web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mungkinkah Ini Reka Bentuk Bangunan Apple Store Malaysia?

Menerusi video di saluran YouTube SCM Southern Corridor Malaysia, sebuah struktur bangunan yang unik didakwa sebagai Apple Store Malaysia

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 9:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti dimaklumkan penganalisa Apple di Bloomberg, Mark Gurma, Malaysia akan memiliki gudang barangan jenama Apple atau Apple Store sendiri di The Exchange (TRX) yang dijangka dibuka secara rasmi pada Februari 2024. 

Pemandangan dari ruang udara kawasan sekitar TRX
Pemandangan dari ruang udara kawasan sekitar TRX

Berikutan itu, pelbagai berita, informasi atau laporan mengenai Apple Store Malaysia muladidedahkan sedikit demi sedikit. Jadi, maklumat apa pula kali ini ingin dikongsikan? 

Sebenarnya penulis ingin berkongsi gambaran reka bentuk premis tersebut yang mula dibayangkan orang ramai menerusi sebuah video.

Video yang dipertontonkan di saluran YouTube dari SCM Southern Corridor Malaysia memperlihatkan pembangunan sekitar kawasan TRX termasuklah bangunan itu sendiri. 

Video yang dirakam dari udara itu membuatkan netizen mendakwa melihat sebuah bangunan berstruktur unik.

Bangunan berbentuk seakan-akan ziggurat (piramid berbentuk empat segi) berwarna putih dikatakan sebagai Apple Store Malaysia
Bangunan berbentuk seakan-akan ziggurat (piramid berbentuk empat segi) berwarna putih dikatakan sebagai Apple Store Malaysia

Ia berbentuk seakan-akan ziggurat (piramid berbentuk empat segi) berwarna putih dan dikatakan itulah Apple Store Malaysia. Memiliki saiz yang besar dan kukuh, itu yang boleh dikatakan oleh penulis semasa melihat video itu.

Perkara ini masih menjadi perbualan ramai pihak malah terdapat juga perkongsian lain melalui saluran sama yang turut mendedahkan gambaran dari sudut berbeza. Bagaimanapun, tiada pengesahan dapat dibuat berikutan tiada logo Apple atau sebarang tanda yang membuktikan ia adalah Apple Store Malaysia.

Apple Store Mumbai
Apple Store Mumbai

Jika dibuat perbandingan dengan Apple Store di luar negara, setiap Apple Store kebanyakannya dibina dengan reka bentuk yang unik. 

Apple cenderung dan gemar menggunakan rekaan ikonik yang melambangkan identiti sesuatu negara agar premis mereka tampil eksklusif. nampak eksklusif. Contohnya di India, dinding Apple Store dibina menggunakan batu tradisional Mumbai.

Apple Store di Thailand
Apple Store di Thailand

Apple juga dikatakan sedang berusaha meluaskan dan meningkatkan lagi cawangan peruncitan mereka terutama di China dan beberapa bahagian negara di Asia. 

Apple juga difahamkan akan membuka 15 kedai baharu di Asia Pasifik, lima lokasi di Eropah dan Asia Barat serta empat lagi di Amerika Utara menjelang 2027.

Ia termasuk menaik taraf atau mengubah enam lokasi kedai di Asia, sembilan di Eropah dan 13 di Amerika Utara.

Gergasi teknologi itu juga bercadang untuk memiliki 53 kedai baharu atau bertukar lokasi dalam tempoh empat tahun akan datang.

Apple Store di UK
Apple Store di UK

Oleh itu, sama-sama kita nantikan pembukaan rasmi gudang Apple pertama ini di Malaysia, sejurus syarikat tersebut merasmikan dua kedai terbaharu di Korea Selatan pada Disember 2023.

Apple menjadikan Asia Pasifik sebagai sasaran utama, selepas mencatatkan pendapatan mencecah RM597 billion setahun. Kini Apple Store yang terhampir di Malaysia adalah di Singapura dan Thailand. - Getaran, 30 September 2023

Sumber: Youtube SCM Southern Corridor Malaysia dan Bloomberg.

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini