web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 TV Samsung Patut Beli Untuk Raya Tahun Ini

Bergaya Hari Raya nanti dengan tiga televisyen pintar alaf baharu keluaran Samsung.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2021 2:34PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Televisyen atau tv adalah peranti yang bukan sekadar untuk tontonan. Di musim COVID-19 ini, ramai di antara kita yang ‘terpaksa rela’ tinggal lebih lama di dalam rumah. Ada pula mereka-mereka yang masih bekerja dari rumah (work from home) serta anak-anak mereka yang belajar di rumah, tentulah tv memainkan peranan yang penting bagi masyarakat kita dewasa ini. 

Tambahan pula, musim perayaan yang bakal menyusul nanti, sangatlah wajar untuk kita menghias kediaman dengan perkakas-perkakas baharu. Selain bertindak sebagai dekorasi, semat dalam fikiran, tv bukan hanya tampil sebagai paparan untuk hiburan, malah ia juga berfungsi sebagai jendela digital ke dunia yang lebih luas.

Dengan menganalisa pola gaya hidup pengguna, Samsung terus mengorak langkah dengan rangkaian pilihan tv yang memenuhi keperluan anda. Dalam barisan tv 2021 ini, Samsung tidak hanya bekerja keras untuk mencipta teknologi layar yang lebih besar, bahkan syarikat terkemuka dari Korea Selatan ini juga turut memberi tumpuan untuk penghasilan reka bentuk yang ideal.

Ia bertujuan bagi meningkatkan pengalaman menonton di ruang tamu anda sendiri dengan cara yang tidak dapat dicapai oleh jenama-jenama televisyen yang lain. Berikut tiga tv Samsung untuk keluaran 2021, seperti yang tertera:

NEO QLED TV

Tersedia dalam layar resolusi 4K dan 8K, selami layar dengan bingkai yang hampir tidak kelihatan. Neo QLED TV memberikan pengalaman tontonan yang sangat mengasyikkan. Layar terang dan jelas dengan reka bentuk sofistikated. 

THE FRAME

Apabila ia dimatikan, The Frame berfungsi sebagai objek perhiasan yang membangkitkan suasana galeri seni lukisan. Ia memberi inspirasi langsung ke ruang tamu anda, merasa seperti si pelukis yang bermimpi. 

THE PREMIERE

The Premiere adalah pemancar pintar ultra terbaharu keluaran Samsung. Nikmati hiburan seperti menonton teater dengan teknologi tiga laser yang canggih. Usah khuatir, paparan yang dipancarkan bakal beresolusi 4K! Merasa seperti menonton pawagam di ruang tamu sendiri. 

Layari Samsung TV untuk maklumat lanjut. – Getaran, 7 April 2021

Semua gambar: Samsung Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi