web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dunia Fesyen H&M Dalam Game Roblox, Tonjolkan Kreativiti Dan Ekspresi Diri Pemain

H&M melancarkan pengalaman permainan 3D yang mengasyikkan iaitu "H&M Looptopia" di Roblox,  hasil kerjasama dengan studio metaverse Dubit.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:37PM

H&M telah melancarkan pengalaman permainan 3D yang mengasyikkan iaitu "H&M Loooptopia" di Roblox. - Gambar hm.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permainan atas talian atau online game popular abad ini iaitu Roblox telah menjadi satu fenomena baharu yang memiliki jumlah bilangan pemain yang tinggi serta diketahui serata tempat.

Platform penciptaan permainan yang membolehkan pemain membuat permainan mereka sendiri menggunakan mesin proprietary ini dilihat berkembang begitu pantas.

Dengan itu H&M, jenama multinasional atau dikenali sebagai fesyen segera untuk lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak baru-baru ini telah melancarkan pengalaman permainan 3D yang mengasyikkan iaitu "H&M Loooptopia" di Roblox. 

Konsep game untuk kolaborasi ini membolehkan pemain bereksperimen dengan bahan dan corak dengan cara yang menyeronokkan selain dapat mencipta pakaian serta almari pakaian maya sendiri termasuk karakter yang tersendiri.

Peluang yang diambil H&M ini juga adalah hasil kerjasama dengan studio metaverse Dubit. Antara pengalaman online game versi dunia interaktif baharu dari H&M ini adalah gaya interaksi sosial yang lebih berkembang, persekitaran menarik, permainan mini, sesi penggayaan, dunia alternatif dan banyak lagi.

Selain itu, ia membolehkan pengguna bereksperimen dengan identiti digital mereka dan belajar tentang fesyen sambil game Roblox ini menghubungkan berjuta-juta orang untuk membuat perkongsian pengalaman yang mengasyikkan.

Antara pengalaman online game versi dunia interaktif baharu dari H&M ini adalah gaya interaksi sosial yang lebih berkembang, persekitaran menarik, permainan mini, sesi penggayaan, dunia alternatif dan banyak lagi.
Antara pengalaman online game versi dunia interaktif baharu dari H&M ini adalah gaya interaksi sosial yang lebih berkembang, persekitaran menarik, permainan mini, sesi penggayaan, dunia alternatif dan banyak lagi.

emua ini adalah bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri pemain. Di tengah-tengah dunia interaktif ini, terdapat sebuah dataran bandar meriah yang menyediakan pentas bagi pelawat untuk memulakan sesi permainan secara visual seperti Rainbooow Fields, Neon Studiooo dan Fabric Foorest.

Pemain juga boleh mengumpulkan pelbagai bahan fesyen dengan melibatkan diri dalam permainan mini, peragaan dan lain-lain. Bahkan anda boleh menggayakan karakter mereka dengan pakaian yang baru dicipta dihiasi dengan aksesori, gerakan tarian, trek muzik dan kesan khas untuk dipersembahkan di atas pentas.

Langkah H&M menjalinkan kerjasama dengan Roblox ini adalah strategi yang sangat pintar untuk membina pengalaman dan memperluaskan lagi kretiviti serta idea di dalam dunia fesyen.
Langkah H&M menjalinkan kerjasama dengan Roblox ini adalah strategi yang sangat pintar untuk membina pengalaman dan memperluaskan lagi kretiviti serta idea di dalam dunia fesyen.

Mereka juga boleh bersatu bersama rakan-rakan lain untuk berniaga pakaian, berswafoto atau sekadar mengagumi hasil ciptaan terbaru masing-masing. Tiba masa untuk menukar gaya dan pemakaian, pemain boleh mengitar semula pakaian lama untuk mendapatkan mata (point).

Maka, langkah H&M menjalinkan kerjasama dengan Roblox ini adalah strategi yang sangat pintar untuk membina pengalaman dan memperluaskan lagi kretiviti serta idea di dalam dunia fesyen. Dengan harapan suatu hari nanti, sesiapa sahaja boleh menjadi pereka fesyen dengan bermain permainan ini. - Getaran, 2 Julai 2023 

Sumber: hm.com

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini