web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jet Pejuang ‘KAAN’ Memperlihatkan Kekuatan Pertahanan Turkiye

Turkiye memperlihatkan kekuatan negara mereka dengan mempamerkan sebuah pesawat pejuang generasi kelima yang dibangun oleh negara mereka sendiri di sebuah acara terbuka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 7:46PM

Pesawat pejuang ini dinamakan sebagai 'KAAN' yang membawa maksud ‘Pemerintah’ atau ‘Raja Segala Raja’ - Gambar Aerotime

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pesawat atau jet pejuang adalah sejenis kenderaan tempur udara yang digunakan oleh tentera udara sebagai aset pertahanan negara. Ia menjadi salah satu aset utama dan penting dalam aspek keselamatan negara dan sentiasa bersedia untuk diterbangkan. 

Secara umumnya, ia direka dengan saiz yang lebih kecil, tangkas, pantas serta dilengkapi senjata canggih untuk menyerang kapal terbang musuh di ruang udara.

Baru-baru, Turkiye memperlihatkan kekuatan negara mereka dengan mempamerkan sebuah pesawat pejuang generasi kelima yang dibangunkan oleh negara mereka sendiri. Pesawat tersebut dinamakan sebagai 'KAAN' yang membawa maksud ‘Pemerintah’ atau ‘Raja Segala Raja’.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas sebuah lagi jet tempur iaitu TF-X atau dikenali sebagai Jet Tempur Negara (MMU) ditunjukkan kepada khalayak ramai buat kali pertama di acara Century of the Future di ibu kota.

Menurutnya Erdogan, Turkiye kini merupakan salah satu daripada lima buah negara yang memiliki keupayaan infrastruktur dan teknologi untuk membangunkan pesawat tempur generasi kelima. 

Berita itu secara tidak langsung membuktikan bahawa negara ini mempunyai kemahiran dan keupayaan yang tinggi dan hebat dalam memajukan sektor atau sistem pertahanan negara.

Jet pejuang yang berukuran 21 meter itu dibangunkan oleh Industri Aeroangkasa Turkiye (TAI) bertempat di daerah Kahraman Kazan dan bakal menggantikan jet F-16 menjelang 2030-an sejurus sahaja projek Kaan ini dilancarkan pada 2016.

Difahamkan, pesawat tersebut juga dilengkapi dengan teknologi enjin berkembar yang membolehkan ia mencapai kelajuan maksimum 1.8 Mach (kelajuan pecutan dinamik di ruang udara)

Bahkan, Kaan juga menawarkan perkongsian terhadap kesemua teknologi yang terdapat pada jet tersebut. Ini termasuklah perkongsian data yang selamat dan terkawal serta penggunaan peluru pintar yang ada pada Kaan. - Getaran, 6 Mei 2023 

Sumber: aerotime.aero

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini