web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Al-Ikhsan Perkenal ON, Kasut Larian Berinovasi Tinggi ke Pasaran Malaysia

‘ON’ merupakan sebuah jenama kasut sukan yang berasal dari Switzerland yang mula memasuki pasaran pada tahun 2010.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 4:00PM

‘ON’ terhasil daripada idea bekas pemenang duathlon dunia sebanyak 3 kali – Olivier Bernhard yang mengadun setiap pengalamannya ke atas inovasi kasut ini - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan objektif untuk memfokuskan kesejahteraan rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sport bermula Mac lalu memperkenalkan kasut lari jenama ‘ON’ yang berinovasi tinggi kepada pengguna Malaysia.

‘ON’ merupakan sebuah jenama kasut sukan yang berasal dari Switzerland yang mula memasuki pasaran pada tahun 2010.

Dalam satu kenyataan media, Al-Ikhsan Sports menjelaskan jenama ini dibawa masuk ke Malaysia  setelah meneliti revolusi teknologi yang diadaptasi ke atas setiap koleksi jenama tersebut. Untuk rekod, ‘ON’ terhasil daripada idea bekas pemenang duathlon dunia sebanyak 3 kali – Olivier Bernhard yang mengadun setiap pengalamannya ke atas inovasi kasut ini.

Al-Ikhsan Sport bermula Mac lalu memperkenalkan kasut lari jenama ‘ON’ yang berinovasi tinggi kepada pengguna Malaysia - Gambar ihsan Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sport bermula Mac lalu memperkenalkan kasut lari jenama ‘ON’ yang berinovasi tinggi kepada pengguna Malaysia - Gambar ihsan Al-Ikhsan

Menerapkan teknologi yang dinamakan ‘CloudTec®’, ‘ON’ kasut lari ini memberikan keselesaan maksimum kerana ia mengetengahkan rekaan tapak kasut luar dan dalamnya mampu mengurangkan impak ke atas otot serta merendahkan tekanan jantung ketika melakukan aktiviti. 

Teknologi tersebut juga turut memperincikan perletakan posisi kusyen yang boleh dipadankan dengan gerakan unik pelari serta bertindak sebagai platform tapak yang sempurna untuk memicu larian pelari secara semula jadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkara, pihaknya sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa untuk menambah bilangan jenama yang ada di pasaran tempatan.

“Di Al-Ikhsan Sports, kami sentiasa menyemak dan menambah jenama-jenama yang mempunyai potensi besar di pasaran tempatan. ‘ON’ merupakan jenama yang sudah menjadi pilihan ramai atlit serta penggiat aktiviti di luar Malaysia. Jenama ini sememangnya sangat unik di mana rekaan koleksi kasut itu bukan sahaja trendy tetapi yang lebih penting teknologi yang diterapkan dalam pembikinan koleksi tersebut,” ujar Vach Pillutla.

Menerapkan teknologi yang dinamakan ‘CloudTec®’, ‘ON’ kasut lari ini memberikan keselesaan maksimum
Menerapkan teknologi yang dinamakan ‘CloudTec®’, ‘ON’ kasut lari ini memberikan keselesaan maksimum

Sebanyak lapan pilihan untuk lelaki dan enam pilihan untuk wanita ditawarkan kepada pelanggan di Al-Ikhsan Sports yang meliputi lima siri. 5 siri tersebut adalah Cloud X, Cloud Flyer, Cloud Runner, Cloud Swift dan Cloud Flow.

Pembelian boleh dilakukan di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports terpilih serta secara pembelian digital melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports, www.al-ikhsan.com

 

Cara Memilih Kasut Lari Terbaik

Walaupun tiada kasut larian tunggal yang sesuai untuk semua orang, lima petua ini akan membantu anda mencari kasut yang sesuai untuk anda.

Sama ada anda memerlukan kestabilan untuk pronasi berlebihan, daya tarikan untuk larian denai atau keselesaan untuk larian 5 kilometer atau separuh maraton pertama anda, panduan ini boleh membantu anda memilih kasut terbaik.

ON adalah jenama yang sangat unik kerana rekaan koleksi kasut bukan sahaja 'trendy' malah cukup selesa
ON adalah jenama yang sangat unik kerana rekaan koleksi kasut bukan sahaja 'trendy' malah cukup selesa

1) Pilih kasut khusus larian

Kasut larian mungkin kelihatan seperti kasut lain, tetapi ia mengandungi teknologi khusus untuk membantu anda berlari. Semasa berlari, kaki anda mencecah tanah pada asasnya dengan cara yang sama dengan setiap langkah. 

Tidak seperti kasut yang lain, kasut larian direka untuk mengelakkan kecederaan daripada gerakan berulang itu dengan menawarkan kusyen khusus untuk membantu penyerapan hentakan, serta ciri reka bentuk untuk membantu menggerakkan anda ke hadapan dengan lebih mudah.

2) Dapatkan kesesuaian yang betul

Jika anda hanya mempertimbangkan satu faktor semasa memilih kasut larian, ia mestilah kepadanannya. Kasut larian yang tidak sesuai dengan kaki bukan sahaja akan menyebabkan pengalaman berlari anda menyakitkan, ia juga boleh mengundang kecederaan. Berikut tip memilih kasut lari yang sepadan dengan kaki anda.

- Cuba kasut pada penghujung hari - kaki cenderung mengembang (membesar) ketika anda berlari dan berjalan sepanjang hari, jadi mencuba kasut pada sebelah petang atau malam mungkin memberikan kesesuaian yang lebih tepat.

- Tinggalkan selebar ibu jari di hadapan jari kaki anda - untuk menampung saiz kaki yang akan mengembang setelah berlari, perlu ada kira-kira satu lebar ibu jari antara hujung kaki anda dan hujung kasut. Ini akan menghalang jari kaki anda daripada bergesel ketika larian menuruni bukit atau jika kaki anda membengkak.

- Jangan terlalu ketat atau longgar - kasut mestilah membaluti kaki dengan selesa Ia tidak sepatutnya ‘menggigit’ atau terlalu longgar. Kaki anda harus terletak pada platform kasut.

- Cari lebar atau bentuk kasut yang tepat - sesetengah kasut mungkin lebih sesuai untuk menampung kaki yang runcing atau lebar, malah ada juga yang tersedia untuk kedua-dua saiz kaki. Lebar kasut standard untuk lelaki ialah D dan B untuk wanita.

3) Pilih jenis kasut lari yang tepat

Kasut lari direka untuk pelbagai jenis kegunaan larian. Anda harus memilih kasut larian berdasarkan jenis larian yang anda mahu lakukan. Kasut untuk jogging tidak sama untuk acara ultra maraton.

4) Ketahui apa yang anda bayar

Apabila bercakap tentang kasut lari, harga yang lebih tinggi biasanya dikaitkan dengan lebih banyak ciri teknologi dan keselesaan, tetapi itu tidak bermakna anda perlu membeli kasut yang paling mahal untuk menikmati larian. 

Dengan kata lain, kasut lari yang sangat murah mungkin ia tidak direka bentuk untuk keselesaan kaki yang diharapkan untuk larian. Lebih parah lagi, kaki anda mungkin tercedera. Jadi, buatlah pilihan terbaik dan mungkin anda perlu menabung sebelum membeli kasut lari yang sempurna untuk kaki. - Getaran, 5 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini