Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gemilang Putrajaya

Putrajaya, bandar pintar dalam taman yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Wilayah ini bukanlah sekadar lokasi yang dipenuhi dengan bangunan kerajaan dan perumahan penjawat awam, namun kini menjadi salah satu destinasi tumpuan pelancong

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:42AM

Putrajaya bukan sekadar pusat pentadbiran negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja mengenai Putrajaya, ramai yang membayangkan ia adalah sebuah bandar yang dipenuhi dengan bangunan kerajaan dan perumahan penjawat awam. Umum sudah mengetahui, idea penubuhan Putrajaya ini dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mahukan sebuah pusat pentadbiran dan perkhidmatan awam baharu di Malaysia. Lokasi ini rasmi diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan Malaysia ke-3 pada 2001.

Masjid Putra
Masjid Putra

Fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu adalah, tapak Putrajaya ini asalnya tanah estet getah yang dinamakan Air Hitam dan bertukar kepada Prang Besar pada 1921, selepas perang dunia pertama. Ia berikutan beberapa tentera British telah dikuniakan tanah di situ dan menubuhkan syarikat bernama Prang Besar Estate Ltd sebagai tanda kenangan terhadap perang tersebut sebelum bertukar menjadi Putrajaya pada 1994.

Sempena TARA edisi Merdeka, Getaran mempersembahkan Putrajaya sebagai penghias muka hadapan kali ini. Terima kasih kepada majalah Gaya Travel yang menjemput penulis untuk turut serta dalam lawatan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya baru-baru ini. Ternyata lawatan ini membuka mata penulis mengenai kegemilangan Putrajaya. Selain merupakan sebuah pusat pentadbiran, lokasi ini mempunyai tarikan pelancongan yang perlu anda kunjungi dan patut menjadi kebanggaan ramai. 

Bagi mereka yang mencari lokasi yang tidak klise seperti Dataran Putrajaya, Masjid Putra dan beberapa lagi tasik buatan, di sini penulis senaraikan beberapa tarikan pelancongan yang mesti anda lawati. 

Kompleks Nasrul Quran merupakan Pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah
Kompleks Nasrul Quran merupakan Pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah

Kompleks Nasrul Quran

Tarikan pertama ialah Kompleks Nasrul Quran yang terletak di Presint 14. Kompleks ini adalah lokasi pencetakan Al-Quran dan pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah. Nasyrul Quran diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud 'Penyebaran al-Quran'.

 Seni lukisan corak Al-Quran yang berbeza mengikut negeri
Seni lukisan corak Al-Quran yang berbeza mengikut negeri

Di sini, anda boleh melihat seni lukisan corak Al-Quran yang berbeza mengikut setiap negeri  dan ia jelas kelihatan pada corak di sisi setiap helai kitab.. Sambil memahami bagaimana proses mencetak Al-Quran, terdapat sudut galeri untuk pengunjung melihat sendiri proses pencetakan, ruang latihan kemahiran dan beberapa Al-Quran lain yang berusia ratusan tahun. 

Naskah Al-Quran zaman Saidina Othman bin Affan yang sudah wujud sejak tahun 30 Hijrah ada di kompleks ini
Naskah Al-Quran zaman Saidina Othman bin Affan yang sudah wujud sejak tahun 30 Hijrah ada di kompleks ini

Apa yang mengejutkan penulis, kompleks ini tutut memaparkan sebuah naskah Al-Quran zaman Saidina Othman bin Affan yang sudah wujud sejak tahun 30 Hijrah. Penulisan khat pada ayat Al-Quran kelihatan sangat berbeza. Ini adalah tarikan yang mesti anda tatapi sekiranya berpeluang menjejakkan kaki di sini. 

Satu lagi fakta yang anda patut tahu mengenai kompleks ini ia menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik, dan 30 peratus lagi boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya.

Antara blok lebah kelulut yang dibina seperti rumah tradisional
Antara blok lebah kelulut yang dibina seperti rumah tradisional

Kelulut Presint 9

Kemudian kita beralih ke sebuah kawasan penternakan lebah kelulut di Presint 9. Tidak sangka bukan? Ada ladang kelulut di dalam kawasan bandar seperti ini. Walaupun projek penternakan kelulut di Pinggiran Taman Rimba Alam ini tidak sebesar ladang lain yang ada di Malaysia, tetapi ia mempunyai potensi yang besar untuk diperluaskan dan dikomersialkan. 

Ladang kelulut Presint 6 diusahakan dan dibangunkan sendiri oleh penduduk setempat
Ladang kelulut Presint 6 diusahakan dan dibangunkan sendiri oleh penduduk setempat

Menariknya, ladang ini diusahakan dan dibangunkan sendiri oleh penduduk setempat sejak 2016 dan sudah mula menghasilkan produk-produk madu kelulut yang berkualiti tinggi dengan bantuan daripadabeberapa  agensi dan pakar penyelidik berkenaan lebah ini.

Ladang tersebut menekankan penghasilan madu urban beescape (gabungan persekitaran mesra lebah) kerana kawasan ini kaya dengan pelbagai spesis getah damar dan bunga untuk menghasilkan sarang dan madu kelulut. 

Madunya juga ada beberapa rasa yang sedikit berbeza dari segi rasa berikutan kepelbagaian tumbuhan bunga yang ada di kawasan sekeliling
Madunya juga ada beberapa rasa yang sedikit berbeza dari segi rasa berikutan kepelbagaian tumbuhan bunga yang ada di kawasan sekeliling

Pengunjung juga diberi peluang untuk mencuba sendiri madu yang dihasilkan di sini. Jika ada yang menepati selera, bolehlah beli dan bawa pulang. Namun, ia mengikut permintaan dan stok yang ada buat masa ini. Madu yang ada di sini memiliki beberapa perisa yang sedikit berbeza berikutan kepelbagaian tumbuhan bunga yang ada di kawasan sekeliling. Selain di sini, terdapat sebuah lagi ladang kelulut yang terletak di Presint 15.

Wetland Studio hasil daripada gabungan KRU Studio dengan kepakaran teknolog animasi
Wetland Studio hasil daripada gabungan KRU Studio dengan kepakaran teknolog animasi

Wetland Studio

Bagi yang sudah berkeluarga, Putrajaya menyediakan sebuah tempat untuk berseronok bersama anak-anak dan alami pengalaman hebat di Wetland Studio di Presint 13. Berkonsepkan ‘edutainment', tempat ini dicipta hasil daripada gabungan KRU Studio dengan kepakaran teknologi animasi. 

Replika gergasi haiwan termasuk dinosaur yang menggunakan teknologi pengesan gerakan
Replika gergasi haiwan termasuk dinosaur yang menggunakan teknologi pengesan gerakan

Masuk-masuk sahaja, anda sudah rasa seperti berada di dalam dunia ‘Avatar’. Dikelilingi bunyi air bersama pokok dan ranting yang bercahaya, terasa bagaikan berada di dunia yang lain. Wetland Studio juga menempatkan pelbagai jenis replika gergasi haiwan termasuk dinosaur dan serangga yang menggunakan teknologi pengesan gerakan atau motion detector.

Jadi, memang nampak real betul apabila haiwan-haiwan tersebut bergerak dan merenung mata anda. Terdapat juga dinosaur sebesar tiang gol bola sepak, yang sudah semestinya menjadi subjek menarik untuk dirakam dan dikongsi ke akaun media sosial masing-masing.

Harga tiket bagi dewasa  (13 hingga 64 tahun ialah) RM25, untuk  kanak-kanak (empat hingga 12 tahun) dan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas pula RM15. Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) harga tiket RM12 dan percuma untuk kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah.

Manakala warga asing pula, RM40 bagi dewasa (13 hingga 64 tahun), RM20 bagi warga emas (65 tahun ke atas), RM20 bagi kanak-kanak (4 hingga 12 tahun), RM16 bagi OKU dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

 Tersedia khemah untuk dua, tiga dan empat orang di Glamping@Wetland Putrajaya
Tersedia khemah untuk dua, tiga dan empat orang di Glamping@Wetland Putrajaya

Glamping@Wetland Putrajaya (GLOW) 

Bagi yang bercadang untuk hadir melakukan aktiviti perkhemahan, kini Putrajaya sudah mempunyai lokasi untuk anda berkhemah santai dengan gaya mewah di GLOW yang terletak tidak jauh dari Wetland Studio.

Di sini, mereka menawarkan penginapan glamping untuk dua, tiga dan empat orang yang lengkap dengan segala kemudahan demi keselesaan tetamu. Malah, ia turut dilengkapi dengan penghawa dingin! Jadi tak perlu bimbang tentang cuaca panas. Selain itu, kawasan glamping ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas lain seperti tandas dan surau. 

Antara aktiviti yang boleh anda ikuti di sini ialah memanah, ATV dan waktu malam pula terdapat pertunjukan api, karaoke dan banyak lagi. 

Tenang di pagi hari semasa penulis berkayak
Tenang di pagi hari semasa penulis berkayak

Pusat Rekreasi Air Putrajaya

Masih di kawasan present 13, Pusat Rekreasi Air Putrajayaadalah antara lokasi yang dikenali ramai. Sebenarnya lokasi  ini bukanlah sekadar tempat untuk anda bermain aktiviti air seperti berkayak, berkanu atau menaiki bot kayuh, tetapi juga sesuai untuk menghilangkan tekanan. 

Penulis berkayak bersama rakan-rakan KOL
Penulis berkayak bersama rakan-rakan KOL

Penulis berpeluang meluangkan masa sendiri atau ‘me time’ di pusat rekreasi tersebut dengan berkayak berseorangan di waktu pagi. Suasana pagi yang tenang dan berangin ternyata cukup mendamaikan hati. Pemandangan tasik yang terbentang indah di depan mata membuatkan penulis terasa tidak mahu berganjak daripada detik-detik manis ini. Buat seketika, segala beban kerja dapat dilupakan.

 Landskap berkonsepkan Avatar Secret Garden
Landskap berkonsepkan Avatar Secret Garden

Taman Cahaya Putra Perdana/ Tangga Putrajaya

Akhir sekali pada sebelah malam pula, ciptalah saat romantis di Taman Cahaya Putra Perdana kerana kawasan seluas lima ekar ini sungguh cantik dihiasi dengan lampu-lampu pada pepohon besar yang berkonsepkan Avatar Secret Garden.

15 jenis lampu LED digunakan untuk menghiasi landskap ini, hampir seluruh kawasan bercahaya. Cukup sempurna untuk dijadikan tempat bertemu janji.  Jika sudah berkeluarga, anak-anak pasti gembira apabila melihat lampu yang berwarna-warni. Rugi rasanya jika anda tidak merakamkan detik-detik indah jika hadir ke sini.

Dalam masa yang sama, jangan lepaskan peluang untuk berjalan hingga ke hujung kawasan tersebut untuk melihat mercu tanda ikonik Taman Putra Perdana yang terletak di puncak Tangga Putrajaya. 

Pada waktu malam, mercu tanda ini tampil lebih mempesona kerana dihiasi dengan nyalaan lampu. Bahkan, dari situ anda boleh melihat pemandangan Putrajaya yang terbentang luas, mencipta panorama yang cukup indah di waktu malam. Betapa gemilangnya Putrajaya! 

Lain-lain lokasi yang boleh anda kunjungi di Putrajaya ialah Taman Ekuestrian Putrajaya untuk aktiviti berkuda, Taman Cabaran (sukan ekstrem) dan aktiviti mengelilingi tasik di Putrajaya dengan menaiki cruise.

Jadi kepada rakyat Malaysia yang berfikir Putrajaya hanyalah tempat urusan rasmi Kerajaan, anda silap. Hadir dan lihat sendiri betapa hebatnya wilayah ini sebagai destinasi pelancongan. Menjelang Hari Kemerdekaan Putrajaya akan mengadakan perarakan di Dataran Putrajaya, jadi bolehlah mula merancang percutian ke sini. Ambil kesempatan melihat acara perbarisan dan terokai setiap tarikan yang menanti. Nikmati dan alami sendiri gemilangnya Putrajaya. - Getaran, 19 Oktober 2023

Teks : Izwan Ramlan

Gambar muka hadapan : Nooreeza Hashim & Syadila Amari

Jurufoto : Azlan Hadi

Suntingan teks : Rahayu MN

Rekaletak : Jusmiyati Jufri

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

3

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja