web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Betul Ke Bohong Kuasa 2’ Kembali Lagi Hari Raya Aidilfitri Ini

PETRA Entertainment mempersembahkan sekuel rancangan permainan komedi popular di Astro Warna.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Raya Aidilfitri ini, PETRA Entertainment mempersembahkan sekuel rancangan permainan komedi popular ‘Betul ke Bohong?’ yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran 127 dan 107 (HD) Astro Warna pada 13 hingga 16 Mei 2021 jam 5.30 petang.

Rancangan berjudul ‘Betul ke Bohong? Kuasa 2’ (edisi khas Hari Raya) bakal menampilkan selebriti kegemaran anda yang akan dikenakan kejutan elektrik jika kalah!

Para selebriti jemputan bakal mendedahkan kisah-kisah aneh dan memalukan tentang diri mereka – ada yang benar dan ada yang tidak. Dan tugas pasukan lawan adalah untuk memastikan kebenaran (Betul) atau kepalsuan (Bohong) kisah tersebut. 

Tiap pasukan akan mendapat satu markah jika tekaan benar atau mereka mungkin akan dikenakan kejutan elektrik oleh pengacara jika tekaan salah. 

Untuk menjadikan program ini lebih menarik, rancangan ini telah dilanjutkan menjadi sejam yang penuh dengan jeritan dan kegilaan dengan dua pusingan permainan, seorang selebriti misteri dan sudah tentu denda yang paling dinantikan di mana seluruh pasukan yang kalah terpaksa duduk dan dikenakan kejutan elektrik! 

Rancangan komedi ini pasti menghiburkan seisi keluarga dan akan menjanjikan hilai tawa tanpa henti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

PETRA Entertainment, yang juga sebahagian daripada divisi media di bawah PETRA Group, terdiri daripada pasukan berpengalaman luas dan berbakat yang fokus dalam menciptakan harta intelektual meliputi siaran berformat tradisional dan bukan tradisional buat tontonan tempatan serta antarabangsa. 

“Kami ingin mempersembahkan ‘Betul ke Bohong? Kuasa 2’ semasa Hari Raya untuk membawa keriangan dan hiburan semasa perayaan ini, khasnya kerana ramai orang yang sedang menghadapi saat-saat sukar sebab tidak dapat melawat ahli keluarga mereka,” kata Datuk Prof Afdlin Shauki, Ketua Eksekutif PETRA Media.

“PETRA Entertainment mempunyai banyak rancangan untuk bulan-bulan yang akan datang termasuk memberi fokus kepada jenama platform OTT (Over-The-Top / kandungan program dalam talian) mereka sendiri di samping kandungan dan tajuk-tajuk lain.

“PETRA Entertainment juga ingin menerajui cara penyebaran bentuk kandungan baru termasuk Realiti Maya dan Penekanan (Virtual and Augmented Reality),” tambahnya.

Jangan lupa saksikan ‘Betul Ke Bohong Kuasa 2’, edisi khas Hari Raya 2021 di saluran 127 dan 107 (HD) Astro Warna pada 13 hingga 16 Mei 2021 jam 5.30 petang! - Getaran, 9 Mei 2021


Semua gambar: PETRA Entertainment

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini