web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kamera Telefon Bimbit Yang Mampu Menonjolkan Ketulenan Gambar

Penulis kami mencuba prestasi kamera telefon terbaharu Samsung S22+.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 12:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awal bulan Mac yang lalu, penulis bersama rakan-rakan berkesempatan untuk pergi bercuti di beberapa lokasi menarik di Sabah. 

Tidak melepaskan peluang, penulis membawa bersama telefon Samsung Galaxy S22+ dan mencuba sendiri kameranya untuk merakam dan menangkap gambar. 

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi prestasi kamera telefon bimbit Samsung Galaxy s22+.

Lokasi pertama untuk menguji kehebatan kamera model ini adalah di sebuah tempat yang dipanggil Bohey Dulang. 

Seperti gambar di atas, kawasan puncak bukit ini menawarkan pemandangan memukau dan ia jelas kelihatan dalam gambar yang diambil menggunakan kamera telefon pintar ini. 

Ini kerana sistem imbangan cahaya secara automatik yang ada pada peranti akan menjadikan paparan gambar pada skrin tersebut tidak terlalu cerah atau terlalu gelap. 

Tambahan lagi, jika anda menggunakan kamera dengan menggunakan mod kamera ultra lebar, ia mampu menghasilkan gambar dengan keluasan yang besar. 

Begitu juga jika anda menangkap gambar atau merakam video dalam posisi menegak, ia masih boleh memenuhi ruang kawasan tersebut. 

Jadi ia sesuai untuk pengguna media sosial terutamanya penggemar video berbentuk reels di platform tiktok atau Instagram. 

Dengan adanya sistem imbangan lensa pada model ini, paparan gambar atau video tidak akan bergegar dan menampilkan kejelasan gambar yang baik.

Ini terbukti saat kami melewati laluan ketika mendaki bukit Bohey Dulang. Walaupun agak mencabar untuk merakam video serta menangkap gambar namun ciri kamera ini membantu memberikan hasil terbaik. 

Di Kundasang penulis cuba menggunakan mod “pro” yang mempunyai tetapan yang lebih terperinci. 

Sama ada anda ingin menangkap gambar atau merakam video, kedua-duanya mempunyai mod tersebut. 

Secara asasnya untuk menggunakan tetapan ini pengguna perlu mempunyai sedikit pemahaman mengenai teknik menangkap gambar seperti menggunakan kamera DSLR. 

Anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal bahagian kecerahan (ISO), kelajuan pengatup kamera (speed), tumpuan objek (focus) dan seumpamanya untuk mendapatkan gambar yang berkualiti dan jelas.

Agak sukar untuk mengendalikan fungsi tersebut pada awalnya namun perkara tersebut tidak menjadi masalah. 

Ia masih mempunyai mod automatik untuk digunakan pada bahagian tetapan. 

Akan tetapi ia masih mengambil sedikit masa untuk mencari sudut yang sesuai bagi kamera tersebut mengunci objek yang dikehendaki sebelum menangkap gambar. 

Apa yang boleh dikatakan, fungsi dan sistem teknologi yang dipasangkan pada kamera telefon pintar ini luar biasa. 

Kehebatan kamera yang menonjolkan ketulenan warna dan pemandangan gambar yang jelas serta terang membuatnya menjadi satu pelaburan yang berbaloi. - Getaran, 6 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN