Berita Terkini

3 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 4 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 4 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 5 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 5 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Bukit Bintang Bertukar Wajah, Jadi Landasan Peragaan Fesyen Raya Penuh Glamor

Koleksi Raya LazLook mempersembahkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden daripada 10 jenama tempatan terkemuka.

TARA Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 8:10PM

Peragaan ‘Fesyen Raya LazLook’ ini disifatkan lain daripada yang lain dan merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen serta pelanggan tempatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun sekarang kita masih tinggal kurang dari seminggu untuk menyambut bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri pada penghujung April, namun suasana ceria mula menyelubungi ibu kota.

Mencetuskan suasana ceria Hari Raya tersebut, perusahaan e-commerce antarabangsa, Lazada telah memeriahkan ‘Segitiga Emas’ pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Jalan Bukit Bintang dengan mengubahnya menjadi landasan peragaan (fashion runway) sepanjang 500m untuk Koleksi Raya ‘LazLook’ yang penuh glamor.

Menampilkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden, sebanyak 10 koleksi jenama tempatan diperagakan di laluan sepanjang 500 meter, bermula di Bukit Bintang sehingga ke pentas akhir di CommonsKL.

Antara jenama yang turut serta ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.

Menampilkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden, sebanyak 10 koleksi jenama tempatan diperagakan di laluan sepanjang 500 meter, bermula di Bukit Bintang sehingga ke pentas akhir di CommonsKL.
Menampilkan rekaan elegan busana baju kurung dan kebaya berinspirasi moden, sebanyak 10 koleksi jenama tempatan diperagakan di laluan sepanjang 500 meter, bermula di Bukit Bintang sehingga ke pentas akhir di CommonsKL.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia Alan Chan, ‘Koleksi Raya LazLook ‘yang penuh glamor dipersembahkan sebagai lookbook langsung memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Kata Alan, lebih daripada 50 model terlibat dalam menjayakan pentas peragaan ‘Fesyen Raya Lazlook’ kali ini.

“Kami sangat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan untuk mempersembahkan ‘Koleksi Raya LazLook’ menerusi cara yang glam dan unik, dengan menjelmakan Bukit Bintang menjadi landasan fesyen dan membawakan suatu kelainan yang tidak dijangka.

“Peragaan tersebut mengundang perhatian orang ramai di persimpangan lintasan paling sibuk dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden,” katanya.

Jelas Alan lagi, peragaan ‘Fesyen Raya LazLook’ ini lain daripada yang lain ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan.

“Kami memahami kecenderungan orang ramai untuk menggunakan platform e-Dagang apabila mereka mencari produk yang diperlukan. 

“Justeru itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan.

“‘Fesyen Raya LazLook’ telah ditata gayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan,” katanya.

Menurut Alan, para pelanggan di Malaysia kini membuat pembelian produk fesyen secara dalam talian dan juga di butik atau kedai dan kebanyakannya lebih dari sekali sebulan.

Jelasnya, kesemua koleksi baharu yang ditampilkan kini tersedia di Lazada dan para pelanggan hanya perlu klik pada ikon ‘LazLook’.

Antara jenama yang turut serta ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.
Antara jenama yang turut serta ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Petit Moi, Poplook, Cynthia Tang, Bayu Somerset, Zoe Arissa, Zucca, Gene Martino dan TATO Shop.

Dalam pada itu, menurut Alan, terdapat juga pelbagai inspirasi gaya Raya serta jenama Muslimah kegemaran ramai di Lazada, serta ganjaran tambahan dan penjimatan sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada.

“Sempena jualan ulang tahun ini juga, orang ramai boleh menikmati penjimatan seperti ‘Everyday Cashback’ dan penghantaran percuma.

“Bukan itu sahaja, Fesyen Raya Lazlook menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik pada harga berpatutan,” katanya.

Acara peragaan itu tidak hanya memaparkan koleksi raya semata-mata, malah terdapat juga perkongsian petua dan tip stail penggayaan yang menarik, aktiviti ‘shoppertainment’' seperti permainan dan cabaran untuk penonton dalam talian dan yang menghadiri program tersebut.

Lebih menarik, kesemua mereka berpeluang untuk memenangi hadiah dan baucar bernilai lebih RM50,000.

‘Fesyen Raya LazLook’ telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan acara tersebut turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale. – Getaran, 18 Mac 2023.


 

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Sorotan

1

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

2

Anwar Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’