web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakam Filem Dengan Hanya Menggunakan Telefon Pintar!

Saksikan filem pendek arahan Dick Chua, Tan Ce Ding dan Ananth Subramaniam yang dirakam sepenuhnya dengan Xiaomi Mi 11.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Xiaomi Malaysia bangga mengumumkan kerjasama bersama BMW Malaysia untuk BMW Shorties ke-15, sebuah pertandingan filem pendek paling berprestij dalam mencungkil bakat pengarah baharu di Malaysia.

Merasmikan kolaborasi itu, anda bakal menyaksikan tayangan perdana filem-filem pendek arahan alumni BMW Shorties - Dick Chua, Tan Ce Ding dan Ananth Subramaniam - yang dirakam sepenuhnya dengan hanya menggunakan telefon pintar Xiaomi Mi 11 di laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia.

Menariknya, kerjasama antara dua syarikat gergasi ini turut melahirkan kategori baharu iaitu ketegori ‘Perfileman Peranti’, di mana pengarah atau pembikin kandungan digital boleh merakam filem pendek mereka dengan hanya menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit.

Bagi mereka yang berminat, maklumat lebih lanjut mengenai kategori ini akan segera dikeluarkan di halaman rasmi Xiaomi Malaysia dan laman Facebook BMW Shorties dalam masa terdekat.

Pengurus Besar Xiaomi Asia Tenggara, KM Leong berkata, “Teknologi inovasi telefon pintar kami memang bertujuan bagi memanfaatkan potensi kreatif di kalangan pengguna Xiaomi.”

“Telefon pintar ini mampu mengubah setiap penggemar foto dan video untuk menjadi pengarah pemula dengan kebolehan kamera Xiaomi yang bertaraf studio dan profesional.”

“Xiaomi Mi 11 sangat mudah bagi menghidupkan cerita anda dengan tiga kamera MiMP 108MP lengkap teknologi mod malam canggih dan ciri pawagam AI,” ucap Leoang.

“Dengan saiz muat kocek, Xiaomi Mi 11 adalah pendamping terbaik untuk BMW Shorties. Inovasi terkini Xiaomi membolehkan pengarah meningkatkan permainan kreatif mereka.”

“Kami berharap Xiaomi Mi 11 dapat membantu pencipta kandungan dan pengarah muda kami dalam mengekspresikan seni perfileman mereka secara lebih kreatif,” kata Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia.

Memasuki tahun kelima belas, BMW Shorties telah pun menghasilkan lebih daripada 1000 bakat-bakat baharu dalam bidang perfileman tempatan sejak 2006.

Tema tahun ini – CHARGE, sangat sesuai dengan pembudayaan norma baharu kerana ia mencabar rakyat Malaysia untuk tidak hanya merangkul perubahan, malah harus berdaya tahan dan berkembang dengan jayanya dalam menghadapi cabaran kehidupan di era COVID-19 ini.

Sedikit pengenalan, barisan alumni BMW Shorties yang mengambil bahagian dalam cabaran ini iaitu Dick Chua, Tan Ce Ding dan Ananth Subramaniam merupakan mantan juara BMW Shorties bagi tahun 2012, 2016 dan 2018 (mengikut susunan). – Getaran, 14 April 2021

Semua gambar: Xiaomi Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Sedih Dengan Pemergian Ibu Bapanya Akibat Kanser - Liyana Jasmay Akui Mula Ambil Berat Tentang Status Kesihatan 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi