Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lamborghini Revuelto Model Kereta Super HPEV Terpantas Dunia

Baru-baru ini Lamborghini memperkenalkan supercar pertama menggunakan teknologi HPEV di Malaysia.

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 9:48AM

Lamborghini Revuelto. gambar Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Lamborghini sama ada memilikinya atau tidak, rata-rata peminat kereta pasti mengetahui jenama kenderaan mewah ini. Berbanding dengan kereta mewah lain, Lamborghini boleh dianggap sebagai jenama yang agak baharu, namun ia sudah mendahului jenama kereta super lain di pasaran kenderaan mewah.

Baru-baru ini, Lamborghini telah memperkenalkan supercar pertama mereka yang menggunakan teknologi High Performance Electrified Vehicle (HPEV) V12 6.5 L iaitu Lamborghini Revuelto.

Lamborghini ini direka menggunakan konsep Spaceship Philosophy pada bahagian tengah dan papan pemukanya. gambar Izwan Ramlan
Lamborghini ini direka menggunakan konsep Spaceship Philosophy pada bahagian tengah dan papan pemukanya. gambar Izwan Ramlan

Kenderaan dari Itali ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-60 dan dinamakan sebagai Revuelto yang membawa maksud seekor lembu jantan laga yang terkenal di Sepanyol. Buat makluman, Revuelto adalah model Lamborghini yang keenam selepas Miura, Countach, Diablo, Murciélago dan Aventador.

Revuelto juga memiliki reka bentuk seakan-akan model Aventador, namun terdapat pelbagai spesifikasi yang luar biasa dan pasti mengejutkan anda. Mari lihat apakah elemen dan kehebatan yang ada pada kereta super HPEV ini.

Dikuasakan oleh enjin V12 bersama tiga unit motor elektrik yang menggunakan pek bateri kuasa khas tinggi litium-ion 4500 W/kg, kelajuannya bukan sahaja mampu mencecah sehingga 1,000 hp bahkan ia dikatakan memberikan

Rekaannya mampu memberikan pemanduan yang lebih stabil dan selesa. gambar Izwan Ramlan
Rekaannya mampu memberikan pemanduan yang lebih stabil dan selesa. gambar Izwan Ramlan

Model ini mampu memecut 100 km/j dengan mudah dalam masa 2.5 saat dan pecutan maksimumnya mencecah 350 km/j dan adalah kenderaan mewah PHEV pertama yang paling laju di dunia. Malah, ia mempunyai kotak gear klac sehingga lapan kelajuan dan sistem ini dipraktikkan buat kali pertama oleh Lamborghini untuk enjin 12 silinder.

Tergolong dalam kategori hidbrid, tentu sekali model ini menyediakan mod pemanduan elektrik. Ini termasuklah tork elektrik mereka yang menggunakan sistem terbaharu iaitu Lamborghini Dinamica Veicolo 2.0 dan ia kali pertama dipasangkan oleh Lamborghini pada Revuelto. 

Disamping itu, ia memiliki bateri dengan kapasiti keseluruhan 3.8kWj dan kebolehan cas penuh selama 30 minit.

Ia menawarkan 400 warna pilihan yang boleh ditempah mengikut citarasa pelanggan. gambar Izwan Ramlan
Ia menawarkan 400 warna pilihan yang boleh ditempah mengikut citarasa pelanggan. gambar Izwan Ramlan

Beralih kepada reka bentuk luaran, rupa bentuk Revuelto dapat dilihat menerusi gentiannya di seluruh badan, rangka dan bumbung yang diperbuat daripada karbon. Model ini turut meletakkan kedudukan pemandu di bahagian kiri bukan kanan.

Mengenai pilihan warna pula, tersedia 400 warna pilihan yang boleh ditempah mengikut citarasa pelanggan. 

 Kemasan ruang dalamannya tampil mewah dan eksklusif. gambar Izwan Ramlan
Kemasan ruang dalamannya tampil mewah dan eksklusif. gambar Izwan Ramlan

Di samping itu, sentuhan dan kemasan ruang dalamannya juga nampak mewah dan begitu eksklusif. Lambang lembu jantan pada stereng amat menyerlah, selain pada bahagian penyandar kepala kerusi  tempat duduk.

Lebih hebat apabila model Lamborghini ini, direka menggunakan sebuah konsep yang digelar Spaceship Philosophy pada bahagian tengah dan papan pemukanya.

Lamborghini Revuelto ditawarkan pada harga bermula RM2.5 juta (tidak termasuk cukai). gambar Izwan Ramlan
Lamborghini Revuelto ditawarkan pada harga bermula RM2.5 juta (tidak termasuk cukai). gambar Izwan Ramlan

Sebab itulah bentuk di bahagian tersebut seakan-akan huruf V.  Dari segi keselamatan pula, Revuelto dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Adaptive Cruise Control, Rear Cross-Traffic Alert dan Adaptive Headlamps.

Agak-agaknya berapakah harga Revuelto ini? Revuelto dianggarkan bermula pada harga RM2.5 juta (tidak termasuk cukai) atau RM6.5 juta (termasuk cukai) dan boleh meningkat mengikut penambahan kemasan. Buat makluman, keluaran model ini telah pun habis ditempah sehingga 2025. - Getaran, 24 September 2023 

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi