web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketahanan Honor X9b Diuji Oleh 2,500 Butir Peluru

Model terbaharu daripada Honor ini diiktiraf sebagai telefon pintar paling lasak dari setiap aspek

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 4:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sehebat mana pun sesebuah telefon pintar itu, pernahkah daya tahannya diuji ke tahap maksimum? Ada beberapa model sebelum ini pernah menjalani siri ujian untuk membuktikan daya tahan dimiliki, antaranya dijatuhkan dari bangunan tinggi dan permukaan skrin diketuk dengan objek keras.

Baru-baru ini, telefon pintar terbaru daripada Honor iaitu Honor X9b yang bakal dilancarkan tidak lama lagi menjalani satu ujian yang agak luar biasa, apabila ditembak dengan 2,500 butir peluru paintball.

Sesuai dengan tema ‘Tahan Lasak Dari Semua Sudut’, keputusan ujian tersebut begitu luar biasa.

Selepas tembakan, telefon terbabit masih berdiri teguh di papan sasaran tanpa mengalami sebarang kerosakan fungsi atau keretakan.

Jelas terbukti telefon pintar ini sangat kuat daya tahannya serta mempunyai kualiti yang begitu mantap dan mampu menyakinkan pembeli.

Honor X9b turut dianugerahkan sebagai telefon pintar pertama dunia yang memperoleh pensijilan lima bintang oleh SGS Switzerland. Pengiktirafan tersebut mengukuhkan reputasi model ini sebagai telefon pintar paling tahan lasak sehingga hari ini.

Honor X9b turut diuji dengan pukulan papan kayu. Amat mengagumkan apabila ia berjaya membelah 200 keping papan kayu tersebut. Sesi ini menambahkan lagi kemantapan model ini sebagai telefon pintar paling kukuh. 

Memandangkan model ini bakal dilancarkan tidak lama lagi, Honor mendedahkan dahulu lima perkara atau tawaran asas yang perlu anda tahu sebelum memilikinya.

Ketahanan Peranti 360 Darjah

Dengan Paparan Anti Jatuh Melantun Ultra HONOR, HONOR X9b mempunyai rintangan jatuh di setiap sudut peranti dan sudah semestinya melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

Perlindungan Tiga Peringkat

HONOR X9b memiliki struktur tiga lapisan pengukuhan separa skrin dan perlindungan tahap kualiti yang tinggi di sekeliling skrin dan perlindungan kedap dengan kedudukan yang stabil serta seimbang yang bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.

Bahan Kusyen Canggih

Model terbaharu ini juga tampil dengan bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuh berganda bagi memastikan peranti tersebut tetap selamat walaupun ia dalam situasi mencabar dan digunakan secara lasak.

Ketahanan Diiktiraf SGS

Seperti yang dimaklumkan, Honor X9b dengan bangganya memegang takhta sebagai telefon pintar pertama dunia yang mendapat pensijilan lima bintang rintangan oleh SGS Switzerland.

Jaminan Penggantian Untuk Keretakan Bahagian Depan Dan Belakang Selama Setahun

Akhir sekali, pemilik model ini akan ditawarkan penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian. Tawaran ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana jenama yang ada di pasaran. - Getaran, 28 Oktober 2023

Sumber Foto: Honor

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

3

Teknovasi 11 bulan yang lalu

HONOR 400: Telefon Kelas Pertengahan Serba Hebat Yang Mesra Poket

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

HONOR Lancar Barisan Produk Untuk Gaya Hidup Pintar 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini