web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Tealive Bang Bang Dan Menangi 3 Gaya Kostum Pemain Adiwira Mobile Legends

Kerjasama inovatif membolehkan penikmat teh buih Tealive berpeluang memenangi tiga gaya kostum (skins) eksklusif adiwira permainan dalam Mobile Legends.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 2:30PM

Pengarah Eksekutif UniPin, Marcus Sua dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo melancarkan kerjasama mereka baru-baru ini.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat Mobile Legends: Bang Bang e-game boleh memenangi hadiah menarik melalui usahasama yang dijalinkan oleh jenama teh gaya hidup, Tealive, dan peneraju pembekalan kandungan digital, UniPin.

Buat julung kalinya, pelanggan yang membeli minuman siri Tealive Bang Bang akan berpeluang untuk memenangi tiga skins atau gaya kostum eksklusif adiwira permainan dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Apa yang perlu dilakukan ialah, mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat dalam resit dan mendaftar penyertaan untuk turut serta dalam 515 E-Party.

Pengarah Eksekutif UniPin, Marcus Sua mengumumkan, 515 E-Party yang bermula pada 1 Mei hingga 15 Mei merupakan hasil kolaborasi inovatif antara dua jenama terkemuka di dalam ‘ruang permainan’ mereka sendiri.

“Kami gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan Tealive untuk berhubung dengan ribuan peminat Mobile Legends melalui kesemua 598 cawangan mereka di seluruh Malaysia,” ulas Marcus.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo pula mengulas, pihaknya berasa bangga kerana sekali lagi Tealive berjaya menampilkan sesuatu yang istimewa buat pelanggan mereka, yang sudah tentunya kebanyakannya juga merupakan gamers.

“Hadiah untuk dimenangi kali ini merupakan tiga skins gaya kostum eksklusif yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang. Bagi meraikan E-Party ini, Tealive turut mencetak pembalut cawan edisi khas yang menampilkan motif Mobile Legends: Bang Bang yang akan digunakan di semua kedai kami di Lembah Klang,” tambah Bryan lagi.

Sementara itu, Marcus turut mengumumkan promosi kedua dikenali sebagai ‘Spin Your Day Around’ yang akan dijalankan sepanjang bulan Mei di mana gamers yang menambah nilai minima RM20 di UniPin akan berpeluang untuk memenangi koleksi mata wang dalam permainan MLBB, kostum watak wira permainan atau baucar diskaun Tealive.

“Ia membuktikan misi kami untuk memperkaya dan menyampaikan tahap perkhidmatan unggul kepada komuniti gamers. Melalui dua inisiatif bersama Tealive, kami dapat membawakan senyuman kepada lebih ramai orang, dan mereka boleh menjangkakan lebih banyak lagi dari kami pada masa hadapan,” ujar Marcus.

Untuk maklumat lanjut, layari www.unipin.com 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Kilang Tealive Mampu Hasilkan 400 Tan Boba Sebulan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Minum Teh Herba Bantu Raih Kehidupan Sejahtera

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

4

TARA 3 tahun yang lalu

Sempurnakan Harimu Dengan Minuman Teh Bru Sejuk Terbaharu

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi