Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Menjejak Keajaiban Aurora Borealis di Norway

Merantau jauh ke negara Scandinavia yang satu ini demi mengejar cahaya ciptaan Ilahi yang luar biasa. Jom ikuti perjalanan Shah Shamshiri ke Norway.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2021 9:13AM

Gambar oleh Kjetil Hanssen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari dulu lagi tidak ramai rakyat Malaysia yang melawat negara-negara Scandinavia berbanding negara Eropah lain seperti United Kingdom, Perancis dan Belanda. Apatah lagi sejak beberapa tahun lalu, ramai yang mula ke rantau tersebut untuk mengejar fenomena alam, Teja Utara atau Northern Lights yang dikenali sebagai Aurora Borealis.

Jika ingin melihat keajaiban ini, para pakar sering mengesyorkan untuk ke Finland, Iceland atau Norway. Malah, Norway merupakan pilihan yang popular kerana tarikan pelancongannya yang lain juga. 

Terletak di kawasan Eropah utara dan merupakan jiran terdekat negara Denmark, Sweden serta Finland, Norway menduduki tempat pertama dalam senarai Laporan Kebahagiaan Dunia atau World Happiness Report.

Ini menunjukkan bahawa penduduknya secara umum, berpuas hati dengan kehidupan mereka di situ. Dan setelah berada di sana hampir seminggu, saya mengerti kenapa negara tersebut mendapat gelaran negara paling bahagia di dunia.

Saya tiba di Oslo, ibu negara Norway di hujung musim luruh dan di awal musim sejuk. Seperti yang dijangka, cuaca agak sejuk namun menyenangkan. Seumpama negara-negara Scandinavia lain, Norway termasuk negara yang maju dan ini terlihat daripada lapangan terbang antarabangsa Oslo sendiri yang moden dan sistematik.

Keretapi laju Flytoget
Keretapi laju Flytoget

Jarak ke kawasan pusat bandar raya dari lapangan terbang Oslo adalah lebih daripada 50 km tetapi cara paling cepat ke pusat kota adalah dengan menaiki keretapi laju Flytoget. Ia menghubungkan lapangan terbang dengan stesen pusat kota iaitu Oslo Central Station (mirip KL Sentral di Malaysia).

Perjalanan menaiki keretapi Flytoget dari lapangan terbang ke pusat bandar memakan masa sekitar 20 minit sahaja dan ia sangat selesa serta lancar.

Dari stesen pusat Oslo tersebut, bandaraya mereka dihubungkan dengan pelbagai jenis pengangkutan awam, seperti bas, tram dan juga keretapi bawah tanah atau metro. Malah, tiket pengangkutan awam boleh dibeli mengikut zon dan ia merangkumi pengangkutan awam yang disebutkan tadi.

Oslo Central Station
Oslo Central Station

Ini sangat mudah dan praktikal buat penduduk tempatan dan pelancong khasnya, kerana semua orang boleh berpindah daripada bas ke tram atau metro tanpa perlu membeli tiket baru. Sistem yang sangat praktikal ini bukan sahaja lebih menjimatkan tetapi juga sangat memudahkan pergerakan.

Lebih menakjubkan lagi, tiket atau pas perjalanan boleh dimuat turun ke telefon bimbit melalui sistem barcode atau kod bar dan pemeriksa syarikat pengangkutan hanya akan memeriksa tiket penumpang di dalam pengangkutan awam menggunakan alat pengimbas khas.

Oslo
Oslo

Pusat kota Oslo memang cantik dan perancangan bandarnya juga sangat sistematik dan teratur. Bangunan-bangunannya masih menggunakan seni bina Eropah klasik di samping bangunan-bangunan baru yang serba moden.

Cara paling mudah dan cepat untuk melihat kota Oslo sepintas lalu sudah tentulah dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off yang akan melewati pelusuk-pelusuk penting Oslo.

Oslo Opera House
Oslo Opera House
Oslo Opera House
Oslo Opera House

Salah satu bangunan yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan para pelancong adalah bangunan Opera Oslo yang berdiri gah dengan seni bina yang agak futuristik.

Dibayangi ratusan jendela kaca dan muka bentuk yang agak berbeza, bahagian atas bumbungnya menjadi tempat pilihan untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan laut lepas di samping senario bandaraya Oslo. Malah pemandangan matahari terbit dan terbenam juga memang cantik dari bangunan ini.

Selain jalan utama untuk membeli-belah, iaitu Karl Johans Gate, Oslo juga mempunyai banyak bangunan cantik lain seperti dewan bandarayanya dan juga bangunan Pusat Keamanan Nobel yang lahir daripada Anugerah Keamanan Nobel sendiri.   

Pusat Keamanan Nobel
Pusat Keamanan Nobel

Untuk pemandangan Oslo yang agak berbeza, saya sempat ke kawasan Taman Ekeberg yang terkenal dengan patung-patung dan arca di atas sebuah bukit kecil di persisiran ibu kota Oslo. 

Jika sempat, singgah juga ke kawasan Majorstuen untuk melihat kawasan perumahan golongan elit dan juga taman Frogner yang indah dengan kehijauan saujana. Di situ juga terletaknya Taman Vigelands yang dihias dengan aneka patung serta arca. 

Arca Taman Vigelands
Arca Taman Vigelands
Pemandangan kota Oslo dari jendela atas restoran Taman Ekeberg
Pemandangan kota Oslo dari jendela atas restoran Taman Ekeberg

Pada musim luruh, semuanya kelihatan lebih indah berkat warna-warna daun pepohon yang gugur dalam aneka rona. 

Musim luruh di Oslo
Musim luruh di Oslo

Dari kota Oslo saya terbang nun jauh ke utara Norway ke bandar Tromso demi mengejar impian saya. Di Tromso, saya disambut jatuhan salji yang menyenangkan, selain cuaca yang semakin sejuk.

Tromso dari tingkap pesawat
Tromso dari tingkap pesawat

Namun persekitaran kota kecil ini sangat indah. Apatah lagi pemandangannya yang putih di mana-mana, gara-gara tutupan timbunan salji menghasilkan pemandangan mirip di dalam poskad.

Di situ juga saya dibawa syarikat Arctic Drive untuk pengalaman memburu salah satu fenomena alam semula jadi yang paling menakjubkan iaitu Aurora Borealis atau Teja Utara (Northern Lights dalam Bahasa Inggeris).  

Ia merupakan pertunjukan cahaya semulajadi di langit bumi hasil pertembungan zarah-zarah bercas elektrik dari matahari yang memasuki atmosfera bumi. Dan ia hanya dapat disaksikan di atas kutub magnetik hemisfera utara dan selatan bumi.

Gambar Aurora Borealis oleh Kjetil Hanssen
Gambar Aurora Borealis oleh Kjetil Hanssen

Malah, saya bernasib baik kerana semua pelancong diberitahu bahawa fenomena ini tidak dapat dilihat setiap malam dan bergantung kepada nasib. Ada yang datang mengejarnya berhari-hari namun masih tidak dapat melihat apa-apa.

Sungguhpun begitu, berkat doa, saya dapat melihat fenomena ini pada malam pertama saya dibawa ke tempat lokasi. Saya dapat menyaksikannya di kota Kilpis di negara Finland yang terletak di sempadan Norway sekitar dua setengah jam dari Tromso.

Perasaan ketika melihat fenomena tersebut tidak dapat saya gambarkan kerana telah lama saya impikan.

Saya beruntung juga kerana syarikat Arctic Drive yang menguruskan perjalanan saya ke sana diiringi pemandunya Kjetil Hanssen yang juga seorang jurugambar profesional yang pernah memenangi banyak anugerah dalam merakam gambar fenomena cahaya ajaib ini.

Aurora Borealis
Aurora Borealis

Perlu diketahui bahawa telefon bimbit biasa tidak akan dapat merakam kejadian ini kerana memerlukan aturan kamera khas. Jadi pada kebiasaannya, setiap syarikat pelancongan akan menyediakan jurugambar atau para pelancong disaran untuk membawa kamera berlensa sendiri.

Saya dan rakan saya juga diberi pakaian khas untuk memastikan badan kami sentiasa panas kerana cuaca di luar pada waktu malam memang sejuk dan akan jatuh di bawah kosong darjah Celcius. 

Selain itu, saya juga berpeluang mengikuti pelayaran berserta makan malam di atas kapal Katamaran mewah bersama syarikat Arctic Cruise milik Kurt Larsen yang mengkhusus dalam perkhidmatan pelancongan mewah.

Tromso
Tromso
Tromso
Tromso

Seperti penduduk Norway yang lain, Kurt seorang yang sangat mesra dan baik. Kami menikmati malam laut lepas Tromso sambal dihidang sup ikan yang lazat dan hangat biarpun cuaca di luar sangat sejuk.

Pada keesokan siangnya pula, saya berpeluang menaiki bot laju terbuka Green Gold of Norway dan bersiar-siar sekitar kawasan teluk Tromso dalam sut khas kalis sejuk untuk melihat keindahan semula jadi Tromso.

Kesimpulannya, saya benar-benar menikmati percutian saya tika berada di Norway dan mengerti kenapa ia dianggap negara paling gembira di dunia. Penduduknya semua sangat ramah dan baik hati.

Sejak hari pertama saya tiba, senyuman warga Norway sentiasa ada sambil menawarkan pertolongan sekiranya saya kelihatan seperti mencari sesuatu atau bingung.

Dari pemilik restoran, pemandu pelancong sehinggalah kapten kapal layar semuanya memberikan layanan yang mesra. Jadi kalau anda berpeluang bercuti ke Scandinavia, pastikan Norway tersenarai dalam dalam jadual perancangan. Saya yakin anda tidak akan menyesal! - Getaran, 9 Mei 2021

Semua gambar: Shah Shamshiri kecuali tertera.

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

TARA 6 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart