Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Filem Patriotik Yang Boleh Menyuntik Semangat Kemerdekaan Anda, Jom Tonton Sekarang!

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, apa kata luang hujung minggu anda dengan menonton antara lima filem patriotik terbaik

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2023 10:40AM

Filem bercorak ketenteraan sering dijadikan wadah untuk menyuntik semangat patriotisme - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri filem sering menceritakan kembali bagaimana pengorbanan wira dan wirawati negara satu ketika dahulu dalam mencapai kemerdekaan negara. Sama ada diadaptasi daripada cerita sebenar atau fiksyen, setiap cerita pasti menaikkan semangat cintakan negara.

Filem-filem patriotik yang pernah ditayangkan di Malaysia boleh dijadikan sandaran kepada generasi muda yang mungkin tidak tahu detik bersejarah negara. Jadi sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelma tidak lama lagi, apa kata luangkan hujung minggu anda dengan menonton antara lima filem patriotik terbaik di bawah.

Sarjan Hassan antara filem patriotik terawal dihasilkan
Sarjan Hassan antara filem patriotik terawal dihasilkan

Sarjan Hassan

Sebuah filem Sarjan Hassan lakonan P.Ramlee yang tidak jemu ditayangkan di kaca televisyen ini sentiasa menjadi antara filem wajib ditonton menjelang Hari Kemerdekaan. Diinspirasikan dari kisah sebenar, filem ini menceritakan tentang perjalanan seorang anak jati kampung yang dijaga oleh ayah angkatnya menyertai Regimen Askar Melayu ketika Perang Dunia ke-2 hampir tiba. Turut serta ialah adik angkatnya Aziz yang penuh dengan sifat cemburu terhadap Hassan.

Kisah bermula apabila tentera Jepun menyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan. Sarjan Hassan dan platunnya bermati-matian mempertahankan laluan darat bagi menghalang musuh daripada menceroboh kawasan tersebut.

Pertahanan Hassan kecundang apabila dia ditangkap oleh musuh, namun dia berjaya melarikan diri sebelum diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Kemudian Hassan bersama angkatan tersebut membuat serangan balas bagi membebaskan kampungnya daripada dijajah oleh Jepun.

Leftenan Adnan

Sebut sahaja Leftenan Adnan, pasti ramai yang tahu nama tersebut ialah milik seorang perwira negara yang terkenal kerana pengorbanannya membela maruah negara.

Kisah Leftenan Adnan ini difilemkan pada 2000 dan dilakonkan oleh Hairie Othman. Ia menceritakan perjuangan pegawai tentera Adnan Saidi yang menyelamatkan Tanah Melayu semasa penaklukan Jepun pada Perang Dunia ke-2.

Antara babak yang menjadi perhatian adalah ketika Rejimen Askar Melayu bertempur dengan kedatangan serta kemaraan tentera Jepun dengan jumlah yang begitu ramai di Bukit Chandu. Plot filem ini amat menyentuh hati, terutamanya apabila menyaksikan puluhan nyawa yang terkorban, termasuk Leftenan Adnan sendiri.

Untuk info, Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan filem ini kerap kali ditayangkan bagi mengingatkan rakyat terhadap pengorbanan besar beliau untuk memerdekakan negara.

Bravo 5

Bravo 5 merupakan filem yang dikhususkan untuk anggota Grup Gerak Khas (komando). Jalan ceritanya mengisahkan kumpulan khas ini yang diarahkan untuk menjalankan misi serangan terhadap sebuah kubu komunis dan menyelamatkan dua anggota mereka yang ditahan.

Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan dan beberapa lagi selebriti popular Malaysia, sebanyak lima anggota GGK yang mempunyai kepakaran tersendiri dihantar untuk menjalankan misi tersebut. 

Semasa operasi dijalankan, terdapat banyak kisah pengorbanan yang dipaparkan antaranya Koperal Morgan menyatakan kesedihan dirinya kepada Leftenan Azri berkenaan kematian ibunya dan Sarjan Unya pula telah meninggalkan isteri yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak mereka. 

Setiap detik operasi penuh dengan perasaan sebak apabila mengenangkan kerja dan tangungjawab yang perlu dipikul dalam satu masa yang sangat getir. Akhirnya kubu tersebut berjaya diserang namun empat anggota komando terbunuh semasa dalam perjalanan keluar dari kawasan musuh dan hanya seorang sahaja selamat. 

Paskal

Paskal merupakan antara filem berkisahkan tentera laut yang menjadi fenomena di Malaysia sejak ia ditayangkan pada 2018. Menceritakan serba sedikit tentang perjalanan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit, filem ini diinspirasikan daripada kisah sebenar Laksamana Pertama (B) Datuk Anuar Alias.

Filem yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian dan beberapa lagi pelakon ini memaparkan beberapa kisah dan tragedi sebenar, antaranya misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011

Plot utama filem ini menceritakan tentang misi anggota Paskal yang ditugaskan untuk menawan lanun yang berjaya menahan petugas pelantar minyak di Sabah.  

Menariknya, segala strategi dan taktik serangan yang dirancang oleh pasukan Paskal yang diketuai oleh Komander Leftenan Arman Rahmat terpaksa ditukar serta merta apabila mendapati pengawal peribadi lanun tersebut adalah seorang bekas anggota Paskal. 

Pelbagai aksi dan babak yang memperlihatkan kepakaran dan kehebatan anggota Paskal dari segi peralatan, taktik dan serangan ketika menjalankan misi tersebut dipaparkan dalam filem berkenaan. 

Mallbat Misi Bakara

Ini merupakan filem terkini dan baharu sahaja ditayangkan di pawagam.

Filem ini memaparkan kisah benar pasukan tentera Malaysia dalam menjalankan misi bantuan untuk menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada 1993. 

Sudah pasti kisah ini dapat menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia mencerita detik-detik keberanian 19 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) yang terlibat dalam tragedi Black Hawk Down.

Penerbit Adrian Teh berjumpa sendiri dengan Allahyarham Mejar (B) Abd Aziz yang ketika itu mengetuai misi tersebut untuk mengetahui kejadian sebenar dan bagaimanakah misi ini berjaya dilaksanakan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam sekarang.

Semua filem berkonsepkan ketenteraan ini sebenarnya bukanlah sekadar hiburan, tetapi ia dicipta dan dipertontonkan semula untuk memupuk semangat dan menanam rasa bersyukur atas keamanan yang telah dikurniakan kepada Malaysia. - Getaran, 26 Ogos 2023

Sumber foto: imdb.com

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja