Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akuaponik : Jom Tanam Sayur Guna Ikan!

Manfaatkan masa terluang PKP 3.0, cuba kaedah pertanian moden ini yang menuai banyak faedah, sepanjang tempoh ‘berkurung’ anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 10:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini mungkin sedikit berbeza kerana ramai di kalangan kita sudah mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu. Rakyat Malaysia telah biasa bekerja dari rumah dan hanya ke pejabat apabila diperlukan.

Ini membenarkan kita untuk meluangkan lebih banyak masa di rumah dan dapat melakukan aktiviti-aktiviti berguna di masa senggang. Bagi mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat dan lestari, apa kata anda cuba kaedah pertanian moden, tanaman akuaponik? 

Selain mengisi masa terluang di rumah, tanaman akuaponik membolehkan anda menikmati sayur-sayuran yang segar hasil tanaman anda sendiri di halaman rumah anda sendiri! Anda juga boleh menghiasi halaman rumah anda dengan kolam ikan yang cantik dan tenang. 

 

Apa itu tanaman akuaponik dan bagaimana ia berfungsi?

Kadangkala dikelirukan dengan hidroponik, akuaponik ialah cara pertanian moden yang revolusioner. Ia merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Tanaman akuaponik adalah cara tanaman tanpa tanah yang menggunakan ikan sebagai ejen pembajaan utama. 

Ekosistem perkebunan moden ini memberi tumpuan kepada pemberian makanan kepada ikan, lalu membiarkan hasil buangan mereka memainkan peranan. Sisa-sisa ikan yang berkhasiat itu akan disaring pula untuk menjadi baja. Kemudian disalurkan melalui saluran paip khas ke kawasan penanaman biji-biji benih agar tanaman dapat tumbuh dengan sebaiknya. 

 

Bagaimana cara memulakan tanaman akuaponik?

Keperluan utama yang harus anda ada bagi memulakan tanaman akuaponik ini adalah ikan, ruang untuk membina kolam dan penapis air. Menurut Dr Richard Ng, seorang petani akuaponik, keseimbangan ekologi memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah akuaponik.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan kebun akuaponik kecil anda itu tadi termasuklah nisbah antara air dengan ikan, spesis ikan yang diternak dan suhu kawasan. Dr Richard mengesyorkan ikan talapia untuk mereka yang baharu sahaja bermula. 

Dr Richard memeriksa sayur di kebun akuaponik miliknya
Dr Richard memeriksa sayur di kebun akuaponik miliknya

“Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kerana tanaman akuaponik perlu saling melengkapi bagi menghasilkan tanaman yang terbaik. Tanpa sistem penapisan yang betul, peredaran antara air, tanaman dan ikan tidak akan berfungsi dengan baik,” kata Dr Richard. 

Setelah melakukan beberapa kajian dan eksperimen, Dr. Richard mendapati ketika menggunakan sistem penapisan air keluaran Waterco Malaysia, ia dapat mempercepatkan proses tanpa mempengaruhi ekologi sistem, malah menjimatkan perbelanjaan secara keseluruhannya. 

Sistem penapisan air sangat penting bagi memulakan akuaponik
Sistem penapisan air sangat penting bagi memulakan akuaponik

“Idea utama pertanian akuaponik adalah manfaat persekitaran dan sosial kepada masyarakat. Kami berpegang teguh dengan prinsip itu untuk tanaman akuaponik terus kekal mampan,” ujar Dr Richard, yang juga pengasas kepada Farm2Fork. 

Walaupun pelaburan keseluruhan untuk tanaman akuaponik ini kelihatan besar pada awalnya, ada banyak manfaat dan pulangannya. Ia bukan hanya untuk kesihatan, malah untuk perkembangan rohani, jasmani dan alam sekitar kita. 

 

Kelebihan dan manfaat tanaman akuaponik

Anak benih sayur yang tumbuh segar di kebun akuaponik
Anak benih sayur yang tumbuh segar di kebun akuaponik

Hasil tanaman membawa banyak faedah kesihatan

Akuaponik merupakan kaedah pertanian tanpa tanah yang tidak menggunakan racun perosak dan baja kimia kerana ia bergantung kepada ikan dan kitaran ekosistem.

Racun dan baja tidak sesuai untuk kaedah pertanian ini kerana ia akan membahayakan ikan, lalu mempengaruhi ekosistem secara negatif.

Cara ini boleh dikatakan 100% selamat kerana tanaman akuaponik hanya memanfaatkan sisa-sisa ikan secara organik.

Walaupun tanpa menggunakan bahan kimia, hasil tanaman akuaponik dapat tumbuh dan membesar dengan sihat (warna dan saiz) dalam masa 30 hari. Sayur-sayuran hasil tanaman akuaponik dijamin segar secara semula jadi. 

Jumlah ikan sesuai ukuran tangki juga memainkan peranan penting
Jumlah ikan sesuai ukuran tangki juga memainkan peranan penting

Mudah dijaga

Tanaman akuaponik sesuai untuk semua! Tidak seperti pertanian tradisional, akuaponik tidak memerlukan siraman air secara konsisten.

Kerana ia tidak menggunakan tanah, anda tidak perlu mencabut tumbuhan parasit atau rumput liar yang tumbuh menumpang. Anda tidak perlu risau tentang siraman air atau keperluan tanah. 

“Setelah beberapa kegagalan, saya mengenal pasti kegagalan selalunya akibat kurangnya pengetahuan asas tentang akuaponik seperti keluasan kebun dan jumlah ikan yang diperlukan.

Semuanya memainkan peranan penting untuk perkembangan kebun akuaponik yang berjaya dan mampan. Asal anda fahami sains akuaponik, penjagaannya sangat mudah,” tegas Dr Richard.

Kebun akuaponik di belakang rumah
Kebun akuaponik di belakang rumah

Menjimatkan ruang dan tanah

Walaupun negara kita bernasib baik kerana dikurniakan tanah yang subur dan luas, tidak semua orang memiliki tanah sendiri untuk mengusahakan kebun.

Kaedah pertanian akuaponik ini tidak memerlukan tanah atau ruang yang luas, membolehkan sesiapa sahaja memulakannya di halaman rumah mereka. Sama ada dalam skala besar atau kecil, terserah anda untuk memulakannya, di halaman belakang mahupun balkoni rumah bertingkat. 

Paip air yang terpasang dari atas akan mengalir ke tanaman
Paip air yang terpasang dari atas akan mengalir ke tanaman

Jimat air

Tanaman akuaponik hanya menggunakan air yang sedikit, tetapi boleh menghasilkan hasil tanaman yang sama dengan tanaman tradisional yang memerlukan air yang banyak dan berkala. Pertanian akuaponik hanya menggunakan 10% air berbanding pertanian tradisional. 

Air juga akan dikitar semula untuk kegunaan kolam ikan. Pembaziran tidak akan wujud kerana ekosistemnya bergantung pada kitaran air yang berulang. Dengan faktor pemanasan global yang melanda dunia, amat penting untuk kita mengitar semula sumber daya yang amat diperlukan.

Akuaponik amat mudah untuk dikendalikan dan mesra alam. Dengan PKP 3.0 yang masih berterusan, anda boleh memulakan pertanian akuaponik ini sebagai salah satu projek baharu yang boleh anda usahakan di rumah bersama keluarga yang tersayang. – Getaran, 12 Jun 2021.

Semua gambar: Waterco Malaysia

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini