Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengusir Sepi Angkara Pandemik

Awalnya dua minggu, tapi akhirnya bertambah-tambah. Pergerakan yang terpaksa dibataskan boleh menjadi seperti penjara halimunan buat sesetengah orang. Kami ada sediakan 'tips' hari ini untuk anda yang merasa 'terkurung' di rumah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:50AM

Gambar: Anthony Tran, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selagi wabak COVID-19 masih belum ditangani secara nyata dan berkesan, maka kita tetap harus menjalani kehidupan dengan norma baharu ini. Bukan sahaja ekonomi dan gaya hidup terkesan, malah kehidupan peribadi, komuniti dan hubungan juga turut menerima tempiasnya.

Sejak dunia dilanda pandemik ini, satu dunia diajak dan dididik mengamalkan norma baharu. Penjarakan sosial dan pembatasan pergerakan adakalanya bagai penjara halimunan yang membuatkan ada di antara kita yang terpinggir. Terutama sekali anak rantau yang tinggal bersendirian. Tentulah sepi itu umpama gurauan berbisa yang ingin sekali dijauhi.

Paling terkesan adalah individu yang tergolong dalam golongan ekstrovert. Individu dalam golongan ini lazimnya kerap berkomunikasi secara langsung, berbincang serta melakukan rutin harian bersama individu-individu lain. Impak penjarakan sosial dan pembatasan pergerakan tentunya amat sekali dirasai oleh mereka berbanding individu yang tergolong dalam golongan introvert.

Lantas, apa harus anda yang jatuh dalam kategori ekstrovert lakukan untuk menangani rasa sepi dan mengelakkan dari tercetusnya rasa tertekan? Berikut kami kongsikan beberapa panduan buat mengelakkan rasa sendiri dan mengurangkan tekanan angkara sepi.

BERBUAL

Kamu ekstrovert. Tentu kamu punya ramai kenalan dan disenangi. Ayuh kenal pasti kenalan yang suka mendengar celoteh kamu dan murah dengan nasihat serta kata semangat. Elakkan menghubungi kenalan yang agak pasif ketika berbual apatah lagi yang mengganggap berbual dengan kamu hanyalah perkara sia-sia. Hubungi sesiapa sahaja-- teman, sahabat, keluarga atau kekasih. Luahkan apa yang kamu rasakan dan salinglah bertukar kisah dan pandangan. Oh ya, jangan sesekali lupa akan fakta komunikasi terbaik adalah komunikasi dua hala, bukan sehala. Maka bergilir-gilirlah dalam bercerita dan sekali gus menjadi pendengar yang baik.

Gambar: Gabriel Benois, Unsplash
Gambar: Gabriel Benois, Unsplash

TETAPAN MINDA

Dalam situasi keterasingan sebegini, pola minda atau tetapan minda harus dilatih untuk bersedia mendepani pelbagai situasi dan kerenah gaya hidup norma baharu. Terutama sekali mendepani kondisi sepi bersendiri. Dengan mempersiapkan minda akan hakikat bahawa ‘keterasingan ini akan berlanjutan sehingga ia berakhir’ sedikit sebanyak membantu minda dan jiwa kita lebih positif dalam menangani hakikat tersebut.

Gambar: Lisa Fotios, Pexels
Gambar: Lisa Fotios, Pexels

SEMAI MINAT ATAU HOBI BARU

Tidak banyak perkara yang dapat dilakukan sementara wabak COVID-19 masih berleluasa dan masih belum dapat ditangani. Justeru, keterbatasan yang ada mewujudkan ruang-ruang kosong masa yang jika tidak diisi, pasti akan mengundang kesepian. Andai selama ini masa lapang kamu dihabiskan dengan melepak, menonton filem atau berkaraoke, apa kata abaikan sementara kenikmatan hidup sebelum ini dan gantikannya dengan hobi atau minat yang baharu? Membina taman mini, memelihara haiwan peliharaan atau mengasah bakat terpendam dalam menghias kediaman antara perkara baru yang mungkin boleh diterokai dalam usaha menepis rasa sunyi atau sendiri.

Gambar: Ny Menghor, Unsplash
Gambar: Ny Menghor, Unsplash

MEMANTAU PERKARA YANG TERABAI SEBELUM INI

Tanya diri kembali, bila kali terakhir kamu mengemas almari pakaian, kali terakhir berbual dengan adik, abang atau kakak, kali terakhir mengemaskini akaun e-mail, kali terakhir membuka novel atau membaca bahan bacaan ilmiah. Jika ada di antara perkara ini pernah kamu tangguh atau tertangguh kerana terlalu sibuk selama ini, inilah masanya kamu bingkas bangkit dan lakukannya acapkali diri disapa sepi. Mencuci bilik air dan tandas? Mengapa tidak? Bukankah ia aktiviti yang bagus dan juga baik untuk keselesaan kamu?

Gambar: Sarah Brown, Unsplash
Gambar: Sarah Brown, Unsplash

PADATKAN JADUAL HARIAN

Bekerja dari rumah bukan perkara yang mudah diterima oleh sesiapa pun. Malah, ada yang merasa lesu motivasi untuk melunaskan tugasan di rumah kerana panorama pejabat tidak dirasai langsung. Wujudkan ruangan kerja. Letakkan beberapa perkara atau objek yang boleh mengingatkan kamu kepada suasana pejabat. Elakkan membina ruang kerja pada dua lokasi ini iaitu bilik tidur dan dapur. Dibimbangi kamu akan tergoda untuk bersantap atau terpukau dengan empuknya tilam dan lambakan bantal yang ada berdekatan. Ya, kamu tidak lagi memandu atau menaiki transit aliran ringan ke pejabat tetapi kamu masih boleh wujudkan suasana bekerja di pejabat dengan cadangan awal tadi. Usai melunaskan tugasan, berehatlah seketika. Andai bosan dan sepi mula menyapa, alihkan fokus minda kepada perkara yang sedang atau baru kamu terokai. Perkara baru menuntut banyak info maka, kamu tidak ada ruang masa untuk melayan kesunyian.

Gambar: Elle Hughes, Pexels
Gambar: Elle Hughes, Pexels

Demikian beberapa panduan buat individu ekstrovert atau sesiapa sahaja yang gusar dijengah kesepian dalam menjalani gaya hidup norma baharu. Era pandemik memang sangat mencabar. Dan percayalah, bukan anda sendiri sahaja yang bosan kesepian malah, orang lain juga tidak mustahil melalui pengalaman yang sama. Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam usaha menerjang kesepian dari terus mengganggu emosi dan membelenggu diri.

Isu Pada

Dayang Nurfaizah

06 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi