Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


6 Tanda Anda Sudah Bersedia untuk Memiliki 'Van Mini Ibu'

Van mini ibu atau nama lainnya SUV atau MPV cukup membantu terutamanya jika anda memerlukan ruang dalam kereta yang selesa untuk anda dan keluarga.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 9:10AM

Semua gambar: Ihsan Carsome.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai kaum ibu hari ini yang masih lagi tercari-cari penyelesaian yang sesuai sama ada memiliki van mini ibu atau terus setia dan bergaya dengan kereta kompak seperti sedan atau hatchback. Namun sebelum berbicara dengan lebih lanjut, apakah yang dimaksudkan dengan ‘van mini ibu’ ini?

Secara amnya, van mini ibu merujuk pada kenderaan yang menyerupai van seperti kenderaan pelbagai guna (MPV) atau kenderaan utiliti sukan (SUV).

Kenderaan sebegini sering kali dikaitkan dengan kaum ibu kerana memiliki ruang tempat duduk yang lebih selesa, ruang dalaman yang lebih besar, ruang but yang luas dan beberapa ciri lain yang memenuhi keperluan ahli keluarga yang semakin ramai.

Walaupun anda mungkin selesa dengan kereta kompak sedia ada, anda mungkin tidak dapat mengelakkan diri anda daripada berada dalam situasi dan keadaan yang mungkin mengecewakan anda, terutamanya apabila terpaksa bersusah payah untuk memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan terkial-kial untuk memuatkan segala barangan keperluan ke dalam but kereta anda.

Jika situasi sebegini berlaku, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda bertukar kepada kenderaan yang lebih baik. Nah, berikut enam tanda yang menunjukkan anda mungkin sudah bersedia untuk memiliki van mini ibu.

 

Tanda 1: Anda Merasakan Ruang Dalam Kereta Anda Tidak Mencukupi

Setiap kali anda keluar bersama anak kecil, anda merasakan banyak barang yang perlu dibawa bersama anda.

Sebelum ini, beg tangan anda sudah memadai dan mungkin sudah cukup besar untuk meletakkan barangan keperluan anda, tetapi kini anda perlu memikirkan barang-barang lain yang diperlukan untuk memberi keselesaan kepada anak kecil anda semasa keluar bersiar-siar.

Persalinan, kereta sorong bayi, payung, tandas mudah alih untuk bayi, snek, botol air, tisu basah, kasut, mainan, buku, beg untuk barangan runcit, kelengkapan sukan – kesemua item ini memerlukan ruang yang banyak dan hanya boleh diselesaikan dengan van mini.

Cubaan untuk menyumbat segala keperluan ini di bahagian tempat duduk penumpang apabila but kereta sudah penuh bukanlah idea yang bagus, terutamanya apabila anda sudah pun mempunyai kerusi keselamatan kanak-kanak yang besar dan memakan ruang serta barangan-barangan lain yang diperlukan semasa membawa anak kecil di dalam kereta.

 

Tanda 2: Anda Merancang untuk Mempunyai Lebih daripada Seorang Anak

Sekiranya anda merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga, anda semestinya memerlukan ruang kereta yang lebih besar untuk memastikan anak-anak anda dapat duduk dengan selesa.

Malah, anda juga dapat menyusun semua beg serta barangan anda dengan teratur di bahagian belakang van mini anda. Tambahan pula, kerusi keselamatan kanak-kanak selalunya besar dan memakan ruang yang banyak di dalam kereta.

Sekiranya anda perlu menggunakan lebih daripada satu kerusi keselamatan kanak-kanak, kenderaan MPV adalah pilihan yang terbaik untuk memastikan anak-anak anda selamat dan selesa terutamanya semasa pemanduan.

Sekiranya anak-anak anda terpaksa berhimpit di dalam kereta yang kecil, mereka mungkin akan menjadi mudah terganggu kerana tidak selesa (seboleh-bolehnya perlu dielakkan dalam apa jua keadaan).

 

Tanda 3: Anda Mengimpikan Kereta yang Lebih Besar

Jika anda mengimpikan kereta yang lebih besar, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda membuat keputusan.

Kebiasaannya, setelah mula berkeluarga, anda akan mula membuat perancangan melibatkan pelbagai aspek dalam kehidupan anda seperti berpindah ke kediaman baru, menghadapi komitmen kewangan yang semakin banyak dan mendapatkan kereta yang lebih baik.

Kereta kompak mungkin sudah tidak lagi sesuai selepas kehadiran anak pertama anda. Sebagai ibu bapa, kita semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan ini termasuklah aspek keselesaan sepanjang perjalanan ke mana-mana.

Ia bukan sahaja baik untuk keselesaan anak anda, tetapi juga merupakan bonus untuk anda memandangkan MPV akan memberikan ruang simpanan barang yang anda perlukan untuk perjalanan yang mesra keluarga dan selesa.

 

Tanda 4: Anda Mempunyai Kedudukan Kewangan yang Lebih Stabil untuk Menampung Kos Petrol yang Lebih Tinggi

Kos petrol yang semakin meningkat adalah faktor yang sering dipandang ringan semasa menaik taraf kereta lama kepada kereta yang lebih baik.

Dari segi kecekapan petrol, SUV dan MPV tidak dapat menyaingi kecekapan petrol kereta kompak. Oleh itu, pastikan bajet bulanan anda boleh menampung perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi.

Sekiranya tempat tinggal anda agak jauh dari sekolah anak-anak atau pusat bandar, anda mungkin perlu memandu lebih jauh dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan perbelanjaan petrol bulanan anda.

Apa yang perlu anda buat ialah semak kembali kedudukan kewangan anda dan menilai sama ada kos tambahan untuk petrol tersebut akan menjejaskan simpanan anda atau peruntukan bagi keperluan penting yang lain.

Sekiranya anda boleh berbelanja lebih untuk petrol tanpa perlu mengorbankan keperluan penting yang lain, anda telah bersedia untuk memiliki van mini ibu.

 

Tanda 5: Anda Telah Merancang Banyak Percutian Keluarga

Kanak-kanak amat menyukai percutian keluarga dan jika dilakukan dengan betul dan tepat, orang dewasa juga akan dapat merasai keseronokan percutian yang sama.

Kenderaan MPV lazimnya dapat memuatkan sehingga tujuh orang – ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada keluarga anda malah ahli keluarga besar anda.

Ia juga akan menjadikan logistik lebih lancar dan anda akan dapat menangani keadaan dengan lebih baik sepanjang percutian untuk memastikan segalanya berjalan sebagaimana yang dirancang.

 

Tanda 6: Anda Kini Menjadi Pemandu Sambilan Anak-anak

Kita semua tahu bahawa dengan menjadi ibu bapa, kita juga turut menjadi pemandu peribadi sambilan untuk membawa anak-anak ke sekolah, kelas tambahan, atau mungkin perlu membawa mereka dan kawan-kawan mereka ke pusat beli-belah apabila mereka menginjak usia remaja, atau bersiar-siar bersama ibu-ibu lain dan anak-anak mereka.

Dengan van mini, anda tidak perlu lagi risau untuk memuatkan segala keperluan dan penumpang yang ramai di dalam sebuah kereta.

 

Ini Mungkin Masa yang Sesuai untuk Anda Mendapatkan Sebuah Van Mini untuk Diri Anda!

Sekiranya anda ingin menukarkan kereta lama anda kepada van mini, langkah yang paling menjimatkan sudah semestinya membeli sebuah MPV atau SUV terpakai yang sesuai dengan keperluan anda.

Namun begitu, pastikan anda memeriksa kualiti kereta terpakai yang ingin dibeli lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk menggunakannya untuk tempoh masa yang lama.

Dengan platform yang betul, seluruh proses berkaitan jual beli kereta boleh dijalankan dengan cekap dalam beberapa langkah mudah sahaja. Platform yang boleh dipercayai seperti Carsome misalnya, menyediakan pelbagai pilihan MPV dan SUV terpakai yang berkualiti yang boleh anda cari.

Bagi anda yang mungkin tidak biasa dengan platform ini, Carsome adalah platform kereta terpakai dalam talian yang membolehkan anda membeli dan menjual kereta terpakai dengan mudah – penyenaraian kereta di platform ini dibuat secara telus, didatangkan dengan paparan kenderaan 360 darjah dan laporan pemeriksaan yang lengkap.

Selain itu, Carsome memberikan diskaun sehingga RM8,888 dengan tambahan sehingga RM1,000 sekiranya anda tukar beli (trade-in) kereta lama anda untuk mendapatkan kenderaan yang baru. 

Tunggu apa lagi, gayakan cermin mata hitam anda! Kini masanya sudah tiba untuk anda memiliki van mini ibu yang cool! Terokai pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti di Carsome sekarang! - Carsome

Rencana ini diinspirasikan oleh “Mommyvan: Which 7 Seater Cars are Perfect for Families?” di Carsome.my.

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera