Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Habitat For Humanity Lancar Kempen Home Equals, Sokong Penempatan Haram Di Seluruh Dunia

Lebih 1 bilion orang di seluruh dunia tinggal di kawasan setinggan dan penempatan haram lain, malah jumlah tersebut terus meningkat.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 12:30PM

Kempen Home Equals mengharapkan perubahan dasar di peringkat tempatan, negara dan global untuk meningkatkan akses kepada kediaman yang memuaskan di petempatan haram.- Gambar Habitat for Humanity International

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 1 bilion orang di seluruh dunia tinggal di kawasan setinggan dan penempatan haram lain, malah jumlah tersebut terus meningkat. Komuniti ini mempunyai akses yang sangat terhad kepada keperluan asas seperti bekalan air bersih, sanitasi dan elektrik. 

Mereka yang tinggal di penempatan haram tidak mempunyai hak ke atas tanah dan harta serta sering berasa bimbang akan diusir. Mereka menghadapi ancaman yang semakin teruk akibat perubahan iklim, termasuk kemarau dan banjir.

Bertitik tolak daripada itu, Habitat for Humanity dan rakan kongsinya di seluruh dunia melancarkan kempen selama lima tahun baru-baru ini bagi menyokong mereka yang tinggal di penempatan haram di seluruh dunia. 

Kempen yang diberi nama sebagai Home Equals ini mengharapkan perubahan dasar di peringkat tempatan, negara dan global untuk meningkatkan akses kepada kediaman yang memuaskan di petempatan haram.

Jonathan Reckford - Gambar Habitat for Humanity
Jonathan Reckford - Gambar Habitat for Humanity

"Apabila ia berkaitan dengan tempat yang kita panggil rumah, mereka yang tinggal di penempatan haram langsung tidak mendapat layanan yang sama rata.

"Dengan menyokong perubahan dasar, rakan kongsi kami dalam kempen Home Equals ini akan meningkatkan akses kepada kediaman yang memuaskan dan menyokong penyelesaian inovatif yang diperoleh daripada penduduk penempatan haram itu sendiri.

“Sertai kami dalam mewujudkan dunia yang lebih saksama. Kerana kediaman itu bersamaan dengan kesihatan, keselamatan dan perlindungan. Malah, kediaman bersamaan dengan peluang untuk masa depan yang lebih baik," ulas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Habitat for Humanity International, Jonathan Reckford. 

Di peringkat global, Habitat for Humanity menyeru negara-negara anggota untuk mengiktiraf kediaman sebagai pendorong penting kemajuan pembangunan dan komited untuk menangani keperluan kediaman di penempatan haram sebagai cara untuk memajukan keutamaan pembangunan antarabangsa dalam bidang seperti pertumbuhan ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Penambahbaikan kediaman pada skala besar di penempatan haram akan memberikan manfaat pembangunan ekonomi dan manusia yang besar, menurut laporan yang dikeluarkan baru-baru ini bagi menyokong kempen Home Equals tersebut. 

Laporan yang mendapat kerjasama daripada International Institute for Environment and Development (IIED) itu menunjukkan banyak manfaat yang akan diperolehi seandainya penambahbaikan dilakukan ke atas kediaman terbabit. 

Laporan ini mendapati bahawa KDNK dan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak 10.5 peratus  di beberapa negara dan lebih 730,000 nyawa akan diselamatkan setiap tahun di seluruh dunia, iaitu lebih banyak berbanding jumlah kematian yang akan dicegah setiap tahun melalui pembasmian malaria. 

Laporan tersebut turut menyebut, pertambahan seramai 41.6 juta orang kanak-kanak akan didaftarkan di sekolah. Ia adalah seorang daripada setiap enam orang kanak-kanak yang tidak bersekolah di dunia.

"Dengan memastikan mereka yang tinggal di penempatan haram mempunyai akses kepada kediaman yang memuaskan, ia bukan hanya sebagai perkara betul untuk dilakukan, bahkan ia adalah perkara bijak untuk dilakukan," ujar Reckford lagi.

Penyelidik IIED dan salah seorang pengarang laporan tersebut, Alexandre Apsan Frediani berkata, penemuan mereka  menunjukkan manfaat yang besar kepada kesihatan, pendidikan dan pendapatan penduduk apabila anda memastikan mereka tinggal dalam keadaan kediaman yang sesuai, mempunyai akses kepada perkhidmatan asas seperti bekalan air dan sistem kumbahan serta bebas daripada ancaman pengusiran atau gangguan. 

“Malah, manfaat yang ditunjukkan dalam laporan ini berkemungkinan besar merupakan penganggaran yang kurang tepat. Walaupun para penyelidik tidak dapat mengukur perkara tersebut, buktinya adalah jelas bahawa sistem alam sekitar, politik dan penjagaan akan bertambah baik apabila mereka yang tinggal di penempatan haram mendapat akses kepada kediaman yang lebih baik,” jelas Alexandre pula.

Kempen Home Equals ini telah aktif di lebih 35 buah negara di seluruh dunia. Di Brazil contohnya, Habitat for Humanity dan rakan kongsi mereka bekerjasama dengan pentadbiran baharu program pembangunan bandar dan perumahan untuk memastikan penduduk di penempatan haram mempunyai akses kepada perkhidmatan asas seperti bekalan air dan sanitasi. 

Habitat for Humanity di Malawi menyeru untuk penggubalan Rang Undang-undang Pengurusan Risiko Bencana bagi memastikan rumah-rumah di negara itu berdaya tahan terhadap bencana dalam menghadapi perubahan iklim.  

Sementara di Vietnam, mereka bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan tentang penyelesaian dasar lestari yang akan membolehkan rakyat Vietnam yang kembali dari Kemboja mempunyai rumah yang selamat.  - Getaran, 21 Mei 2023

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera