web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Arca Pasir Mampu Jana Pendapatan Lumayan

Mohammad Ikhwan yang lebih dikenali sebagai Ikhwan Saloot berkata terdapat lebih 50 karya pasir dihasilkannya sepanjang penglibatannya dalam bidang itu sejak 10 tahun lepas.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 May 2023 2:08PM

Artis visual Mohammad Ikhwan Ibrahim mengukir arca pasir sempena Festival Taman Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya menggunakan dua bahan utama - pasir dan air -  artis visual Mohammad Ikhwan Ibrahim, 33, sambil berbekalkan kreativiti diri, mampu menjana pendapatan lumayan sehingga mencecah lebih empat angka.

Sebagai satu-satunya pengukir arca pasir yang bergerak aktif di negara ini, anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini bagaimanapun menyifatkan kerjayanya itu sebagai sesuatu yang mencabar sekali gus memberi kepuasan tersendiri buatnya.

"Ia bukanlah satu kerja yang mudah. Pertamanya, kita perlu mempunyai imaginasi yang tinggi selain dibekalkan dengan bakat untuk mengukir. Namun, proses yang sukar ini membuahkan hasil yang begitu menarik dan mengagumkan apabila ia siap dibina.

"Seni arca pasir sangat popular di luar negara. Oleh sebab itu, saya mahu terus berkongsi dengan orang ramai agar seni ini terus dinikmati dan dihargai," katanya kepada Bernama.

Mohammad Ikhwan yang mewarisi darah seni daripada bapanya berkata penggunaan pasir sungai lebih sesuai berbanding pasir pantai kerana susulan teksturnya yang berbentuk segi empat dan halus selain lebih mudah dibentuk.

"Kelembapan juga penting bagi memastikan struktur binaan kukuh. Jika terlalu kering, arca akan merapuh dan runtuh, namun binaan akan menjadi lembik dan luntur sekiranya mengandungi terlalu banyak air.

"Selalunya, apabila arca siap, ia memang kukuh melainkan ada sentuhan daripada luar terutamanya dari golongan kanak-kanak yang mahu merasai sama ada arca itu betul-betul pasir atau tidak," katanya.

Mohammad Ikhwan yang mewarisi darah seni daripada bapanya berkata penggunaan pasir sungai lebih sesuai berbanding pasir pantai kerana susulan teksturnya yang berbentuk segi empat dan halus selain lebih mudah dibentuk - Gambar Bernama
Mohammad Ikhwan yang mewarisi darah seni daripada bapanya berkata penggunaan pasir sungai lebih sesuai berbanding pasir pantai kerana susulan teksturnya yang berbentuk segi empat dan halus selain lebih mudah dibentuk - Gambar Bernama

Mohammad Ikhwan yang lebih dikenali sebagai Ikhwan Saloot berkata terdapat lebih 50 karya pasir dihasilkannya sepanjang penglibatannya dalam bidang itu sejak 10 tahun lepas.

Antara dekorasi seni arca pasirnya yang berjaya menarik perhatian adalah arca pasir yang menampilkan empat figura mewakili barisan hadapan simbolik kepada pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti sejak negara dilanda pandemik COVID-19 yang dibina di Terminal Feri Penumpang, Kuah, Langkawi dan arca pasir berbentuk tangan simbolik membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 di Pantai Batu Ferringgi, di Pulau Pinang.

Selain itu, lulusan Ijazah Sarjana Sains Seni Bina Landskap dari Universiti Sains Malaysia ini turut membina arca pasir berupa beberapa jari sedang memegang botol vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin Mega SPICE Convention Center di Bayan Baru, Pulau Pinang, adalah sebagai tanda sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mohammad Ikhwan juga terlibat dalam menghasilkan arca seni Kota Raya Kuala Lumpur  iaitu 'Kuala Lumpur Progresif', menggunakan kira-kira 12 tan pasir sungai halus, bersaiz tiga meter panjang dan 2.5 meter tinggi serta mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan di Festival Taman Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Seni arca pasir ini semakin mendapat tempat, malah ada polisi syarikat korporat, agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan yang mementingkan kelestarian alam sekitar dengan meminta saya melakukannya sebagai simbolik pada sesuatu acara," katanya.

Anak kelapan daripada 14 beradik ini turut berharap seni berkenaan akan terus berkembang di Malaysia dengan pembabitan generasi muda.

"Saya galakkan bakat muda untuk berkecimpung dalam seni arca pasir ini kerana ia mampu mendatangkan hasil lumayan serta boleh dilakukan secara sambilan andai pandai membahagikan masa," katanya yang bercadang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang seni arca awam, pada masa akan datang. - Bernama

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini