5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE
Berita Terkini
5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE
'Sneakers Culture', Letaknya Di Kaki, Namun Bertakhta Di Hati
Tidak salah mengatakan bahawa dunia fesyen hip hop dan sneakers berjalan seiringan. ‘Sneakers’ dan hip hop ibarat irama dan lagu. Tidak dapat dipisahkan kerana ia saling melengkapi.
TARADikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 1:09PM
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Apabila anda memikirkan tentang budaya hip hop, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Sekiranya anda memikirkan t-shirt oversized, sneakers dan muzik rap, yes you are right! Faktanya adalah, hip hop yang bermula di kota New York pada tahun 1970-an telah memberi kesan yang signifikan terhadap fesyen jalanan.
Benar, budaya hip hop membawa beberapa trend yang menjadi ikutan ramai sehingga kini, Tidak pernah basi dan sentiasa mengumpan pengikut untuk terus bereksperimentasi, terutamanya trend sneakers.
Oleh itu, tidak salah mengatakan bahawa dunia fesyen hip hop dan sneakers berjalan seiringan. Sneakers dan hip hop ibarat irama dan lagu. Tidak dapat dipisahkan kerana ia saling melengkapi. Biarpun kasut ini pada asasnya adalah kasut sukan, namun kerana evolusinya, ia menjadi ikon fesyen.
Laporan yang dikeluarkan oleh platform data perniagaan, Statista pada Mei 2021, menunjukkan pada tahun 2020, jumlah pendapatan pasaran sneakers global bernilai sekitar USD70 bilion dan diramalkan akan mencapai nilai USD102 bilion tahun 2025.
Adidas, Nike, Puma dan Converse antara jenama yang terkenal dengan kasut hip hop mereka. Nike masih terbukti menjadi jenama pilihan bagi banyak pengguna.
Air Jordan 1. Gambar: Stephan Schmid, Unsplash
Dalam tinjauan yang dilakukan baru-baru ini, hampir separuh responden memiliki sesuatu dari Nike, tanpa mengira tahap pendapatan mereka. Pada tahun 2020, Nike menjana penjualan kasut USD24 bilion, lebih banyak daripada gabungan Puma dan Adidas.
Menjejak kembali sejarah pembuatan sneakers, ia bermula pada akhir abad ke-18 di mana ketika itu orang memakai kasut tapak getah yang dikenali sebagai ‘plimsolls’ yang kasar pembuatannya. Ketika itu tidak ada untuk kaki kanan atau kiri.
Sekitar tahun 1892, U.S Rubber Company menghasilkan kasut getah yang lebih selesa dengan bahagian atas kanvas, yang disebut ‘Keds’. Menjelang tahun 1917, barulah sneakers mula dihasilkan secara besar-besaran.
Tahu tak kenapa ia dinamakan sneakers? Sebabnya, kasut ini cukup selesa dan senyap sehingga si pemakai boleh ‘menyelinap’ ke sana-sini tanpa disedari orang lain!
Sneakers penari hip hop yang sangat terkenal dan berjaya sepanjang sejarah budaya hip hop ialah Nike Cortez. Dilancarkan di pasaran pada awal 70-an dan penyanyi hip-hop terkenal seperti Eazy-E, Lil' Wayne, Kendrick Lamar dan ramai lagi telah mempopularkan Nike Cortez.
Apabila dunia high fashion mulai kembali dahagakan permintaan daripada generasi muda, untuk kekal relevan, mereka beralih arah kepada trend jalanan semasa yang dikuasai oleh budaya hip hop.
Kita semua tahu bahawa peminat serta pengikut genre muzik ini begitu mementingkan aksesori di kaki iaitu sneakers di mana mereka sanggup melabur ribuan dolar untuk memilikinya.
Mengikuti jejak langkah Kanye West yang muncul dengan sneakers Yeezy, tiba-tiba Dior menjadi bahan bicara utama pemerhati fesyen dunia apabila ASAP Rocky tampil sebagai wajah kempen Dior Homme pada 2016.
Air Jordan 1 High OG Dior
Kemudian kita boleh lihat kolaborasi antara Pharrel Williams bersama Chanel, Travis Scott bersama Saint Laurent dan ramai lagi bintang hip hop yang kian diterima masuk ke dalam kelompok elitis dunia high fashion.
Pada awalnya, sneakers yang dijual di Gucci hingga ke Versace hanya mementingkan rekaan dan estetik sahaja. Berbanding sekarang, mereka sudah mulai mengeluarkan sneakers yang memiliki inovasi keselesaan sebagai kunci jualan penting.
Sampai ke hari ini, orang ramai masih mencari-cari sneakers Air Dior edisi terhad, malah jenama mewah lain terus-menerus melancarkan kolaborasi masing-masing. Contoh terbaru adalah Prada bersama Adidas.
Gambar: Prada.com
Jika anda bukan berada di dalam kelompok mewah, berikut adalah 10 sneaker klasik yang boleh dijadikan koleksi kerana ia tidak lapuk ditelan zaman. Bahkan, anda boleh tampil mempesona jika bijak menyuai padan dengan persalinan.
1) Converse Chuck Taylor All Star
2) Adidas Originals Stan Smith
3) Adidas Samba
4) Nike Air Force 1
5) Nike Air Jordan I Obsidian
6) Nike Air Max 97
7) Onitsuka Tiger Corsair
8) Reebok Club C 85
9) Vans OG SK8-Hi LX
10) PUMA Suede Classic XXL
Berikut adalah lima tip memakai sneakers mengikut perkembangan trend hari ini. Ia dikongsikan oleh mantan editor Glam, Suzie Adnan
1) Jika anda penggemar gaya yang lebih old school dan retro, sneakers gaya trainers adalah untuk anda. Stail trainers seperti Nike Cortez dan New Balance yang masih dijual hingga kini, cukup popular pada era 70-an lalu sewaktu sukan marathon sedang berada di puncak.
2) Bagi menggemar ilham klasik dan selamat, Nike Air Force 1, Adidas Stan Smith dan Converse Chuck Taylor All Stars antara pilihan sneakers yang baik. Ia amat versatil untuk apa jua penampilan.
3) Jika anda seorang yang trendy dan minat pada gaya yang lebih berani, sarungkan basketball sneakers yang cukup popular kini. Air Jordan daripada Nike sedang mengalami revival yang hebat kala ini. Suai padan secara kreatif dengan sut kasual hingga ke couture –kenapa tidak?
4) Antara sneakers gaya low-top dan high-top, mana satu pilihan hati? Jika mahu ikutkan tertib, low-top bagus jika ditemukan dengan sesuatu yang singkat menampakkan buku lali seperti skirt dan celana capri. Stail high-cut lebih bersahaja dan chic kalau kena gaya!
5) Terkini, banyak stail sneakers baru melalui manipulasi ekstrem seperti rekaan luar yang futuristik seperti Yeezy, tambahan aneka pad kaki sebagaimana di Air Max malah ada yang boleh disarung secara slip-on tanpa perlu mengetatkan tali. Sneakers seperti ini buat jiwa progresif yang menghargai teknologi dan inovasi.
Sneakerheads sanggup berhabis wang ringgit
Sama seperti ‘kegilaan’ lain, pengumpul sneakers atau sneakerhead sanggup berhabisan wang ringgit demi sepasang sneakers yang diidamkan. Jika tidak dapat dibeli di pasaran komersial, ramai yang juga yang sanggup ke platform-platform e-dagang yang lain untuk mendapatkannya.
Dalam masa yang sama, sneakerhead juga boleh ‘buat duit’ kalau koleksi yang dimiliki menjadi buruan ramai.
Berkongsi cerita kepada The Vibes baru-baru ini, sneakerhead, Hans Abdullah, 27, memberitahu dia memiliki lebih 300 pasang sneakers yang disimpan di dalam sebuah bilik khas di rumahnya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Hans Abdullah dan koleksinya. Gambar Fail
"Saya mula mengenali budaya sneakers ketika saya mula bermain permainan skateboard dan setelah menonton salah satu filem 'Step Up' (siri filem Amerika yang berkisar pada tarian jalanan). Tetapi pada masa itu, saya tidaklah benar-benar mempunyai wang untuk memilikinya.
"Hanya pada umur 21 tahun, saya mula mengumpul, iaitu sekitar 2012 hingga 2013. Ketika itu saya sedang belajar (dan buat kerja sambilan) di Melbourne. Saya banyak mengintai forum-forum dalam talian untuk belajar dan mengenali sebanyak mungkin tentang sneakers,” ujar Hans mengimbas kembali bagaimana dia bermula.
Dia juga sempat berkongsi bahawa forum Jepun adalah tempat paling ‘hidup’ untuk mendapatkan rujukan yang membantu memupuk minatnya terhadap kasut.
"Saya mendapati mereka juga mempunyai cara untuk menggayakan sesuatu, yang benar-benar unik, dan ini ia adalah antara perkara pertama yang saya pelajari tentang budaya sneaker. That is, you got to go with your own fashion sense,” tambah Hans.
Antara koleksi rebutan ramai yang dimiliki oleh Hans ialah Air Jordan VII Miró Olympics dan direka khas untuk meraikan Sukan Olimpik 2008, Nike Air Yeezy II, Asics Nasi Lemak-inspired GEL-Kayano 5 dan juga koleksi terbaru Asics GEL-Lyte 3 ‘Petronas Twin Towers’.
Seorang lagi sneakerhead, Aszuad Zakaria, 51, memberitahu dia mula mengumpul sneakers ketika di usia remaja, di mana ketika itu dia melibatkan diri dengan sukan papan selaju (skateboard).
Ketika itu dia sering ke Singapura untuk membeli peralatan sukan berkenaan. Oleh kerana Singapura mempunyai koleksi sneakers untuk skaters yang lebih banyak, jadi dia jua tidak lepaskan peluang untuk memilikinya.
“Apabila saya mula bertugas sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan pada tahun 90-an, minat saya kepada sneakers semakin berkembang.
“Sebabnya, saya sering kali ke Jepun dan seperti yang kita tahu Jepun menawarkan pilihan fesyen gaya jalanan yang hebat. Koleksi sneakers yang ada di sana membuatkan saya mahu memilikinya.”
Aszuad Zakaria bersama sepatunya. Gambar Fail
“Setakat hari ini saya mempunyai lebih kurang 60 pasang sneakers kerana ada di antaranya terpaksa saya lepaskan kerana rosak dalam simpanan. Selain itu, saya juga ada berikan kepada kawan-kawan sebagai hadiah kerana mereka juga berminat untuk dapatkannya.
“Maklumlah, apabila asyik membeli, ada di antaranya tidak terpakai dan tersimpan begitu sahaja di dalam kotak,” ujar Aszuad ketika dihubungi baru-baru ini.
Dalam masa yang sama Aszuad juga memaklumkan, dia tidaklah hanya tertarik kepada satu jenama sahaja. Tetapi tidak menafikan lebih tertumpu kepada sneakers oldskool yang popular sehingga kini.
“Tak kisahlah apa jenama pun, jika rekaanya kena dengan jiwa, saya akan beli. Saya ada Nike, Adidas, Asics, New Balance dan banyak lagi. Selain itu, saya juga lebih suka mengumpul sneakers yang oldskool kerana ia mempunyai nilai sentimental selain tidak lapuk dek zaman.
“Nike Air Jordan I adalah sneaker yang paling saya gemari sejak dari zaman sekolah lagi. Bagi saya rekaan sneaker ini unik dan relevan untuk digayakan sehingga kini.
“Saya juga peminat setia Nike Max 95 Neon Green kerana keselesaannya. Setiap kali ada pelancaran baru, saya mesti dapatkannya,” ujar Aszuad yang juga tidak lepaskan peluang memiliki Air Jordan 1 OG Dior. - Getaran 11 July 2021
Penghargaan : Terima kasih kepada Suzie Adnan atas kerjasama yang diberikan.
Isu Pada
Inkarnasi Joe Flizzow
10 Jul 2021
Isu Pada
Inkarnasi Joe Flizzow
10 Jul 2021
Berita Berkaitan
1
Semasa1 minggu yang lalu
Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM
2
Semasa2 bulan yang lalu
Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand
3
Luar Negara2 bulan yang lalu
Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS
4
Rencana4 bulan yang lalu
Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini
2
Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan
3
Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh
4
Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok
5
DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan
6
DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini
Popular Sekarang
Semasa18 jam yang lalu
Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM
Semasa1 hari yang lalu
Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh
Politik1 hari yang lalu
Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok
Semasa2 hari yang lalu
Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan