Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Skuter Berkuasa Tinggi

Kebanyakan skuter dicipta dengan kelajuan enjin yang sederhana dan bersaiz kecil. Bagaimanapun, terdapat beberapa skuter berkuasa tinggi dengan reka bentuk lebih elegan.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 2:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Skuter adalah sejenis motosikal yang tidak berantai. Kebanyakan skuter dicipta dengan kelajuan enjin yang sederhana dan bersaiz kecil. Reka bentuknya pula lebih kepada gaya klasik dan mempunyai transmisi automatik. 

Namun, terdapat beberapa skuter yang mempunyai enjin berkuasa tinggi dan menampilkan reka bentuk lebih elegan. Mari kita lihat lima skuter yang mempunyai enjin kuasa tinggi.

Piaggio MP3 500 HPE Sport

Piaggio adalah sebuah jenama di bawah syarikat Piaggio & C.SpA. Ia adalah syarikat pengeluaran kenderaan bermotor yang berasal dari Pontendera, Italy. Model ini dikeluarkan pada 2021 dan mampu memecut sehingga 144 km/j dengan menggunakan kapasiti enjin 493cc. Uniknya reka bentuk model ini, ia menampilkan skuter beroda tiga dan menggunakan pemula elektrik serta dianggap sebagai alat tunggangan ‘bad boy’. Tambahan pula dikatakan ia lebih mudah untuk ditunggang dan mampu menghasilkan selekoh yang stabil ketika mengemudinya namun dalam kadar kelajuan yang sederhana. Mempunyai tempat duduk yang lebar dan ketinggian 789mm dari tempat duduk, skuter ini memiliki berat sehingga 244 kg. Harga bagi model skuter ini mencecah RM 39,000 seunit.

BMW C 400 X

BMW telah mengeluarkan model ini sebagai kenderaan skuter pada 2019. Ia dihasilkan di bawah nama BMW Motorrad dan dikilangkan di China. Dilengkapi dengan kapasiti enjin 350cc dengan kelajuan maksimum 139 km/h, ia memberikan pecutan dan belokan yang stabil ketika menunggang kerana reka bentuknya lebih kecil sedikit dan kompak berbanding yang lain. Masih menggunakan pemula elektrik model ini menampilkan meter yang lebih moden iaitu berbentuk LCD. Model ini juga mempunyai berat 195kg dan ketinggian 775mm dari tempat duduk. Harga pasaran bagi seunit adalah RM 44,500 dan telah berada di pasaran Malaysia.

Piaggio Beverly 300

Sebuah lagi skuter keluaran Piaggio & C.SpA yang mempunyai enjin berkuasa tinggi. Tetapi kali ini sedikit berbeza kerana dari segi reka bentuknya, ia kelihatan seperti skuter yang biasa dan bersaiz kecil. Namun, model ini menggunakan kapasiti enjin 300cc dan mempunyai kelajuan maksimum sehingga 135km/j. Pasti memberikan pecutan yang baik tetapi agak kurang pada bahagian selekoh ketika menungang. Dengan menggunakan pemula elektrik seperti skuter yang lain, ia sangat sesuai digunakan di kawasan bandar yang sesak. Meter yang dipasangkan pada model ini juga mempunyai gabungan bentuk antara digital dan klasik. Ia mempunyai berat sebanyak 171kg dan ketinggian daripada tempat duduk 790mm. Harga pasaran bagi model ini dianggarkan Rm 36,000 seunit mengikut generasi keluaran.

Honda Forza 350

Skuter jenama Honda ini dikeluarkan pada 2018. Ia diperbuat daripada Itali dan telah memasuki pasaran Asia. Thailand menjadi negara pertama merasmikan model ini pada tahun lepas semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Bangkok 2020 dan dijangka akan masuk di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Dengan menggunakan pemula elektrik, ia dilengkap dengan kapasiti enjin berkuasa 300cc serta mempunyai kelajuan maksimum 129km/j. Ia mempunyai berat 184kg dan ketinggian 810mm dari tempat. Reka bentuknya dilihat lebih sporty berbanding skuter yang biasa. Harga pasaran di Malaysia dijangkan mencecah Rm 32,000 seunit.

Yamaha TMAX Tech MAX

Model Yamaha dikilangkan di bawah nama Yamaha Motor Company yang berasal dari Jepun. Ia buat kali pertama dilancar semasa sidang media pada Julai 2000 di Naples, Itali dan Iwata,Jepun. Dilengkapi dengan kapasiti enjin 562cc, ia mampu memecut kelajuan sehingga 180km/j, model ini digelar sebagai ‘Top Dog’ yang bermaksud tunggangan besar atau teratas bagi kategori skuter. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan saiz yang agak besar dan mempunyai lampu belakang berbentuk T serta meter berbentuk digital. Masih menggunakan pemula elektrik, ia mempunyai berat sehingga 220kg dan ketinggian daripada tempat duduk 800mm, model ini sangat sesuai ditunggang di atas jalan raya. Harga pasaran bagi skuter ini mencecah Rm 73,000 seunit.

Gambar: Laman sesawang produk

Sumber: Lexhaminsurance

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran