Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Filem 'Harum Malam' Dan Isu Klasifikasi Filem Di Malaysia

Sebanyak 14 adegan dalam 'Harum Malam' terpaksa dikaburkan dan beberapa dialog turut disenyapkan bagi melepasi tayangan klasifikasi penonton berumur 13 tahun ke atas (P13).

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 8:25PM

Yusuf Haslam (dua dari kanan) pada sidang media filem 'Harum Malam' baru-baru ini. - Gambar dari Instagram Harum Malam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di Malaysia badan penapisan filem dikenali sebagai Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). LPF merupakan badan yang bertanggungjawab mengelaskan filem-filem yang hendak memasuki pasaran Malaysia mengikut kesesuaian dengan masyarakat. 

LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971, 2002) dengan tujuan menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF)
Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF)

Pada awal Januari lalu dunia hiburan negara gempar dengan satu klip filem berjudul Pulau. Trailer filem tersebut dikatakan telah memaparkan pelbagai babak kontroversi membabitkan elemen-elemen lucah serta menyentuh sensitiviti agama. 

Justeru itu pihak penerbit yang diwakili Fred Chong telah tampil untuk menjelaskan bahawa filem tersebut merupakan sebuah filem bergenre seram dan bukan filem murahan yang memaparkan adegan lucah.

Fred Chong juga menyatakan bahawa filem tersebut telah pun melalui proses suntingan dan kelulusan telah diberikan bagi tujuan tayangan.

Belum pun reda kontoversi tersebut muncul pula satu isu baru. Filem berjudul Harum Malam terbitan Apparat, D’Ayu Pictures dan Skop Productions kini berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan akibat tindakan LPF.

Sebanyak 14 adegan dalam Harum Malam terpaksa dikaburkan dan beberapa dialog turut disenyapkan bagi melepasi tayangan klasifikasi penonton berumur 13 tahun ke atas (P13).

Penerbit filem Skop Production, Datuk Yusuf Haslam menyatakan kekesalannya kerana tindakan itu telah mencacatkan seni penceritaan filem tersebut. 

“Saya kecewa melihat apa yang mereka sudah lakukan kepada filem tempatan sedangkan platform penstriman seperti Netflix sudah terbuka tayangkan adegan yang jauh lebih berani dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 

“Ada dialog yang disenyapkan sebenarnya tidak terlalu keras dan sensitif. Kenapa nak sempitkan pemikiran dan bodohkan penonton?’’ kata Yusuf Haslam.

Filem terbaharu arahan Dain Said ini menceritakan tentang bagaimana seorang pemuda bernama Iqbal yang mempunyai satu keistimewaan iaitu kemampuan untuk melihat makhluk ghaib di sekitarnya. 

Daid Said turut meluahkan kekecewaanya kerana menurutnya sebagai pembikin filem sudah pasti dia bertanggungjawab dengan naskah arahanya termasuklah jalan cerita, dialog serta subteks.

Klasifikasi filem
Klasifikasi filem

Berbalik kepada klasifikasi filem yang dikeluarkan oleh LPF, terdapat pelbagai sebab mengapa sesebuah filem itu gagal untuk ditayangkan atau disunting di Malaysia. 

Di antaranya ialah filem itu memaparkan kandungan yang mempromosikan seks, komuniti LGBT, konflik hubungan antara kaum, isu politik serta agama yang menyentuh isu kontroversi.

Selain itu secara umumnya filem itu juga mesti mematuhi keadaan budaya Malaysia dan tidak mengandungi unsur-unsur yang disifatkan menyinggung perasaan atau tidak senonoh.

Berikut adalah di antara beberapa isu yang sering menjadi kontroversi berkaitan dengan kelulusan sesebuah filem.

Seks

LPF biasanya menapis filem dengan kandungan yang memaparkan hubungan seksual. Ini mungkin termasuk rujukan kepada seks, berbogel dan aktiviti seksual yang disampaikan secara tersirat. 

Mana-mana filem yang mengandungi adegan seksual boleh ditolak atau disunting bertujuan untuk membuang bahan yang menyinggung perasaan.

Agama

Filem yang dianggap menyinggung perasaan atau tidak menghormati mana-mana agama berkemungkinan besar akan ditapis di Malaysia. 

Ia mungkin termasuk adegan yang mempromosikan agama tertentu atau memburukkan agama lain. Filem yang bertemakan keagamaan juga boleh ditapis jika ia dianggap mencemarkan nama baik sesuatua agama.

Keganasan

LPF biasanya menapis filem yang mengandungi keganasan yang berlebihan atau mempromosikan keganasan dalam apa jua cara. Filem dengan tahap keganasan yang tinggi boleh ditolak/diharamkan atau diedit bagi membuang mana-mana bahagian yang dianggap keterlaluan.

Politik

Filem yang mengandungi mesej politik atau rujukan kepada peristiwa politik semasa juga akan ditapis oleh LPF. Ini mungkin termasuk adegan yang mengkritik kerajaan atau dasarnya. Filem dengan tema politik juga boleh ditapis jika ia dianggap sebagai subversif atau subversif.

Apabila sesebuah filem itu telah melalui proses penapisan maka filem tersebut akan diberikan taraf klasifikasi mengikut kesesuaian. Berikut adalah klasifikasi yang dipraktikkan di Malaysia.

'U' untuk Universal, 'P' perlu Bimbingan Ibu Bapa, '12' adalah sesuai untuk penonton berumur 12 tahun ke atas, '13' adalah sesuai untuk penonton berumur 13 tahun ke atas, '16' adalah sesuai untuk penonton berumur 16 tahun ke atas dan '18' pula adalah sesuai untuk penonton berumur 18 tahun ke atas.

Filem yang dikelaskan sebagai U sesuai untuk semua penonton dan tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh dianggap lucah atau menyinggung perasaan. 

Filem yang dikelaskan sebagai P sesuai untuk keluarga dan anak kecil, tetapi mungkin mengandungi beberapa unsur yang memerlukan bimbingan ibu bapa. 

Filem yang dikelaskan sebagai 12, 13, 16 dan 18 mengandungi unsur yang dianggap tidak sesuai untuk penonton yang lebih muda dan memerlukan bimbingan ibu bapa, bergantung pada kumpulan umur. – Getaran, 18 Februari 2023 

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi