Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Intimacy

Intimacy adalah siri Sepanyol yang mula menemui penonton pada 2022. Drama berkisar tentang dunia politik ini hanya terdiri daripada lapan episod. Sebagai wanita, anda mesti tonton siri yang memperjuangkan hak wanita ini. Percayalah, biarpun jalan ceritanya agak perlahan, namun ia berjaya memancing perasaan ingin tahu. 

Intimacy memperkatakan tentang kesan jenayah siber yang mampu membunuh seseorang jika ia tidak diuruskan dengan baik. Pesalah harus dikenakan hukuman seberatnya, dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk menghentikan penyebaran video yang tidak boleh merosakkan kehidupan seseorang. Dalam kes ini adalah wanita.

Kisah ini bermula dengan permulaan yang suram, apabila penonton dibawa ke adegan di mana seorang wanita berjalan ke laut dalam sambil bermonolog – “adakah anda terlalu mempercayai seseorang?”

Pertanyaan ini pasti membuatkan anda berfikir sama ada anda telah berkongsi cerita atau melakukan sesuatu dengan orang yang salah. Hakikatnya, orang yang selalu membuat hati terluka adalah mereka yang selalu dekat dengan kita. 

Wanita itu segera terbaring tidak bermaya di permukaan air. Wanita ini adalah Ane, yang foto dan video intimnya tersebar di tempat kerjanya dan gangguan yang dihadapinya akhirnya meruntuhkan emosinya sehingga mendorongnya untuk membunuh diri!

Penonton kemudiannya diperkenalkan kepada Malen Zubiri, timbalan datuk bandar bandar Bilbao yang bakal diisytiharkan sebagai calon untuk penggal baharu. Tetapi malangnya, suatu hari video seksnya dengan seorang lelaki tidak dikenali tersebar di media sosial yang meletakkan kerjaya di hujung tanduk. 

Dia mula digelar sebagai seorang ‘sundal’ walaupun dia menyatakan hubungan seks irtu dilakukan atas dasar suka sama suka. Malen yang pada mulanya kelihatan tidak terganggu dan cuba berlagak biasa akhirnya bangkit melakukan sesuatu setelah keluarganya turut mendapat tempias. – Rahayu MN 

Thunivu

 

Berita baik buat peminat pelakon Ajith Kumar yang tidak kesempatan menonton filem terbaharunya  berjudul ‘Thunivu’ di pawagam,  kini boleh ditonton di platform Netflix.

Walaupun filem ini masih ditayangkan di beberapa pawagam Malaysia, namun bagi penonton yang ingin menjimatkan kos, boleh menonton filem ini di platform Netflix.

Filem arahan H Vinoth yang bergenre aksi thriller ini  menampilkan  pelakon Ajith Kumar sebagai watak anti-hero bergandingan dengan pelakon - pelakon hebat yang lain, seperti Samuthirakani Manju Warrier dan ramai lagi.

‘Thunivu’ membawa kisah sebuah kumpulan yang merancang satu heist di sebuah bank terkemuka di Chennai bagi menunjukkan kelemahan pihak kerajaan Tamil Nadu.

Namun, kejutan besar menanti mereka apabila mereka tiba di bank tersebut, sebuah lagi kumpulan heist yang dikenali sebagai Dark Devil yang diketuai Dark Devil (Ajith Kumar) ‘telah’ pun melakukan rompakan seperti yang dirancang mereka.

Setelah mereka menyedari  bahawa sudah ada rompakan sedang dijalankan, diketuai oleh orang yang kelihatan gil,  mereka mula memikirkan bahawa, siapakah lelaki misteri ini dan apakah motifnya?

Plot twist filem ini yang agak menarik pasti akan menjadi tarikan bagi penonton yang ingin menonton filem ‘Thunivu’ ini.

Antara faktor menarik yang diketengahkan oleh pengarah dalam filem ini adalah, kesangsian antara watak protagonis dan antagonis yang akan menjadi persoalan besar kepada penonton. Dan, penonton akan mula memikir, bahawa siapakah sebenarnya, watak utama filem ini, dan adakah Ajith Kumar ini membawa watak antagonis atau protagonis.

Bagi mengetahui segala persoalan, jangan lupa tonton ‘Thunivu’ yang mula ditayangkan di Netflix  sejak 8 Februari lalu. Selamat menonton. - Rubini Nagarajah

The Man From Toronto

Sebuah filem aksi komedi tahun berkisahkan tentang seorang suami bernama Teddy (lakonan Kevin Hart) yang telah menempah set berbulan madu bersama isterinya lalu telah terjebak dengan sebuah rumah yang memiliki tebusan kumpulan gangster disebabkan tersalah alamat.

Hal ini terjadi akibat kertas tempahan set bulan madu yang kehabisan dakwat dan Teddy yang telah disangka pembunuh upahan yang hadir untuk merungkai maklumat tebusan lalu menuntut bayaran selepas selesai menyerahkan maklumat tersebut.

Keadaan menjadi huru-hara apabila pembunuh upahan sebenar bernama Randy (lakonan Woody Harrelson) yang digelar The Man From Toronto muncul untuk mengambil upah dan berjumpa dengan Teddy sendiri.

Pihak FBI mengarahkan Teddy untuk menyamar sebagai pembunuh upahan tersebut untuk mengambil upahnya bagi mengumpan Randy untuk keluar dan  seterusnya menangkapnya.

Namun sebaliknya, Teddy dan Randy telah  bergabung bersama-sama untuk memberkas ketua pembunuh upahan yang mempermainkan mereka berdua dan membuka tawaran kontrak untuk membunuh mereka berdua.

Filem yang diarahkan oleh   Patrick Hughes ini ditayangkan pada 2002 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. -  Izwan Ramlan

Midnight Diner

 

Sebuah antologi siri TV Jepun yang diilhamkan dari manga, Shinya Shokudo karya Yaro Abe. Diarahkan Joji Matsuoka, siri ini memfokuskan tentang sebuah kedai makan lewat malam di daerah Shinjuku di Tokyo.

Pemiliknya adalah seorang chef penuh misteri yang berparut di muka dan hanya dikenali sebagai Master, namun dia memiliki ramai pelanggan tetap. Namun, kedai makannya hanya beroperasi tepat jam 12 tengah malam hingga menjelang 7 pagi. 

Apa yang menarik, menu yang disediakannya di tempat makannya itu agak terhad tetapi pelanggannya boleh meminta dia menyediakan menu makanan lain yang mereka inginkan. Adakalanya pelanggan akan membawa bahan untuk Master menyediakan makanan mereka. Namun, Master tidak mahu memasak makanan yang terlalu sukar atau rumit atau yang melepasi skil masakannya. 

Master juga turut menghadkan tiga botol alkohol untuk setiap pelanggannya, kecuali untuk sambutan Tahun Baharu.

Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang bekerja di pejabat, ada yang di kalangan gangster (yakuza), penari bogel, pemandu teksi, pelacur, guru karate, pelajar, polis dan selebriti terkenal

Setiap episod akan tertumpu kepada konflik dan masalah yang membelenggu salah seorang daripada pelanggannya. Walaupun Master seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap, namun Master turut membantu dengan memberikan kata-kata nasihat. Tonton siri ini di Netflix. – Ellyna Ali – Getaran, 25 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi