Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kartunis Tazidi Yusof, Merakam Nostalgia 

Selain melukis mengenai Tarzan, Tazidi turut berkolaborasi dengan Jaafar Taib dalam ruangan Kalau. Ruangan ini adalah mengenai kisah masyarakat umum yang sering diungkapkan seperti ‘kalau banyak duit apa akan jadi’ dan ‘kalau tiada duit pula bagaimana’.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 9:10PM

Bagi Tazidi, komik merupakan satu medium perakam sejarah kerana ia merakam waktu pada ketika itu. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tazidi Yusof atau nama penanya Tarzidi merupakan seorang kartunis yang disegani di tanah air. Tazidi berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Setelah menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1978 Tazidi mula mengorak langkah dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya sebagai pelukis.

Menurut Tazidi, minat seni tu bermula semasa di sekolah lagi. Ketika itu, Tazidi melukis di rumah, dinding-dinding sekolah termasuk tandas. Tazidi juga biasa ditangkap cikgu kerana sikapnya yang suka melukis merata-rata. 

Karakter yang paling diminati pula adalah Tarzan kerana menurutnya dahulu surat khabar jawi ada menyiarkan kartun mengenai Tarzan. Justeru itu bagi mendapatkan keratan akhbar tersebut Tazidi akan ke kedai minum dan menunggu sehingga petang dan akan meminta izin pada tuan kedai untuk mengambil keratan akhbar tersebut. 

Tazidi mendedahkan karakter yang paling diminatinya adalah Tarzan.
Tazidi mendedahkan karakter yang paling diminatinya adalah Tarzan.

Bermula dari situlah Tazidi mula mengumpul dan melukis semula komik Tarzan tersebut. Bagi kartunis tempatan pula Tazidi sangat meminati Datuk Lat. Hal ini dikatakan demikian kerana ketika zaman Tazidi membesar, karya Datuk Lat sedang meniti zaman popular. 

Karya-karya Datuk Lat tersiar di dalam surat khabar New Strait Times. Latar belakang kisahnya pula mengenai kampung dan sebab itulah setiap ceritanya boleh difahami dengan jelas kerana Tazidi juga melalui pengalaman tersebut.  Kisah ayam, durian, nenek di kampung, kain pelekat dan lain-lain lagi semuanya adalah pengalaman yang sebenar.

Tazidi juga turut menyatakan bahawa dia berjaya menjual lukisan komiknya pada pihak penerbit. Hasil daripada jualannya itu dijadikan modal untuk membeli peralatan lukisan bagi tujuan peperiksaan SPM. Lebih dari itu, yuran peperiksaan SPM juga turut dibayarnya sendiri tanpa perlu meminta dari keluarganya.

Setelah itu Tazidi mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di ITM (kini UiTM) dalam bidang seni. Ini kerana Tazidi berminat untuk menjadi guru seni lukis. Tetapi mungkin sudah rezekinya untuk menjadi kartunis, apatah lagi setelah bertemu pula dengan Jaafar Taib dari majalah Gila-Gila. 

Jaafar Taib menyatakan bahawa dia tidak perlu melanjutkan pelajaran di ITM kerana Jaafar Taib sedia untuk melatihnya dalam bidang seni lukis. “Awak belajar disinilah, di majalah Gila-Gila. Belajar sambil buat duit. Saya bagi awak kerja. Nama dapat, duit dapat, belajar di ITM empat tahun belum tentu keluar ada kerja”, kata Jaafar Taib.

Bermula dari saat itulah Tazidi mula menjadi kartunis sepenuh masa. Ruangan kartunnya pula bertemakan Tarzan. Sesuai dengan minatnya sejak kecil lagi. Selain melukis kartun, Tazidi juga merupakan seorang ilustrator. 

Pada ketika itu dianggarkan hampir 100 rumah produksi periklanan yang aktif dan mereka semua perlukan pelukis bagi menyiapkan kerja-kerja berkaitan periklanan. Jadi Tazidi menjalankan dua pekerjaan dimana waktu siang sebagai kartunis dan pada waktu malam pula bekerja dengan agensi periklanan secara sambilan. 

Selain melukis kartun, Tazidi juga merupakan seorang ilustrator. 
Selain melukis kartun, Tazidi juga merupakan seorang ilustrator. 

Sungguhpun secara sambilan tetapi Tazidi menjaga hampir 5 buah agensi dan kesemua kerja berjaya dilunaskan dengan sempurna. Di antara teman-teman lain yang turut sama menjadi kartunis dan illustrator adalah kartunis Kerengga dan Azman Yusof. 

Selain melukis mengenai Tarzan, Tazidi juga turut berkolaborasi dengan Jaafar Taib dalam ruangan Kalau. Ruangan ini adalah mengenai kisah masyarakat umum yang sering diungkapkan seperti ‘kalau banyak duit apa akan jadi’, ‘kalau tiada duit pula bagaimana’. Semuanya bermula dengan istilah kalau. Ianya merupakan satu ruangan yang boleh dianggap berat. 

Kartunis lain pula mempunyai temanya yang tersendiri seperti kartunis Fatah akan bercerita tentang muzik. Pak Rejabhad pula kisah askar dan polis. Kartunis Ujang pula mengenai kisah pelajar dan remaja. Ada pelukis mula melukis dahulu dan dialog kemudian. Ada yang membuat skrip dahulu dan kemudiannya lukisan. Jadi semuanya terpulang kepada kreativiti masing-masing.

Selain melukis mengenai Tarzan, Tazidi turut berkolaborasi dengan Jaafar Taib dalam ruangan Kalau.
Selain melukis mengenai Tarzan, Tazidi turut berkolaborasi dengan Jaafar Taib dalam ruangan Kalau.

Menurutnya, lagi komik juga merupakan satu medium perakam sejarah. Contohnya seperti keadaan di kampung-kampung. Suasana rumah kayu, ayam, pokok pisang serta aktiviti harianya seperti bermain gasing, layang-layang, tarik upih, dan memancing. 

Sama juga keadaan di kota Kuala Lumpur. Waktu itu negara sedang membangun dengan terbinanya banyak bangunan baru, rumah setinggan, keadaan bas mini dan hiruk pikuknya. Ia memang merakam waktu pada ketika itu. 

Menyentuh tentang kemasukan komik-komik dari luar, Tazidi menyatakan, perkara itu memang mengganggu. Hal ini dikatakan demikian kerana harga yang ditawarkan lebih murah serta diterbitkan dengan lebih kerap seperti setiap minggu sedangkan komik tempatan diterbitkan sebulan dua kali. Harganya pula mahal sedikit kerana faktor kos. 

Tazidi turut menambah jika sesuatu majalah itu lewat diterbitkan walaupun sehari maka jualan boleh menurun sehingga 30 peratus. Ini kerana pembeli pada ketika itu hanya akan ke pekan sekali sahaja dan jika majalah itu tiada, maka pembeli akan memilih majalah lain. Justeru itu setiap keluaran perlu menepati waktu agar boleh bersaing dengan penerbit yang lain.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan komik di negara kita, Tazidi berkata, bahawa tahun 80-an dan awal 90-an merupakan zaman kemuncaknya. Ketika itu pelbagai rumah produksi berlumba-lumba untuk menerbitkan majalah umpama cendawan tumbuh selepas hujan.  

Di antara majalah tersebut adalah Gila-Gila, Geli Hati, Batu Api, Jenakarama, serta kartun yang tersiar dalam surat khabar.  Setiap kartunis mempunyai gaya lukisan serta subjek dan karakter yang tersendiri serta kreatif.  

Tazidi ketika ini lebih menumpukan masanya di Rumah Kartun Kuala Lumpur dengan mengendalikan pelbagai aktiviti dan majlis berkaitan dengan kartun. 
Tazidi ketika ini lebih menumpukan masanya di Rumah Kartun Kuala Lumpur dengan mengendalikan pelbagai aktiviti dan majlis berkaitan dengan kartun. 

Hasil karya juga sangat asli serta terserlah jati diri tempatan dan tidak terikut dengan gaya daripada negara luar. Karakter orang Melayu, Cina dan India serta bangsa yang lain semuanya bercirikan Malaysia dan dipaparkan dalam suasana yang majmuk dan muhibbah. 

Mengakhiri perbualan Tazidi menyatakan bahawa ketika ini, dia lebih menumpukan masanya di Rumah Kartun Kuala Lumpur dengan mengendalikan pelbagai aktiviti dan majlis berkaitan dengan kartun. 

Di sini juga Tazidi mengadakan kelas lukisan serta melayan pengunjung yang datang ke Rumah Kartun untuk melihat pameran. Pameran di sini merupakan koleksi pelbagai kartun dan komik yang dihasilkan oleh kartunis terkenal tanah air. 

Tazidi juga berharap agar kartunis muda tanah air terus rajin berkarya dengan mengangkat nilai-nilai tempatan serta kemudiannya akan menjadi khazanah negara pada zaman yang akan datang. - Getaran, 25 Mac 2023

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

25 Mar 2023

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu