Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Konsert Hebat November Nanti, Jom Lihat Artis Kesayangan Anda Beraksi!

Konsert  ini membariskan penyanyi hebat dari Malaysia dan Indonesia, termasuklah Ratu Rock Negara, Ella

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 12:46PM

Rizky Febian pada sebuah konsert yang diadakan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak pandemik COVID-19 semakin dilupakan, industri seni, khususnya muzik bagaikan tidak pernah sunyi daripada penganjuran konsert. Boleh dikatakan saban minggu ada sahaja konsert yang berlangsung di sana sini, sama ada menampilkan penyanyi tempatan atau  luar negara.

Biarpun sana-sini mendakwa kos sara hidup kian menghimpit, namun masih ramai yang sanggup membelanjakan wang untuk acara hiburan. November nanti, terdapat tiga konsert yang sudah diumumkan, malah penjualan tiket juga sudah pun bermula.

Cuba semak senarai di bawah, mungkin ada yang berkenan di hati dan bolehlah anda merebut tiket yang ada. 

1. An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian

Bintang popular serba boleh dari Indonesia Rizky Febian akan kembali ke Malaysia pada 3 November untuk konsert ‘An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian’.  Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, konsert ini dibawakan khas oleh Hitman Solutions.

Sejak kecil, Rizky sudah pun didedahkan dengan industri hiburan memandangkan bapanya merupakan artis komedi terbesar Indonesia. Kemudian pada 2015, beliau tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi ‘papan atas’ Indonesia.

Pada 21 Julai lalu, Rizky melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’, dan konsert ini diadakan  untuk mempromosikan album tersebut.

Rizky Febian
Rizky Febian

Menurut Rizky, tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mempromosikan album yang mengandungi 10 lagu baharu, hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi. 

“Selain itu, saya juga dapat menyapa peminat-peminat di Malaysia,” katanya.

Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert ini bakal berlangsung selama hampir 2 jam, di mana Rizky akan mendendangkan 15 buah lagu  kesemuanya. Lebih istimewa, Rizky juga akan bertindak sebagai pengarah muzik untuk konsert ini

Tiket -tiket sudah mula dijual di www.hitmanlive.com dengan harga di RM179, RM 199 dan RM399. 

2. Konsert Memori Terindah 2023 Kolaborasi Penyanyi Dari Indonesia Dan Malaysia

Konsert Memori Terindah 2023 akan menampilkan barisan pemuzik dan penyanyi terbaik, kolaborasi Indonesia dan Malaysia yang terdiri daripada Ifan Seventeen dan Anggi Marito dari Indonesia, serta Alif Satar & The Locos mewakili Malaysia. 

Anggi
Anggi

Dibawakan oleh Mutiara Optimum Sdn Bhd dan diterbitkan oleh One Event Resources, ketiga-tiga penyanyi ini akan bertemu dan menghiburkan peminat di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada jam 8 malam, 11 November. 

Penganjur, Adam Hanafi berkata, konsert berkenaan menggabungkan kolaborasi pemuzik atau penyanyi yang berkualiti.

“Semestinya ia akan mencipta memori tersendiri di kalangan peminat yang hadir,” katanya. 

Sementara itu, bagi Ifan, kesempatan beraksi di Malaysia setelah sekian lama tidak menghiburkan peminat di sini adalah sebuah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Apatah lagi Konsert Memori Terindah 2023 akan menyaksikan Ifan tampil tanpa anggota asal Seventeen iaitu Allahyarham Bani, Herman dan Andi yang meninggal dunia dalam tragedi tsunami pada 22 Disember 2018.

“Konsert Memori Terindah 2023 akan menjadi momen yang signifikan buat saya secara  peribadi dan mantan anggota Seventeen lainnya kerana ia membuktikan meski tanpa kehadiran Allahyarham Bani, Herman dan Andi, muzik kami masih tetap dicintai rakyat Malaysia.

“Alangkah indah jika kesemua sahabat saya yang sudah ‘berpulang’ dan dicintai dapat menyaksikan Konsert Memori Terindah 2023 ini,” ulasnya.

Bagi Alif Satar pula, inisiatif yang diambil Mutiara Optimum Sdn Bhd ini akan terus menyuburkan industri muzik Nusantara.

Alif Satar & The Locos
Alif Satar & The Locos

“Ini menunjukkan meski berbeza negara, mempunyai sedikit perbezaan bahasa namun muzik adalah sebuah platform yang universal dan bukan hanya mampu malah bakal memberi peminat kenangan terindah.

“Sampai jumpa di Konsert Memori Terindah 2023 pada 11 November 2023 kerana sudah pasti kami akan memberikan persembahan yang terbaik buat semua,” ujarnya.

Tiket-tiket Konsert Memori Terindah 2023 berharga RM158 sehingga RM988 dan kini sudah boleh dibeli di https://www.myticket.asia/. Selain itu, boleh juga hubungi talian 019 7860 144.

3. Live In Concert : Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu)

Kumpulan rock Indonesia, Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) dan Ratu Rock Negara, Ella bakal disatukan dalam sebuah konsert yang dinamakan ‘Live In Concert : Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu)’.

Konsert yang dijadualkan pada 12 November  jam 7:00 malam ini akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dan dibawakan khas oleh penganjur konsert Malaysia yang tidak asing lagi, Orange International Entertainment.

Ella
Ella

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” jelas Moldy.

Seno pula berkata, dua lagu hits Radja ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar dan digabungkan menjadi tema konsert kali ini.

“Ia menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,” katanya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) dan boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/. - Getaran, 17 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia