Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ajar Si Kecil Berenang Pada Usia Muda

Bagaimana berenang pada usia muda dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental anak-anak dan adakah persekitaran air kita selamat untuk mereka?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat anak membesar adalah detik paling berharga bahkan ramai ibu bapa berusaha memberikan kehidupan terbaik agar si kecil membesar dengan sempurna. 

Untuk perkembangan yang sihat, ibu bapa digalakkan mendedahkan anak-anak dengan aktiviti luar rumah dah fizikal. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi memberikan kesan positif terhadap pembentukan watak, peningkatan kemahiran motor dan kognitif serta tabiat harian.

Sesuai dengan iklim Malaysia yang panas, berenang antara aktiviti yang disarankan untuk si kecil. Apatah lagi negara ini banyak lokasi perairan popular dan kemudahan kolam renang. Bagi menikmati semua ini, penting untuk si kecil belajar berenang agar tidak takut dengan air. 

Pun begitu, masih ada segelintir ibu bapa menolak idea untuk mendedahkan si kecil kepada bahan kimia dan air yang sejuk di kolam renang. Penularan COVID-19 turut menjadi kekangan apabila ramai bimbang keselamatan anak mereka terancam. 

Memahami senario ini, kebanyakan sekolah dan pusat renang menekankan tahap kebersihan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan dengan mensanitasi kolam renang serta memastikan paras kolam memenuhi syarat yang dibenarkan. 

Menurut pengasas sekolah renang bayi dan kanak-kanak Happy Fish Swim School, Tan Jian Yong, kolam renang untuk si kecil mesti mematuhi garis panduan air kerana kulit golongan ini lebih sensitif.

Justeru itu, pusat renang dan kolam awam harus mempertimbangkan sistem pemanasan dan sanitasi kolam berkualiti seperti sistem Waterco untuk menyesuaikan suhu dan tahap klorin kepada standard yang selamat serta bersih khas untuk si kecil sambil meminimumkan penggunaan dan kos tenaga. 

Kolam air yang bersih dan jernih menggunakan sistem penapisan dan sanitasi Waterco
Kolam air yang bersih dan jernih menggunakan sistem penapisan dan sanitasi Waterco

Berikut adalah kepentingan mengapa kanak-kanak perlu belajar berenang pada usia muda:

Berenang pada usia muda membantu si kecil mengatasi rasa takut terhadap air

Keselesaan komponen penting apabila berada dalam kolam air. Kanak-kanak akan diajar teknik pernafasan yang betul untuk menanam keyakinan ketika berenang. Semakin awal usia kanak-kanak berenang, semakin pendek tempoh peralihan untuk mereka berasa selesa dalam air.

Menurut Tan, ketahanan air bertindak untuk menahan serta menyokong badan si kecil sambil mengurangkan beban sendi dan otot mereka seterusnya mampu mencegah kecederaan. Tidak seperti aktiviti lasak lain, berenang lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak agresif. 

Lebih cepat menyesuaikan diri dan seronok dalam air sekiranya bermula dari usia muda
Lebih cepat menyesuaikan diri dan seronok dalam air sekiranya bermula dari usia muda

Meningkatkan koordinasi badan

Berenang bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Untuk pengetahuan, kardiovaskular adalah sistem peredaran yang membekalkan darah ke seluruh badan. Apabila berenang, badan kanak-kanak dilatih untuk menggunakan oksigen dengan lebih berkesan seterusnya membantu menguatkan jantung, saluran darah, otak dan paru-paru.

 Berenang juga sesuai untuk kanak-kanak yang menghidap asma. Apabila menahan nafas dalam air, ia membantu mereka mengembangkan kapasiti paru-paru seterusnya meningkatkan kemampuan mengawal pernafasan.

Selain itu, apabila menggerakkan tangan dan kaki secara serentak ketika berenang, si kecil turut menggerakkan otot kekuatan dan kawalan dengan lebih cekap. Ini menyumbang kepada peningkatan koordinasi dan keseimbangan badan.

Bukan perkara mudah bagi kanak-kanak menyatukan pergerakan badan malah latihan yang kerap dapat menggalakkan mereka untuk berusaha dalam aktiviti seharian lain seperti berlari, menulis dan banyak lagi. 

Koordinasi badan dan pengembangan otot dapat ditingkatkan
Koordinasi badan dan pengembangan otot dapat ditingkatkan

Meningkatkan fungsi kognitif

Ketika berenang kanak-kanak menggerakkan tangan dan kaki mereka pada masa yang sama seterusnya mendorong pergerakan corak silang dua hala.

Pergerakan menggunakan tangan dan kaki secara berlawanan akan membantu pertumbuhan otak dengan membina neuron terutama di corpus callosum yang bertindak memindahkan maklumat kompleks antara dua bahagian otak.

Oleh itu, berenang dapat memudahkan komunikasi dan pencernaan maklumat bahkan dalam jangka masa panjang, ia membolehkan si kecil meningkatkan kemahiran membaca, perkembangan bahasa serta kesedaran ruang.

Selalunya corpus callosum akan selesai berkembang pada usia 12 tahun, jadi mengapa tidak ambil kesempatan ini untuk meningkatkan perkembangan otak si kecil lebih awal?

Penyambungan otak juga penting untuk koordinasi tangan-mata yang baik. Otak bertanggungjawab menukar isyarat untuk mengkoordinasikan mata dan tangan agar berada pada sasaran yang sama. 

Interaksi sosial semasa berenang mendorong perkembangan kesihatan mental kanak-kanak
Interaksi sosial semasa berenang mendorong perkembangan kesihatan mental kanak-kanak

Meningkatkan keyakinan diri dan sosial

Berenang juga cara terbaik untuk bersosial. Apabila menghadiri kelas renang, kanak-kanak akan bertemu rakan sebaya, tenaga pengajar dan ibu bapa. Ia secara tidak langsung membolehkan mereka berinteraksi di luar zon selesa dan belajar untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan.

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri si kecil dan tidak canggung bertemu rakan baru. 

Kemahiran ini mendedahkan si kecil dengan ilmu keselamatan air dan kepentingan kebersihan. Ia penting agar mereka tahu cara mengelakkan diri daripada bahaya dan kekal tenang sekiranya berada dalam situasi tidak diingini.

Dengan semua langkah keselamatan dan garis panduan, anda tidak perlu takut apabila si kecil berada di kolam renang. 

Berdasarkan manfaat di atas, apa kata masukkan aktiviti berenang dalam rutin harian anak-anak anda sejurus dibenarkan menikmati kembali kehidupan normal kelak. – Getaran, 18 Julai 2021.

Semua gambar: Waterco

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

4

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA