web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Reneé Rapp Wajah Baharu Untuk Kempen Musim Bunga 2023 TUMI

Bintang muda, Reneé Rapp, memperlihatkan bagaimana dia menikmati kehidupannya bersama TUMI menerusi siri yang dibintangi ‘The Sex Lives of College Girls’.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 12:53PM

Reneé Rapp menggayakan Voyageur Valetta Medium Tote.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama yang sinonim dengan percutian dan gaya hidup, TUMI meraikan koleksi ikoniknya, Voyageur dengan tambahan terbaharu kepada kempen ‘Unpack Tomorrow’ yang menampilkan penyanyi, penulis lagu dan pelakon, Reneé Rapp.

Kempen yang ‘dihidupkan’ kembali oleh Pengarah Todd Tourso ini menawarkan pandangan peribadi mengenai perjalanan Reneé dari pelbagai aspek, menggambarkan pentingnya produk perjalanan yang boleh dipercayai di dunia yang penuh dengan perkara yang tidak diketahui, selain mengukuhkan kedudukan TUMI jenama yang boleh diheret ke mana-mana.

Kiri ke kanan: TUMI Voyageur Loha Slim Hip Bag dalam Black Gunmetal, TUMI Voyageur Adelaide Hobo Crossbody  warna Fog, TUMI Voyageur Valetta Micro Tote warna Swallowtail Print, dan TUMI.
Kiri ke kanan: TUMI Voyageur Loha Slim Hip Bag dalam Black Gunmetal, TUMI Voyageur Adelaide Hobo Crossbody warna Fog, TUMI Voyageur Valetta Micro Tote warna Swallowtail Print, dan TUMI.

Dengan penglibatan Reneé Rapp, bintang muda ini memperlihatkan bagaimana dia menikmati kehidupannya bersama TUMI menerusi siri yang dibintangi ‘The Sex Lives of College Girls’. Siri ini menampilkan pelancaran semula koleksi TUMI yang menjadi kegemaran wanita, Voyageur, yang menggunakan bahan kitar semula dalam reka bentuk terasnya.

Koleksi Voyageur untuk Musim Bunga 2023 masih menampilkan rekaan yang menjadi estetika tersendiri koleksi ini, namun rekaannya diperkemaskan serta mentafsirkannya semula dengan bentuk dan saiz ultramoden yang sesuai untuk golongan profesional yang bergaya.

Bahkan, koleksi ini juga menggalakkan kelestarian dengan penggunaan komponen kitar semula, serta mempertingkatkan ketahanan dan ciri organisasi baharu yang memudahkan setiap pemakaian. Dengan kata lain, ia lebih tahan lasak serta praktikal.

Kiri ke Kanan: TUMI Voyageur Kileen Convertible Sling warna Lilac Ombre, TUMI Voyageur Celina Backpack warna Lilac, dan TUMI Voyageur Malta Duffel/Backpack warna Black Gunmetal.
Kiri ke Kanan: TUMI Voyageur Kileen Convertible Sling warna Lilac Ombre, TUMI Voyageur Celina Backpack warna Lilac, dan TUMI Voyageur Malta Duffel/Backpack warna Black Gunmetal.

Koleksi musim bunga ini didatangkan dalam variasi warna yang memikat iaitu Lilac, Fog, Mist dan Multicolor Swallowtail Print.

Dengan reka bentuk semula yang memberi tumpuan kepada kebolehgunaan dan fungsi yang lebih baik, TUMI memperkenalkan gaya utama dalam bahan nilon mengikut trend. Beberapa produk ini termasuk Valetta Tote, yang boleh didapati dalam tiga saiz, serta Adelaide Hobo Crossbody yang popular dan Loha Slim Hip Bag, yang boleh didapati dalam warna Lilac, Fog, Mist, Desert Red, Black, dan Swallowtail Print.

Sebagai tambahan kepada Celina Backpack yang direka semula, terdapat juga beberapa gaya aktif terkini seperti Malta Duffel/Backpack dan Kileen Convertible Sling, semuanya dilengkapi dengan pelbagai ciri berguna seperti lapisan kalis air dan tali untuk menyimpan tikar yoga.

Kiri ke Kanan: TUMI+ Small Modular Pouch warna Blaze Red, TUMI+ Charm Pouch dan TUMI+ Small Organizer
Kiri ke Kanan: TUMI+ Small Modular Pouch warna Blaze Red, TUMI+ Charm Pouch dan TUMI+ Small Organizer

Elemen reka bentuk lain yang terdapat di seluruh koleksi ini termasuklah perkakasan gunmetal moden, kemasan kulit yang dipertingkat, fungsi TUMI+ tambahan di bahagian luar dan dalaman setiap produk, dan juga ‘charm’ kulit monogrammed ikonik yang boleh ditanggalkan.

Untuk wanita yang mementingkan gaya sempurna, terdapat pelbagai aksesori dan knick-knack kulit untuk memastikan wanita Voyageur teratur dalam apa jua keadaan. Setiap produk boleh dipertingkatkan lagi dengan pelbagai aksesori TUMI+, seperti Charm Pouch, Small Organizer dan Modular Accessory Pouch, supaya anda boleh mencari objek yang lebih kecil dengan lebih cepat.

Ada yang berkenan di hati? Jika ada, tunggu apa lagi? Silalah panjangkan langkah ke salah satu butik TUMI untuk mendapatkan rekaan yang diminati. - Getaran, 17 Mac 2023

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini