Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 6:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sabar Ini Ujian

 

Filem komedi romantik Indonesia ini merupakan filem pertama Indonesia yang mengangkat tema 'time-loop'. Filem in dibintangi oleh Vino G Bastian, Luna Maya, Estelle Linden ramai lagi. 

Sabar Ini Ujian mengisahkan tentang Sabar lakonan Vino yang tidak hadir di majlis pernikahannya sendiri dengan Astrid lakonan Estelle. Sudah empat tahun berlalu, kini Sabar mendapat undangan perkahwinan Astrid bersama temannya sendiri iaitu Dimas lakonan Mike Ethan. 

Sabar telah pergi ke majlis itu dan harus menyaksikan wanita yang paling dia cintai menikah dengan temannya sendiri. Sabar cuba untuk ikhlas dan ingin hari itu berlalu dengan segera. Namun satu kejadian aneh telah berlaku keesokkan harinya. Dia telah bangun pada hari yang sama, iaitu hari pernikahan Astrid. 

Dia melalui hari yang sama berulang-ulang setiap hari sehingga menyebabkan dia tertekan dan bingung. Akhirnya dia tersedar mungkin dia adalah jodoh sebenar untuk Astrid. Adakah Sabar akan mendapatkan Astrid kembali atau dia harus melalui hari yang sama setiap hari? Saksikan kesudahan filem menarik ini di Disney+Hotstar. – Helmi Anuar
 

 

Qorin

 

Kata orang, bulan puasa ini adalah paling sesuai nak tengok cerita seram. Sebabnya, hantu syaitan semua diikat. Kalau anda jenis cepat takut, inilah masanya untuk tonton sebuah cerita seram Indonesia bernama Qorin. Walaupun sudah menemui penonton sejak tahun 2022, namun filem ini baru sahaja dibawa masuk ke platform Netflix dan terus menduduki antara carta filem paling banyak mendapat tontonan di Netflix. 

Menceritakan kehidupan Zahra di sebuah sekolah pondok perempuan. Dia menerima seorang rakan baru bernama Yolanda. Mereka mula berkawan baik mulai hari itu.

Keadaan di sekolah itu tenang sahaja sehinggalah satu hari ustaz mereka meminta mereka melakukan sebuah ritual bernama Qorin. Satu demi satu kejadian aneh mula menimpa diri mereka. Apa yang lebih menyeramkan, jin berkenaan menjelma menjadi diri mereka sehingga masing-masing tidak boleh membezakan siapakan yang benar antara mereka. – Wafa Aula

  

 

The Mandalorian (Season 3)

Bagi mereka yang mengikuti secara dekat franchise filem Star Wars, The Mandalorian, siri TV Amerika terkenal ini kembali lagi di musim ketiga dengan aksi sci-fi lebih mengujakan.

Franchise yang berlatar pasca Return of the Jedi (1983), masih berkisar tentang protagonisnya, Mandalorian Din Djarin lakonan Pedro Pascal.

Kali ini, Din Djarin dan anak angkatnya Grogu, berusaha membina semula kemusnahan peradaban planet Mandalore yang dihancurkan Galactic Empire diketuai bekas Panglima Era Imperial, Moff Gideon (Giancarlo Esposito).

Din Djarin tidak bersendirian malah dibantu rakan Mandalorian, Bo-Katan Kryze (Katee Sackhoff) dan pengikutnya. Dapatkah Din Djarin menyatukan seluruh puak Mandalorian yang terpisah di serata galaksi untuk kembali membina kegemilangan tanah air mereka, Mandalore.Saksikan musim ketiga siri hebat 8 episod terbitan Lucas Film ini hanya di Disney+. – Suzan Ahmad

    

 

A Deeper Look - Surah An-Najm

Nouman Ali Khan dan BayyinahTV memang terkenal dengan kelas-kelas dalam talian yang berkaitan dengan bahasa Arab Al-Quran dan tadabbur Al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Salah satu siri yang paling diminati dalam aplikasi BayyinahTV ialah siri ‘A Deeper Look’ yang ‘membedah’ surah-surah dalam Al-Quran dan mengajak kita merenung dan tadabbur maksud tersurat dan tersirat dalam ayat-ayat suci Allah SWT. 

Untuk Ramadan ini, Ustaz Nouman telah membawa ‘A Deeper Look’ ke YouTube di mana ia boleh ditonton secara percuma! Surah yang diajar pula surah An-Najm. 

Setiap episod cuma sepanjang 15-20 minit namun ia padat dengan pelbagai maklumat menarik untuk direnungkan dan kelasnya diajar dengan penuh santai menggunakan bahasa Inggeris yang mudah.

Jangan terkejut jika ada ayat-ayat yang sebelum ini anda baca sekali lalu tanpa memikirkan maksudnya, kini boleh membuatkan air mata keluar berjurai-jurai.

Sebaik-baiknya anda menyediakan Al-Quran dan buku nota ketika menonton siri ini. Jika tidak ada, tidak mengapa. Asalkan anda cuba untuk menonton siri ini. Siapa tahu, siri ini dapat membibitkan minat mendalami ilmu Al-Quran dalam diri anda.  - Ili Farhana

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'