web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Jenis MPV Yang Sesuai Untuk Pulang Beraya Dengan Harga Di Bawah RM150,000

Bagi yang sudah berkeluarga terutamanya individu yang memiliki anak-anak kecil, pernahkah anda berhasrat untuk memiliki sebuah kereta yang besar ketika pulang beraya, kenali tiga jenis kereta yang anda boleh fikirkan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 6:00PM

Mitsubishi Xpander

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang hari raya, rata-rata rakyat Malaysia sudah pasti merancang untuk pulang ke kampung halaman. Bagi yang sudah berkeluarga terutamanya individu yang memiliki anak-anak kecil, pernahkah anda berhasrat untuk memiliki sebuah kereta yang besar ketika pulang beraya dan apakah jenis kereta yang sesuai untuk dimiliki?

Jika ya, pastinya dari sudut keluasan ruang dalaman, prestasi dan keselesaan kenderaan itu memainkan peranan penting termasuk harga kereta tersebut.

Jadi penulis berkongsi tiga kenderaan MPV yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk dibawa pulang beraya bersama seisi keluarga.

Mitsubishi Xpander

Xpander merupakan antara model MPV yang menghangat pasaran automotif sejak dua tahun kebelakangan ini berikutan permintaan yang tinggi dan reka bentuknya nampak lebih sporty serta harga yang berbaloi.

Memiliki ruang dalaman yang mampu memuatkan sehingga 7 penumpang termasuk pemandu, ia memiliki reka bentuk yang nampak besar namun ketinggian yang ada pada kenderaan ini mampu menempuh jalan-jalan kampung dengan baik.

Selesa untuk perjalanan jauh terutamanya semasa pulang pada hari raya, Xpander menawarkan harga bermula RM92,009 mengikut spesifikasi dan warna pilihan pemilik.

Memiliki kuasa enjin 1.5 liter MIVEC, tork 141 Nm dan kuasa kuda berkuasa 105 PS, Xpander dikatakan sebuah kenderaan yang jimat minyak dengan corak pemanduan yang betul memandangkan ia memiliki mod pemanduan eco. Pasti menjimatkan!

Perodua Alza

Sebut sahaja Perodua, pastinya di fikiran rakyat Malaysia adalah sebuah kenderaan jimat minyak dan menjadi pilihan pelbagai oleh golongan masyarakat.

Perodua Alza adalah sebuah MVP yang juga tidak kurang hebatnya dengan generasi terbaharu ini yang lebih besar berbanding generasi sebelum itu.

Tambahan pula, ia kembali sebagai kereta pilihan keluarga di Malaysia disebabkan spesifikasi yang lebih lengkap, moden serta luas dan masih boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang termasuk pemandu.

Memiliki kuasa enjin yang sama seperti Xpander iaitu  1.5 liter 2NR-VE  dengan kuasa kuda sehingga 106 PS dan tork sebanyak 138 Nm, kereta ini menawarkan harga bermula RM95,000.

Nissan Serena S-Hybrid facelift

Jika anda memiliki keluarga yang lebih besar, terdapat sebuah lagi kenderaan yang dilihat sesuai dan harganya masih berbaloi iaitu Nissan Serena S-Hybrid facelift. MVP ini menawarkan kabin yang memiliki 13 konfigurasi tempat duduk dengan reka bentuk lebih besar daripada dua model di atas.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM149,888 dan versi facelift ini mempunyai kuasa enjin 2.0 liter hibrid ringan bersama kuasa kuda 150 PS serta tork sehingga 200 Nm.

Ini termasuk ciri keselamatan enam beg udara dipasangkan pada badan kenderaan tersebut berserta kelengkapan Nissan Intelligent Mobility. Besar, mewah dan mantap sesuai buat keluarga anda yang besar untuk pulang ke kampung.

Jadi menurut penulis, jika anda mempunyai bajet yang lebih adalah berbaloi untuk membeli model ini kerana harganya di bawah RM150,000. - Getaran, 22 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini