudah alih IKHLAS kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau anda juga boleh lihat video ini untuk gambaran yang lebih jelas. Getaran – 19 Mei 2021

 
Aplikas mudah alih IKHLAS kini dilancarkan!

?????????????? ???????? ????? ???? ??????! Aplikasi IKHLAS menawarkan pelbagai kemudahan dengan ciri-ciri seperti info dan pemberitahuan ????? ?????, ?????? ??????, ???????-????? ?? ???????? ?-?????? ??????, ????? ?????????? ????? ???????, ?????? ??? ?????. Tidak ketinggalan juga perkhidmatan tempahan dalam talian untuk ?????? ??? ??????. Aplikasi mudah alih ini dapat membantu menyediakan platform mesra Muslim yang mudah, lancar dan senang diakses bagi umat Islam untuk menunaikan kewajipan agama mereka. Muat turun APPLIKASI IKHLAS ANDA HARI INI! Terdapat di Apple App Store dan Google Play Store. IKHLAS, dari Ummah, untuk Ummah. #ikhlas #ikhlasdtocom #mobile #mobileapp #technology #muslimfriendly #shariahcompliance #sadaqah #sedekah #zakat #fidyah #aqiqah #qurban #umrah #ziarah #kiblat #NGO #supportlocal #islamic #islam #Allah #muslim #quran #muslimah #jumaat #jumuah

Posted by IKHLAS on Thursday, May 6, 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi