web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kembali Bersatu Di Axiata Arena Malam Ini, Konsert ST12 Suatu Manifestasi Persahabatan

Konsert ini bukan sahaja meraikan 20 tahun Charly berkarya dalam industri muzik, ia juga menyaksikan ST12 kembali bersatu di pentas yang sama di negara tetangga.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Mar 2023 12:00PM

Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya yang bakal direalisasikan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukar menafikan keserasian yang pernah tercipta antara kumpulan pop Melayu popular Indonesia, ST12 dengan bekas vokalis mereka, Charly Van Houten.

Meskipun telah lebih sedekad Charly meninggalkan kumpulan yang kini dibarisi Ilham Febry atau Pepep (dram) dan Indra (bass), permintaan untuk mereka kembali bersatu tidak pernah padam.

Membuang jauh ego dan menyisihkan perbezaan misi dan visi yang menjadi antara punca Charly serta bekas gitaris terdahulu iaitu Pepeng berundur daripada ST12 pada 2011, anggota asal kumpulan itu kembali bersatu pada 2019 untuk merakamkan album baharu dengan memperkenalkan single, ‘Jangan Marah-Marah’.

Namun, masalah kontrak antara label menyukarkan mereka untuk kembali bergerak sebagai sebuah kumpulan. Usaha itu hanya tinggal sebagai projek reunion.

Bagaimanapun, projek itu mempunyai signifikan tersendiri, apatah lagi ia sebagai penghargaan terhadap sokongan peminat sejak ST12 mula bertapak dalam industri muzik pada 2004.

Charly Van Houten
Charly Van Houten

“Kelahiran single itu menjawab keinginan peminat yang ingin melihat kami kembali bersatu. Kerjasama itu juga secara tidak langsung, menangkis segala persepsi mengenai hubungan kami dengan Charly dan Pepeng yang dikatakan dingin.

“Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, hubungan kami tetap baik. Cuma mungkin perkara itu tidak dipanjangkan kepada umum. Komunikasi antara kami tetap berjalan, meskipun kini Charly dan Pepeng mengusung nama Setia Band.

“Setiap apa juga yang kami lalui, kami akan saling berkongsi. Lantas, apabila ada permintaan untuk kami kembali bergabung, kami tiada halangan. Dalam hal ini, kami meletakkan peminat pada kedudukan teratas kerana mereka adalah penyokong kuat karya kami,” kata Pepep.

Lebih dilihat sebagai projek melepas rindu peminat, kolaborasi antara Pepep bersama Charly dan Pepeng tidak terhenti di situ. Tahun lalu, mereka kembali semula dengan melahirkan single, Tujuh Tahun yang dilancarkan pada 7 Julai.

“Kami tiada perseteruan dan perbezaan itu hanya pada misi dan visi masing-masing. Dalam urusan pekerjaan, secara peribadi, silaturrahim antara kami tidak pernah putus. Alhamdulillah, keserasian itu masih ada,” katanya.

Berbicara mengenai karya, akui Pepep, ia tiada batasan. Malah, menerusi karya juga mereka dapat membuatkan orang lain bahagia.

Kebahagiaan itu katanya, akan diterjemahkan dalam Konsert Reunion ST12/20 Tahun Charly Berkarya yang bakal direalisasikan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.

Firman Siagian juga akan membuat penampilan pada malam ini.
Firman Siagian juga akan membuat penampilan pada malam ini.

“Konsert ini sangat bermakna kerana tidak sekadar meraikan 20 tahun Charly berkarya dalam industri muzik. Sebaliknya, konsert itu turut menyaksikan ST12 kembali bersatu di pentas yang sama di negara tetangga.

“Umum mengetahui, langkah Charly bermula pada titik yang sama dengan ST12. Justeru, konsert itu bakal mencipta sejarah tersendiri dengan menyatukan semula formasi awal ST12 untuk meraikan dua dekad perjalanan kami.

“Konsert ini juga mencerminkan kedewasaan dan kematangan ST12 dalam memenuhi keinginan penggemar. Ia membuktikan keterbukaan kami dalam meraikan perbezaan, pada masa tetap bersatu mengukuhkan industri muzik,” jelas Pepep lagi.

Tidak hanya menyaksikan penyatuan semula formasi awal ST12, konsert itu turut menampilkan nama popular seperti Firman Siagian, Jaclyn Victor, Ezad Lazim dan Restu.

“Alhamdulillah, kami berbangga apabila usaha kami ini direstui peminat. Melihat sokongan yang diberikan, terutama selepas mendapat tahu tiket untuk beberapa kategori telah habis ditempah, ST12 yakin objektif yang dibawakan konsert ini akan terlaksana.

“Sudah pasti kami mengharapkan lebih ramai peminat dapat hadir bersama pada konsert itu nanti. Banyak lagu istimewa yang akan kami tampilkan dan tentunya, ia akan menjadi malam terindah untuk dikenang semua,” katanya lagi.

Sepanjang berkarya, ST12 pernah melahirkan album seperti Jalan Terbaik (2005), P.U.S.P.A. (2008), P.U.S.P.A. Repackage (2009), Pangeran Cinta (2010), Lentera Hati (2013), Terjemahan Hati (2014) dan Hijrah Cinta (2017). - Getaran, 11 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini