web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Perkenal Aplikasi Pintar Baharu Sempena Musim Haji 1443 H

Arab Saudi memperkenalkan tiga aplikasi pintar termasuk dua yang baharu sempena musim haji 1443 H bagi melancarkan lagi urusan para jemaah semasa berada di tanah suci.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 5:10PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Arab Saudi memperkenalkan tiga aplikasi pintar termasuk dua yang baharu sempena musim haji 1443 H bagi melancarkan lagi urusan para jemaah semasa berada di tanah suci.

Jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU), Hesham A. Saeed dalam temu bual bersama stesen televisyen Arab Saudi baru-baru ini berkata, dua aplikasi baharu itu ialah al-Munazzimin khusus untuk agensi yang menguruskan jemaah haji, mengandungi maklumat penting seperti tarikh pergerakan jemaah di Mina dan Arafat, manakala aplikasi al-Amilin bagi memudahkan urusan petugas haji bagi membantu jemaah.

Katanya, aplikasi al-Haj al-Zakiyy (aplikasi Pintar Haji) yang mula diperkenalkan pada musim haji lepas dan mengandungi semua maklumat asas berkaitan jemaah haji, kini sudah dikemas kini dan sedia untuk digunakan semua jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi.

“Dengan hanya mengimbas kod bar pada aplikasi ini, petugas haji dapat membantu jemaah yang tersesat sebagai contoh, kerana semua maklumat jemaah berkenaan seperti status kesihatan dan nombor khemah sedia terpapar,” katanya.

Sementara itu, akhbar al-Asharq Al-Awsat yang memetik kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfig AlRabiah berkata kementeriannya sentiasa memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik bagi menyambut kedatangan satu juta jemaah haji tahun ini demi menjamin kesihatan para jemaah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN