Berita Terkini

3 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 3 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 3 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 3 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 5 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


TikTok Kongsi 3 Cara Rai Ramadan dan Raya Khas Kepada Usahawan Tempatan

TikTok menyokong usahawan tempatan bagi memenangi hati pengikut serta pengguna aplikasi ini pada bulan Ramadan.

Teknovasi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 5:32PM

TikTok memberi galakan kepada perniagaan dengan menyediakan beberapa pendekatan yang berbeza bagi meluaskan dan meningkatkan viewers dalam akaun mereka - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TikTok yang menjadi platform popular utama untuk video pendek mudah alih zaman ini ingin membantu peniaga tempatan memulakan perniagaan dengan mengangkat nama serta kehadiran mereka dalam talian menjelang Ramadan ini. 

Sebelum bulan Ramadan menjelag tiba pada bulan depan, TikTok memberi galakan kepada perniagaan dengan menyediakan beberapa pendekatan yang berbeza bagi meluaskan dan meningkatkan viewers dalam akaun mereka.

Pengurus Komunikasi Pemasaran, TikTok Asia Tenggara, Imran Khan berkata, rakyat Malaysia teruja untuk meluangkan masa bersama orang tersayang, baik secara dalam talian mahupun luar talian dan TikTok menjadi platform pilihan untuk memberi dan mendapatkan inspirasi. 

“Ramadan merupakan titik penting dalam bermuhasabah, meraikan perayaan dan berkumpul bersama buat rakyat Malaysia. Pengguna menginginkan hiburan, berkongsi kegembiraan dan pengalaman mereka meraikan bulan tersebut di TikTok. 

“Situasi ini mewujudkan pelbagai peluang untuk perniagaan, yang mana mereka boleh memanfaatkan jaringan pengguna TikTok yang luas untuk membina hubungan yang utuh bersama komuniti dan mengembangkan kehadiran digital mereka semasa bulan yang bermakna ini,” kata Imran.

Oleh itu, TikTok berkongsi tiga cara untuk perniagaan menyertai, berinteraksi dan menghasilkan impak berpanjangan dalam meraikan Raya 2023.

 

Langkah 1: Rancang kempen meliputi semua peringkat

Dalam tempoh bulan Ramadan yang bakal tiba ini, ramai pengguna memfokuskan untuk membersih dan menghiaskan rumah mereka dengan efisyen, mendapatkan sampul duit raya yang cantik, membeli-belah dan meneroka barangan kecantikan serta penjagaan diri yang berkualiti 

Memandangkan pengguna TikTok bakal berbelanja lebih pada Ramadan, penting untuk perniaga memenuhi keperluan mereka sebelum dan semasa bulan ini.

Memandangkan pengguna TikTok bakal berbelanja lebih pada Ramadan, penting untuk perniaga memenuhi keperluan mereka sebelum dan semasa bulan ini - Gambar Hiasan Pexels
Memandangkan pengguna TikTok bakal berbelanja lebih pada Ramadan, penting untuk perniaga memenuhi keperluan mereka sebelum dan semasa bulan ini - Gambar Hiasan Pexels

Dengan kehadiran jenama yang kukuh di dalam talian beberapa bulan sebelum dan kemudian memperhebatkan tawaran serta kempen menjelang Ramadan, para peniaga berupaya menarik minat pengguna sepanjang tempoh tersebut.

Tempoh perayaan ini merupakan peluang terbaik untuk menyajikan mereka dengan tawaran istimewa dan masa terhad.

Setelah berjaya meraih perhatian pengguna, peniaga boleh meluaskan katalog mereka dengan Dynamic Showcase Ads dan menggunakan mesej komersial yang menarik dalam menawarkan pengguna nilai terbaik untuk mereka berbelanja 

Dengan mengaplikasikan tetapan penjejakan dan pengukuran, peniaga boleh menganalisis prestasi produk dan mempromosikan produk yang mendapat interaksi tinggi untuk hasil jualan yang lebih signifikan.

 

Langkah 2: Kreatif dalam menggunakan pencipta dan tanda pagar

Selepas merancang kempen, peniaga perlu menggandakan usaha dan kehadiran digital mereka dengan menghasilkan lebih publisiti terhadap jenama, dan diperhebatkan lagi melalui penglibatan pencipta kandungan.

Individu yang dikenali mampu menjadi daya penarik terhadap sesuatu jenama. Di sinilah peranan TikTok's Creator Marketplace dan Marketing Solutions.

Ekosistem Creator Marketing Partners TikTok  boleh membantu dalam menyediakan perkhidmatan terurus mengikut bajet dan skala peniaga - Gambar Hiasan
Ekosistem Creator Marketing Partners TikTok boleh membantu dalam menyediakan perkhidmatan terurus mengikut bajet dan skala peniaga - Gambar Hiasan

Tidak kira sama ada peniaga mampu menjalankan kempen mereka sendiri atau memerlukan bimbingan, mereka boleh mendapatkan sokongan dalam talian daripada pasukan Client Success atau program Creator Solutions.

Ekosistem Creator Marketing Partners TikTok juga boleh membantu dalam menyediakan perkhidmatan terurus mengikut bajet dan skala peniaga.

Penglibatan pencipta mampu memberi impak terhadap mana-mana kempen pemasaran dengan kadar penyiapan yang lebih cepat, meraih ‘likes’ dan perkongsian yang lebih tinggi, seterusnya membawa kepada penjualan yang lebih baik. 

 

Langkah 3: Bina relevan dan berhubung dengan komuniti

Pada 2022, satu daripada dua pengguna terlihat jualan sempena Ramadan di TikTok dan 87 peratus daripada mereka berkemungkinan besar membeli jualan sempena Ramadan di dalam platform media sosial tersebut. 

Walaupun kini membeli-belah dalam talian menjadi pilihan ramai, kehadiran segelintir individu untuk sesuatu jenama dan yang sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan pengguna masih penting. Ini kerana hal ini mewujudkan rasa pertalian terhadap jenama berbanding dengan hanya berinteraksi dengan halaman katalog. 

Walaupun kini membeli-belah dalam talian menjadi pilihan ramai, kehadiran individu untuk sesuatu jenama dan yang sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan pengguna masih penting - Gambar Hiasan Pexels
Walaupun kini membeli-belah dalam talian menjadi pilihan ramai, kehadiran individu untuk sesuatu jenama dan yang sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan pengguna masih penting - Gambar Hiasan Pexels

Matlamat TikTok adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan dengan mewujudkan pertalian bersama pengguna, peniaga boleh mencipta hubungan yang lebih bermakna dengan mereka untuk sambutan perayaan yang bermakna.

Peniaga boleh menjalankan sesi jualan secara langsung melalui TikTok Shop yang pasti berpotensi untuk mempengaruhi minat pengguna terhadap produk terlebih dahulu sebelum sesi ini dengan berkongsi sedikit maklumat tentang produk melalui iklan.

‘Shoppertainment’ adalah masa hadapan e-dagang, dan TikTok Shop menawarkan pengalaman beli-belah sehenti yang mana pengguna boleh berhibur dan mengetahui mengenai jenama atau barangan baharu setiap hari. 

Dengan TikTok Shop tersedia dalam aplikasi TikTok, peniaga boleh memanfaatkan pangkalan pengguna platform yang besar ini untuk menjangkau kumpulan sasaran pengguna mereka. - Getaran, 20 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

1,500 Bubur Lambuk Air Tangan Permaisuri Agong Diagihkan Kepada Rakyat

2

Semasa 17 jam yang lalu

Anwar Berbuka Puasa Bersama Rakyat Malaysia Di Jeddah

3

Selebriti 1 hari yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

4

Luar Negara 1 hari yang lalu

Belanda: Penjawat Awam Dilarang Guna Tiktok Untuk Tugasan Rasmi

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran